Promosi

Monday, 28 May 2012

Tanah Rizab Melayu Menjadi Jirat Komersial??

Apa dah jadi dengan negeri Kedah ni? Kalau macam ni lah yang berlaku di negeri kedah ni, bukan orang yang berpenyakit sahaja boleh pening, kebanyakan orang Melayu beragama Islam di negeri Kedah tercinta ini akan turut pening memikirkan kejadian-kejadian yang tak difikirkan akan berlaku semenjak pemerintahan PAS di negeri Kedah ini. Mula-mula kita dikhabarkan dengan berita kenaikan tarif air, kemudian berita mengenai wang yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan untuk pembinaan jalan tidak dibelanjakan hampir 100 juta, Madrasah hendak dirobohkan sedangkan tokong-tokong yang berada di sekitar Alor Setar sedang giat dibaiki dan diubahsuai, Rumah penduduk disita dan pelbagai isu yang tidak sepatutnya berlaku dalam pemerintahan PAS yang melaung-laungkan pemerintahan bercirikan Islam. Yang terkini Tanah Rizab Melayu pula nak dijadikan Jirat Cina secara Komersial... Apapun anda bacalah sendiri cerita selanjutnya dibawah ini..

Sunday, 27 May 2012

Hadiah Khas Kerajaan Negeri Kedah


Mungkinkah ini merupakan hadiah Khas Kerajaan Negeri Kedah yang berada di bawah pimpinan Pakatan Rakyat kepada rakyat Negeri Kedah? Dalam Keghairahan Kerajaan Persekutuan membantu rakyat dengan pelbagai bentuk bantuan seperti BR1M, KR1M, bantuan pelajar, Baucer buku dan sebagainya, Kerajaan Negeri Kedah juga mungkin cuba untuk menarik perhatian masyarakat dengan memberikan sesuatu "hadiah khas" kepada rakyat negeri Kedah. Apapun hadiah ini mungkin memberikan ingatan yang mendalam terhadap penerimanya. Namun ada juga yang mengatakan setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya... Fikir2kan la.....

Saturday, 26 May 2012

"Anugerah Tuhan" pun kena Halau Ke??

video

Ahli jawatankuasa Masjid Taman Sri Pulai Perdana bertindak menghalau Anwar "Anugerah Tuhan"dan Salahudin Ayub calon MB pakatan kerana mahu berceramah politik didalam masjid tersebut.

Dalam perjalanan keluar dari masjid tersebut mereka masih sempat menyalahkan UMNO yang menyebabkan perkara tersebut berlaku. Anda lihatlah sendiri betapa egonya mereka. Dah sah dan jelas Ahli Jawatankuasa Masjid tidak mengizinkan mereka berpolitik dalam masjid mereka masih menuding jari kepada UMNO.. Anda lihat video ini dan fikirlah dengan berlapang dada.....

Monday, 21 May 2012

Siapakah sebenarnya Ambiga Sreenevasan (Presiden Majlis Peguam 2007 hingga 2009)?

1. Bekas Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenevasan adalah orang yang bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yang jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan; 
Dalam kes Lina Joy yang murtad, Ambiga mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam 

2. Beliau turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun mendapat bantahan orang Islam, Majlis Peguam yang diterajui Ambiga tetap meneruskan forum itu. 

3. Ambiaga juga merupakan penaja dan penyokong program Seksualiti Merdeka 2011 yang berlangsung selama 13 hari di Galeri Annexe, Kuala Lumpur dan turut disertai Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dengan beberapa aktiviti diatur seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan. 

4. Perarakan "walk of justice" pada 27 September 2007 yang diketuai oleh Presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan dan disertai seramai 1500 anggota telah berarak panjang dari bangunan Istana Keadilan ke Dataran Putra, Putrajaya bagi mengemukakan memorandum mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya kehakiman untuk membuat pemilihan dan pelantikan hakim-hakim dengan lebih bebas dan telus 

4. Majis Peguam di bawah presidennya Ambiga Sreenevasan merancang perarakan hak asasi manusia sempena Hari Hak Asasi Manusia Sedunia pada 10 Disember2007 yang bertema "Kepercayaan Saya: Kebebasan Bersuara Menerusi Muzik, Budaya dan Kesedaran". Tetapi kemudian dibatalkan kerana terpaksa memohon permit daripada polis. Ekoran daripada itu pada 9 Disember 2007, Edmund Bon yang merupakan Pengerusi Biro Hak Asasi Manusia Majlis Peguam telah ditahan polis kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam beserta 8 orang peguam lain. 

4. Agen kepada kumpulan Zionis merosakan negara melalui gerakan dan kerjasama dengan NDI yang mendapat dana terus dari NED bagi menjayakan kempen BERSIH di Malaysia.? 


Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia Datuk Ambiga Sreenevasan telah menerima Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa yang berprestij dari Hillary Clinton Setiausaha Negara Amerika Syarikat pada 9 Mac 2009. Ambiga adalah merupakan salah seorang di antara lapan wanita di seluruh dunia yang diiktiraf bagi keberanian yang luar biasa dan kepimpinan mereka dalam membela hak-hak wanita dan kemajuan. 

Dalam satu kenyataan, kedutaan Amerika Syarikat berkata Ambiga telah diberi penghormatan untuk memperjuangkan kedaulatan undang-undang dan memajukan hak asasi manusia, taraf wanita dan toleransi agama di Malaysia.

Wednesday, 16 May 2012

Relevan Lagikah Majlis Peguam?

Akibat tindakan secara langsung dalam penganjuran dan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, hari ini Majlis Peguam dilihat sudah tidak lagi relevan dalam konteks mengukuhkan undang-undang.
Keterlibatan Majlis Peguam dalam perhimpunan haram dan beberapa aktiviti serta program Pakatan Pembangkang menunjukan Majlis Peguam itu sudah memasuki alam politik. Disamping itu, sejak akhir-akhir ini kecenderungan pertubuhan peguam itu yang lebih terarah kepada suara-suara sumbang dan berhaluan kiri dengan menentang kerajaan.

"Sejak kebelakangan ini, tindak tanduk majlis itu bersifat prejudis, berat sebelah berpaksikan satu parti politik selain tidak menjalankan peranan menjaga kepentingan masyarakat." kata Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah.

Majlis Peguam dilihat mempunyai agenda politik berikutan tindakan mereka tidak berhenti-henti mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah merumuskan punca kematian Beng Hock disebabkan bunuh diri.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang merupakan salah seorang ahli Majlis Peguam dan Badan Peguam mendakwa daripada 14 ribu orang ahli hanya 10% sehaja yang hadir di mesyuarat EGM pada 11 Mei 2012 lalu dan dari jumlah yang hadir terdapat orang luar yang bukan dari kalangan peguam. Mereka juga turut mengundi dan beliau mempunyai saksi dari kalangan pengundi-pengundi hantu tersebut. Dakwaan tersebut diluahkannya menerusi rancangan Soal Jawab di TV3 pada jam 11.00 malam Rabu 16 Mei 2012.

Beliau juga telah memfailkan saman terhadap Majlis Peguam, Presidennya Lim Chee Wee dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam.

Mohd Khairul Azam memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi. Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defenden pertama manakala Badan Peguam, Lim dan Setiausaha Majlis Peguam Tony Woon Yeow Thong sebagai defenden kedua hingga keempat.

Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang merupakan salah seorang ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei 2012 lalu tidak sah dan bertentangan dengan akta Profesion Undang-undang 1976.

Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei 2012 lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948. Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injuksi melarang defenden daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut.

"Majlis Peguam dinasihatkan supaya membersihkan dahulu masalah-masalah salah laku peguam di negara ini dan sekiranya ahlinya yang dilantik cenderung untuk melibatkan diri dalam isu parti politik, mereka harus meletakkan jawatan daripada terus memalukan profesion dan badan itu".

Berasaskan kepada faktor-faktor tersebut, wajarkah Majlis Peguam diteruskan atau baik saja dibubarkan?

Sumber Utusan dan TV3.

Tuesday, 15 May 2012

Sumpah Dengan Nama Allah!!

Nizar dalam twitternya menyatakan bahawa kehadiran beliau dalam satu siri ceramah di Tualang Sekah menyebabkan penceramah UMNO terkedu dan tidak meneruskan ceramahnya. Perkara ini dihebohkan lagi oleh bloger pro pembangkang dengan menyatakan bahawa penceramah UMNO yang sedang menghentam Nizar terus mengubah topik kepada ambiga dan Anwar. Tapi apakah sebenarnya berlaku pada malam tersebut? Memang Nizar menghadiri majlis ceramah tersebut dan dengan kurang sopannya duduk di kerusi hadapan yang disediakan untuk penceramah pada malam itu. Malangnya beliau terpaksa bangun meninggalkan majlis tersebut apabila penceramah UMNO pada malam itu membongkarkan pembohongan nizar kepada hadirin yang hadir dengan menunjukkan buktinya melalui tayangan video yang dirakamkan. Nizar sanggup bersumpah dengan nama Allah beliau pernah bertanya kepada Menteri Besar Perak mengenai ancak dan menurutnya soalannya tidak dijawab. Apapun tengoklah video kejadian sebenar ini dan nilailah sendiri apa yang digembar-gemburkan oleh bloger pembangkang tu betul ka tidak..........
video

Tindakan seorang pemimpin bermaruah

Ekoran kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan Bersih 3.0 baru-baru ini, DAP tidak lagi melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara yang disandang Naib Presiden parti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Beliau mengesahkan bahawa ia dalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April 2012 yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di kuala Lumpur 28 April 2012 lepas.
Berikutan tiada kesefahaman diantara beliau dan pucuk pimpinan DAP Tunku Abdul Aziz telah mengambil keputusan untuk meninggalkan DAP seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Lee Lam Thye di tahun 1990 lalu.
Keputusan meletak jawatan dan keluar daripada parti sebagai tindakan yang paling bermaruah. Sebagai seorang yang berpengalaman dan mempunyai perinsip perjuangan, Tunku Abdul Aziz dapat merasai dan menilai sendiri apa yang sebenarnya berlaku di dalam DAP. Beliau tahu bahawa inilah antara sebuah parti yang bercakap tentang idealisma, kesaksamaan dan hak demokratik setiap seorang dan apabila berada di dalam parti baharulah beliau tahu realiti sebenarnya.
Orang seperti Tunku Abdul Aziz bukan hanya memberi impak di dalam negara tetapi di luar negara kerana semua orang mengakui Tunku Abdul Aziz merupakan manusia yang mempunyai pegangan dan berperinsip.

Biodata Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah seorang kerabat Di Raja Kedah, mempunyai pertalian darah dengan Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra dan seorang pemimpin koperat dan NGO yang berkaliber, beliau dihormati di dalam negara dan di luar negara. Memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation Ltd dan kemudian dilantik sebagai penasihat Bank Negara malaysia. Selepas itu beliau beralih pula kepada sektor persendirian dengan menyertai Dunlop Malaysia Industries sebelum dilantik sebagai Ahli Lembaga pengarah Sime Darby Group.
Beliau meninggalkan Malaysia pada tahun 1985 untuk menerima jawatan sebagai Pengarah Sekretariat di London sebelum pulang semula ke Malaysia pada tahun1992 berikutan persaraannya.
Pada bulan Oktober 2008, beliau dilantik oleh Parti DAP sebagai naib pengurusi parti itu di dalam Kongres parti DAP ke-15 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan pemimpin berfrofail tinggi dalam aktivisma menyokong integriti dan ketelusan bersama badan antarabangsa Transparency International.
Mesyuarat pertama CEC DAP mencapai persetujuan untuk melantik orang Melayu berwibawa sebagai naib pengurusi DAP. Tokoh itu ialah Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Beliau dipilih kerana ideologi beliau dan DAP hampir sama dan boleh memancing penyertaan pelbagai pihak khususnya kaum Melayu. Tindakan ini umpama Lee Kuan Yew melantik Aziz Ishak sebagai Presiden Singapura suatu masa dahulu.
Di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Pada 23 Ogos 1998 Tunku Abdul Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti dan mengangkat sumpah sebagai Senator mewakili Pulau pinang di dalam Dewan Negara pada 31 Mei 2009.

Friday, 11 May 2012

Rupanya Ambiga tahu Erti PRIVASI


Saya ingatkan manusia yang suka melakukan demonstrasi di khalayak memang suka dengan keadaan yang sedemikian, rupanya bila orang berhimpun secara aman di hadapan rumahnya tahu pula dia merungut dan mengatakan peserta yang berhimpun di hadapan rumahnya itu mengganggu privasinya dan jiran-jirannya. Malah beliau dengan tanpa segan silu menggelarkan mereka yang berhimpun di hadapan rumahnya sebagai penyangak. Malas la nak komen banyak-banyak... anda baca la sendiri petikan berita  di bawah ini. Mungkinkah beliau juga mengganggap dirinya sebagai penyangak semasa berdemo pada 28 april lalau???
Fikir la sendiri...........

Jangan ganggu privasi saya - Ambiga

SEBUAH gerai burger yang dibuka sebagai simbolik bantahan terhadap penganjuran Bersih 3.0 oleh wakil Ikhlas di hadapan rumah Ambiga di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAIM AZIZ

KUALA LUMPUR 10 Mei - Sikap sebenar pengerusi Bersih 3.0, Datuk S. Ambiga hari ini terserlah ketika sekumpulan 20 peniaga mewakili Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berhimpun di hadapan kediamannya di Jalan Setia Kasih 1, Bukit Damansara, di sini.
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mendesak Ambiga meminta maaf secara terbuka kerana menganjurkan perhimpunan tersebut dan menjelaskan pampasan kerugian yang dialami para peniaga pada perhimpunan Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 di sekitar Dataran Merdeka pada 28 April lalu.

Thursday, 10 May 2012

PAS Tetap robohkan Madrasah Salihiah

PAS yang suatu ketika dahulu gah dengan Slogan "Membangun Bersama Islam" kini dilihat sebagai salah satu parti yang memberi ancaman kepada Islam. Kalau saudara saudari yang berada di luar negeri Kedah datang bertandang ke negeri Jelapang Padi ini, anda akah melihat kebanyakan rumah-rumah ibadah kaum-kaum lain sedang giat diperbaiki dan dibina dengan lebih cantik. Namun dalam masa yang sama yang sedihnya PAS sebagai Parti yang memerintah negeri ini masih bertegas untuk meruntuhkan sebuah madrasah yang terletak di pusat bandar di negeri ini, walaupun ianya dihalang oleh waris kepada mereka yang telah mewakafkan tanah surau berkenaan. Apa sebenarnya yang difikirkan oleh mereka-mereka yang berusaha keras untuk merobohkan madrasah ini sebenarnya???


Tuesday, 8 May 2012


Dalam kita sibuk di dendangkan dengan berita-berita demonstrasi oleh mahasiswa untuk menghapuskan pinjaman PTPTN dan memberikan pendidikan percuma, lain pula halnya dengan apa yang berlaku di negeri Kedah Darul Aman. Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman akan menaikkan yuran pengajian di KUIN salah satu Institusi Pengajian yang diuruskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. Perkara ini disahkan sendiri oleh Menteri Besar Kedah darul Aman.(Klik Sini). Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Datuk Seri Mahdzir Khalid berkenaan krisis kewangan Kuin sehingga menjejaskan pentadbiran kolej universiti itu semalam.

Antara lain,  Datuk Seri Mahdzir Khalid  berkata Kuin akan menaikkan yuran pengajian daripada RM60 kepada RM200 bagi setiap jam kredit mata pelajaran yang diambil oleh semua pelajar kolej universiti tersebut. Cubalah bayangkan berapa banyak yang perlu ditanggung oleh pelajar untuk menghabiskan pengajian mereka. Kerajaan berkebajikan konon...... Fikir la sendiri....

Tuesday, 1 May 2012

Tok Guru dan Rusuhan Jalanan

video

Adalah sangat malang lagi menyedihkan mendengar pengakuan yang terbit dari mulut seorang yang bergelar Tok Guru @ ulama tersohor apabila beliau memberi sumbangan peribadi yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada para demontrasi jalanan dari Kelantan yang berkemungkinan terlibat dalam rusuhan berhampiran Dataran Merdeka baru-baru ini. Banyak sangatkah duit Tok Guru ?, sedangkan banyak lagi golongan yang daif di Kelantan.
Rusuhan sedemikian adalah salah dan haram dalam Islam, walaupun mereka yang terlibat mempunyai sebab dan sungutan yang lain.
Islam adalah agama yang mementingkan ketetiban. Terdapat banyak ibadah yang tidak sah dilakukan tanpa tertib seperti solat dan haji. Falsafah tertib dalam Islam menuntut pula umatnya untuk melakukan sesuatu mengikut lunas undang-undang.

Allah Taala melarang umat islam dari melampau, FirmanNya :
"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh". (al-Baqarah: 190)

Dalam konteks amalan kenegaraan hari ini, apabila seseorang menerima untuk menjadi rakyat sesebuah negara maka dia sebenarnya telah bersetuju untuk mengikat kontrak dengan negara berkenaan yang antaranya menuntut dirinya untuk mematuhi undang-undang. Oleh itu, mematuhi undang-undang termasuklah dalam perintah Allah Taala yang menuntut umat Islam agar taat kepada pemerintah.

Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan kelembutan dahulu sebelum kekerasan. Sesungguhnya asas dakwah ialah kata-kata yang lembut dan halus. Walaupun jika yang didakwah itu seorang yang paling ingkar. Contoh dalam hal ini ialah perintah Allah Taala kepada Nabi Musa dan Harun a.s ketika keduanya diutus kepada Firaun dan diperintah untuk berdakwah kepadanya.

Firman Allah : "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lembut. Moga-moga ia akan beringat dan takut." (Taha :44)

Rasulullah s.a.w pula bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya tidaklah sifat lembut itu ada pada sesuatu kecuali dia akan menyeimbangkanya dan jika dicabut dari sesuatu, dia akan memburukkannya." (Riwayat Muslim)

Oleh itu, selama mana ada jalan dan cara yang aman untuk menangani masaalah, umat Islam harus mengutamakannya dari apa jua bentuk kekerasan, apatah lagi keganasan.
Merusuh dan membakar harta benda awam dan orang lain adalah haram kerana ia melibatkan harta benda mereka yang tidak bersalah dan tidak kena mengena dengan masaalah yang ada. mencabul hak mili seseorang secara keras dan ganas seperti itu adalah perlakuan fasad (kerosakan) di muka bumi yang disifatkan oleh Allah Taala sebagai perlakuan yang memerangi Allah dan RasulNya dan diancam pula dengan hukuman yang keras di dunia dan akhirat.

"Hanya sanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (dengan melakukan keganasan, merampas, membunuh orang di jalanan) ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar." (al-Maidah : 33)

Ulama dan umara mempunyai hubungan istimewa, mereka menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Kuasa ulama dan umara disebutkan secara khusus dalam hadis Rasulullah bermaksud :

"Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan jika kedua-duanya rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak, mereka itu ialah ulama dan umara." (Riwayat Ibn Abdul Barr).

Oleh itu, harapan tinggi diletakan kepada dua kelompok itu untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua espek pemerintahan serta isu membabitkan kepentingan umat islam yang sentiasa berhadapan cabaran.

Ulama tidak boleh bersikap panatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara terutamanya isu agama perlu dipolitikkan.