Promosi

Sunday 29 July 2012

Pesanan Ramadhan

Marilah bersama-sama kita menghayati apa yang tertulis dan apa yang dimaksudkan oleh pelukis karikatur dibawah.
Kalau amalan sekecil ini pun tidak mampu kita laksanakan mana mungkin kita hendak menegakkan Islam di bumi yang tercinta ini.

Agama Islam dipersenda

Kumpulan mereka ini melaungkan memperjuangkan Islam tetapi hakikatnya merekalah yang menjatuhkan maruah Islam dan mempersendakan Agama suci ini. Lihat Video ini.

Cuba lihat lelaki yang memakai lilit kepala dalam video ni. Adakah beliau seorang yang beragama Islam. Sekiranya Islam, beginikah sifat seorang Islam dalam menghadap tuhannya? Siap boleh pandang ke belakang dan bersikap seolah bermain-main dalam solat. Andainya beliau merupakan 'Non Muslim' kenapakah beliau mempersendakan amalan umat Islam dengan cara mengikut gerakan orang lain yang beribadah. Tiadakah ulama PAS yang boleh menegur perbuatan beliau? Kalau itu pun tak mampu nak tegur, jangan cakaplah nak menegakkan Islam.

Tuesday 24 July 2012

Ketua Pemuda PAS Menipu?

Kalau anda melihat debat antara Ustaz Fathul Bari dengan Ketua Pemuda PAS yang dianjurkan oleh Sinar beberapa hari lalu, banyak kenyataan2 yang dinyatakan oleh ketua pemuda pas ini kita ketahui adalah tidak tepat atau dengan kata lain tidak benar ataupun dalam bahasa kasarnya adalah suatu "pembohongan". Sebagai contoh isu Karpal telah mula memahami dasar perjuangan pas. Isu ini telah dibuktikan apabila Karpal sendiri telah menyatakan pendiriannya dalam akhbar NST. Kita lihat pula video yang telah dihasilkan oleh rakan2 kita ini untuk melihat kebenaran kata2 ketua pemuda PAS tersebut. Kita sama2 lihat dan fikirkan samaada kata2nya boleh dipercayai. Inikah sikap seorang yang melaungkan mengamalkan cara hidup ISLAM?


Monday 23 July 2012

Ustazah Kutip Tepi Jalan?

Mungkin sekiranya saya memberi komen mengenai posting terdahulu, akan ramai yang bertanyakan asas pendidikan agama saya di universiti atau pondok mana. jadi lebih baik saya masukkan video ini sebagai ulasan. Terima kasih Ustaz kerana tolong mengulas mengenai topik tersebut!

Jadi sebagai kesimpulannya kita hendaklah mendengar dari guru yang murshid.

Sunday 22 July 2012

Masuk PAS boleh lepas azab?

Sejak akhir2 ini ramai artis yang menyatakan pendirian mereka di dalam menyertai parti politik. Ada yang menyertai Parti pro kerajaan dan ada yang menyertai parti pro pembangkang. Semua itu adalah perkara biasa di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Namun demikian ada yang mengeluarkan kenyataan2 yang mengelirukan dan menyentuh dengan ajaran agama. Ada yang sanggup menyatakan dengan menyertai dan dengan menghantar borang parti membolehkan namanya tersenarai  "di sana". Apa semua ni? Anda lihat video dibawah. Apa yang lebih menyedihkan dalam video yang sama kita dapat melihat seorang yang sedang menghulurkan tangan meminta bantuan dihalau oleh dua orang anggota unit amal pas. Lihatlah kesedihan yang terpancar dari mukanya. Inikah yang dinamakan keadilan di dalam pas?


Allah Sokong Rampasan Kuasa??

Pada mulanya malas nak tulis mengenai individu pada bulan puasa ni. Nak rehat sikit la minda ni. Tapi setelah melihat video ini penulis merakan bahawa sikap individu di dalam video ini sudah keterlaluan sehinggakan beliau berani mengatakan bahawa Allah merestui rampasan kuasa. Beginikah ajaran yang PAS laung2kan sebagai ajaran Islam? Anda lihatlah video di bawah dan hayati kata2nya. Siapa orang yang diberikan kuasa oleh Allah untuk memerintah dan siapa syaitan yang merampas kuasa?
Duhai ulamak yang berada di dalam PAS! Nasihatilah anak muda ini dari tersesat lebih jauh. 



Friday 13 July 2012

Kakitangan Kerajaan Kelantan Terima Rasuah??

Kita sering dengar pihak Pakatan Pembangkang melaungkan bahawa mereka akan menghapuskan rasuah dalam sistem pemerintahan sekiranya mereka memerinta Malaysia. Bukankah mereka juga yang menggembar gemburkan bahawa kerajaan yang sedia ada mengamalkan rasuah dan tidak berusaha membanteras rasuah. Tapi lain pula yang kita dengar hari ini. Baca berita dibawah... kejadian ini berlaku di negeri yang digambarkan subur dengan ajaran Islam...


Ada 'tauke' beri habuan tutup mulut pegawai kerajaan

GUA MUSANG 12 Julai - Pegawai beberapa agensi kerajaan di negeri ini dipercayai menerima rasuah daripada pengusaha lombong emas haram sebagai habuan bagi melindungi aktiviti perlombongan emas haram.
Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa berlaku rasuah antara pemilik lombong dengan beberapa pegawai kerajaan.
"Maklumat yang kita terima mengatakan ada 'tauke' lombong yang memberi habuan kepada pegawai agensi yang berkenaan setiap bulan bagi menutup mulut mereka.
"Risikan pegawai kita di salah satu lombong emas haram di negeri ini juga mendapati ada pihak yang menerima wang sehingga RM5,000 setiap bulan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wednesday 4 July 2012

Mana Satu Yang Betul NI???

Kalau posting terdahulu Azizan kata tiada masalah dalam KUIN, tetapi ada berita pula mengatakan bahawa kakitangan KUIN akan melaporkan kepincangan yang berlaku dalam urusan pentadbiran KUIN kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Mana satu yang betul ni???


Tunggu 2016???

Azizan enggan memecat Jamil sebagai Rektor KUIN. Menurutnya Jamil memang layak memegang jawatan tersebut. Beliau menyatakan bahawa kontrak Jamil telah disambung sehingga tahun 2016 bagi memberi masa kepada beliau mentadbir KUIN. Azizan juga menyatakan bahawa sebenarnya tiada masalah yang besar di dalam KUIN, walau bagaimanapun anda bacalah berita ini... Betulkah tiada masaalah???


Tuesday 3 July 2012

Bersih KUIN 2.0 !!!



 



Gelora yang kuat masih berlaku di KUIN. Sebagai Pengerusi KUIN, Azizan Razak sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawap ke atas permasalahan yang berlaku dalam kemelut KUIN tambahan pulak orang yang menimbulkan permasalahan dalam KUIN adalah orang yang di lantik Azizan Razak sebagai Rektor KUIN, Dato' Jamil Osman

Terbaru desakan supaya Dato' Jamil Osman meletakan Jawatan telah di lakukan kira-kira lebih dari 200 orang kakitangan KUIN dari pelbagai lapisan gred yang berhimpun di hadapan pejabat Rektor Dato' Jamil Osman. Walaupun dalam keadaan hujan, mereka tetap berhimpun bagi menyatakan hasrat mereka yang menbuak-buak. Lihat rakaman video di bawah.



Kita Lihat senario permasalahan di KUIN

Krisis ini berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa, akibatnya mereka :

1. dinafikan kenaikan gaji kakitangan 13 %,
2. tidak membuat bayaran kepada bank walaupun telah dipotong gaji,
3. menolak kenaikan elaun sara hidup RM 50.00,
4. kenaikan yuran pelajar yang amat mendadak dari RM 60 kepada RM 200 satu jam kredit,
5. mengenakan caj 'medical chek up' kepada pelajar baru dari RM150 hingga RM 250,
6. kenaikan yuran asrama pelajar
7. mengenakan caj untuk menyemak status kemasukan pelajar.

Pihak kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut yang berlaku, namun Jamil langsung  tidak mengendahkan semua tuntutan mereka. Berikut disenaraikan tindakan yang telah dilakukan :

Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred jawatan telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.

14 Mei 2012
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di dalam KUIN.

20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN.

30 Mei 2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang 'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran yang ditandatangani oleh Rektor.


19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN

20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan KUIN bagi menjelaskan isu yang berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas dan respon terhadap perjumpaan tersebut.

26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut prosuder yang sah.

Desakan Jamil meletak jawatan bukanlah kali pertama , bahkan pada 19 Februari 2012 , pelajar-pelajar KUIN pernah berhimpun di hadapan wisma darulaman bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Kain rentang panjang juga direntang di hadapan wisma melaungkan slogan ‘Jamil letak jawatan rektor’.

Warga KUIN yang rata-ratanya sudah tidak mahu Jamil menjadi Rektor KUIN mengharap agar Menteri Besar Kedah juga bertanggungjawab dan mengambil tindakan memecat Jamil sekiranya Jamil masih tegar dan enggan melepaskan jawatannya sebagai Rektor.

Perhimpunan dijalankan secara aman dengan melaungkan desakan JAMIL MELETAK JAWATAN di samping banner dan sepanduk kakitangan tidak mahu Jamil sebagai Rektor.

Kemelut KUIN dijangka dipercayai akan kembali reda dan dapat diselesaikan jika Jamil berundur dari Rektor KUIN.