Promosi

Sunday 29 April 2012

Kenapa Warna Kuning Jadi Pilihan Bersih..

Para peserta Bersih 1.0 hingga 3.0 yang telah mengadakan perhimpunan haram selama ini telah memilih kemeja-T bewarna kuning sebagai warna rasmi mereka. Tahukah anda kemeja-T bewarna kuning juga dipakai oleh pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kuning selama ini sinonim dengan perjuangan golongan LGBT serata dunia dalam menunjukan protes menentang undang-undang yang menghalang perbuatan tidak bermoral mereka.
Antara perhimpunan dan perarakan yang melibatkan golongan ini mengenakan warna kuning termasuk Gay Pride Parade Toronto, Gay Pride Parade Johanesburg dan Gay Pride parade London yang disertai oleh ribuan penyokong seks bebas itu setiap tahun.
Di Malaysia salah seorang penyokong dan pelopor LGBT ialah Datuk S.Ambiaga yang juga merupakan penganjur Bersih 3.0. 
Adakah ianya kebetulan atau ada agenda yang tersembunyi disebaliknya?


Ribuan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) berarak sambil membawa bendera pelangi 'Gay Pride' pada Gay Parade Toronto, July 2011 lalu.

Tok Guru segak bergaya dengan Kemeja-T Bersih 3.0.

Firman Allah di dalam Surah al-Ahzab, ayat 21yang bermaksud :
"Demi sesungguhnya adalah bagi kamu pada Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi sesiapa yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) Hari Akhirat, serta dia pula mengingati Allah banyak-banyak."

Saturday 28 April 2012

Tanah Suci Dicemari Bersih 3.0

Gambar Pelancaran Bersih 3.0 disiarkan oleh Harakah Daily 28 April 2012

Masjid Nabawi di Madinah yang terletaknya Makam Rasulullah SAW turut dicemari oleh penyokong parti pembangkang bagi melancarkan perhimpunan Bersih 3.0

Selain itu, pelancaran Bersih 3.0 juga dilakukan di Mekah pada khamis 26 April 2012 berhampiran dengan Masjidilharam, dipercayai oleh pemimpin dan ahli-ahli PAS.

Tindakan tersebut amat dikesali kerana dibuat ketika tokoh-tokoh agama menyipatkan haram bagi umat Islam menyokong demontrasi Bersih 3.0 kerana diterajui oleh Datuk S.Ambiaga, pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Walaupun mereka (musuh Islam) dilarang menjejaki kaki di Tanah Haram, tetapi perjuangan mereka boleh sampai hingga ke dalam masjid di Tanah Suci Islam.

Terlalu malang orang Islam begitu mudah sekali dipengaruhi dan dipergunakan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang yang gilakan kuasa dan sanggup melakukan apa sehaja demi menjayakan cita-cita kotor mereka.

Larangan IslamTerhadap Kegiatan Seks Bebas, Lesbian Dan Gay


Secara umumnya, homoseksual merupakan hubungan seks yang dijalinkan antara seseorang dengan seseorang yang lain yang masing-masing mempunyai jantina yang sama. Menurut pakar Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Hatta Sidi menyatakan bahawa homoseksual adalah orientasi seksual yang membawa kepada perlakuan tingkah laku, khayalan dan kecenderungan minat terhadap jantina sejenis (Utusan Malaysia 26 Januari 2001). Selain itu, terdapat juga pakar perubatan dari Indonesia, Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mendefinisikan homoseksual ini sebagai hubungan seks antara dua orang yang mempunyai alat kelamin yang sama.
 Proses globalisasi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun dan stabil telah membawa pelbagai pengaruh luar selain mampu mempengaruhi dan mentransformasikan institusi ekonomi dan sosial yang dapat mengubah lanskap pembangunan negara. Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang menampilkan sikap individualisme, materialisme dan juga budaya hedonisme. Hal ini lebih membimbangkan apabila wujudnya gejala sosial yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu homoseksual.
Umat Islam diseru agar tidak terpengaruh dengan maksiat-maksiat tersebut.Jangan mencuba-cuba, teriku-ikut malah terlibat dengan kegiatan yang disifatkan lebih hina daripada binatang.


Adakah anda salah seorang yang mempunyai kedudukan jari seperti ini.

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.

Muslimin muslimat sekalian,

Janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?


Friday 13 April 2012

Pemimpin Pembangkang Biadap Semasa Pertabalan Agung



Seluruh rakyat Malaysia ternanti-nanti tarikh keramat 11 April 2012 iatu tarikh bersejarah dimana berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975. Namun disaat rakyat Malaysia teruja menyaksikan Majlis pertabalan tersebut terdapat beberapa orang yang yeng menggelarkan diri mereka sebagai pemimpin telah melakukan suatu perkara yang amat biadap semasa majlis tersebut. Untuk kisah sebenar anda boleh baca berita yang penulis ambil secara terus di laman AIDC. Bacalah dengan hati terbuka dan Fikirkanlah dengan matang layakkah mereka ini diberi ruang untuk menjadi pemimpin???


Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.
Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.
Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.
Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.
Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.
Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.
Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.
Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.
Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.
Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.
Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.
Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.
Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.
Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.
Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.
Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.
Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.
Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.
Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.
Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.
Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.
Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.
Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.
Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.
Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.
Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.
Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.
Daulat Tuanku.

Monday 9 April 2012

Satu Demi Satu Cawangan PKR Berkubur

Makin hampir menjelang pilihanraya makin banyak kita dengar mengenai berkuburnya ranting PKR. Mungkinkah ini boleh dijadikan kayu pengukur bahawa PKR akan berkubur pada pilihanraya ke 13 ini???
Hari ini satu lagi cabang PKR di Kedah dibubarkan dan bekas ahli PKR yang keluar parti mengisytiharkan akan membantu memenangkan Barisan Nasional pada pilihanraya yang akan datang. Berita ini dipetik terus dari Utusan Malaysia Online Terkini..

PKR cabang Ladang Perbadanan, Sg. Petani dibubar

09/04/2012 1:01pm


SUNGAI PETANI 9 April – Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ladang Perbadanan, Taman Ria di sini dibubarkan selepas 50 ahlinya mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Ketua cabang berkenaan, M. Muruli berkata, mereka kecewa kerana pemimpin-pemimpin atasan parti yang gagal menunaikan janji, tidak menjaga kebajikan ahli dan banyak bercakap kosong.
"Tindakan kami tidak didorong oleh mana-mana pihak tetapi kerana kecewa dengan pemimpin atasan yang menonjolkan sikap tidak bertanggungjawab dan mungkir janji,” katanya selepas membuat pengisytiharan itu di Taman Ria Jaya di sini.
Penyelaras Parlimen yang juga Ketua UMNO bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Mat Zain dan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, M.L. Maren turut hadir pada majlis itu.
Muruli memberi pengakuan semua bekas ahli PKR itu akan menyokong dan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, dan selepas ini mereka bergerak atas nama Persatuan Kebajikan Masyarakat Tamil Sungai Petani.
Sementara itu, Tajul Urus berkata, bekas ahli PKR itu sedar perjuangan PKR tidak membawa sebarang kebaikan.
"Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan PKR berbanding BN yang telah banyak berjasa dari aspek kebajikan serta memenuhi kehendak rakyat dan bekerja demi faedah bersama,” katanya. - BERNAMA

Saturday 7 April 2012

Perbezaan Janji Kerajaan Persekutuan & Janji Pakatan

Perdana Menteri baru tiga tahun memerintah sudah banyak menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Malaysia. Di bawah adalah senarai janji dalam buku janji ditepati yang telah diedarkan kepada rakyat. Bagaimanapun PR yang memerintah selama lebih empat tahun masih gagal menunaikan janji2 mereka kepada rakyat di negeri yang mereka perintah. Apa pula kata anda???