Promosi

Monday, 30 January 2012

Sedarlah Wahai Sahabat!


Tanpa Kita Sedar... Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan Tanpa kita sedar selama kita bercakap aka...n keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA.... Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya.... Dan Tanpa Kita Sedar Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya...

Wednesday, 18 January 2012

Beginikah Sifat Wanita yang mengaku beragama Islam di Malaysia??

video

Anak-anak dan isteri2 sipa lah agaknya mereka ni? Beginikah akhlak wanita Islam yang mereka laungkan? Benarkah Lirik lagu yang mereka nyanyikan diambil daripada lirik lagu yang dinyanyikan di dalam gereja? Jika beginilah sikap dan akhlak wanita kita, mana mungkin akan berlaku sepertimana yang dikatakan tangan wanita yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia??? Anda bayangkanlah betapa murahnya harga diri mereka ini?? Untuk apakah mereka melakukan semua ini????