Promosi

Monday 24 September 2012

Rasulullah Dihina!

Ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjukkan kemarahan mereka apabila tersebarnya Filem "Innocence Of Muslim" di youtube. Filem yang sengaja dibuat bagi menghina Nabi Muhammad dan Seluruh ummat Islam ini turut membangkitkan kemarahan Ummat Islam di Malaysia. Ummat Islam di Malaysia mengadakan himpunan secara aman bagi menyatakan rasa marah terhadap penerbitan filem tersebut. Dalam heboh Ummat Islam menunjukkan rasa marah kepada dunia, Kemarahan mereka ditambah lagi dengan kenyataan yang ditulis oleh Pengerusi DAP Perak di dalam tweternya "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?" Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Pengerusi DAP Perak dapat membezakan isu politik dengan isu agama. Perkara menghina agama yang dianuti oleh orang lain boleh dianggap sebagai perlakuan orang yang kurang bermoral. Hasil dari kenyataan Pengerusi DAP Perak ini telah menambahkan lagi kemarahan ummat Islam di Malaysia. Banyak laporan polis telah dibuat supaya kenyataan beliau ini disiasat dan berharap agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadapnya bagi membendung kejadian yang serupa berulang.


Sunday 23 September 2012

Hudud Pas

Hari ini penulis akan lampirkan berita seorang pembaca yang terkejut dengan penyelewengan hukum hudud yang diluluskan oleh Pas. Penulis tidak terkejut dengan berita ini kerana yakin ramai yang tidak tahu apa yang tertulis di dalam hukum hudud yang diluluskan tersebut. Mana ada pemimpin Pas yang berceramah menerangkan apa hukum-hukum yang terkandung dalam Kanun Jenayah Syariah yang diwar-warkan oleh mereka. Apa yang mereka hebohkan ialah UMNO tolak Hudud. Sedangkan Hudud yang dibentangkan kepada Tun Mahathir itu secara terang menyimpang dari Hudud Islam yang sebenar. Mereka pastinya tahu Tun akan menolaknya dan ianya boleh dijadikan modal politik mereka..




Wednesday 19 September 2012

Hukum Dari Mana Yang PAS Kutip Ni?

Pengasas PAS Kelantan mendesak PAS menarik balik hukum Hudud yang telah PAS luluskan kerana ia secara terang tidak menepati kehendak islam malah menurutnya hukuman yang diluluskan itu ada yang tidak masuk akal. Apa kata ulamak Pas pula?


Sunday 9 September 2012

Undang-undang Mana Yang Dia Pakai?

Sungguh biadap pengawal peribadi pemimpin PKR ni. Dia anggap dirinya tu siapa? ikut suka hati saja mengacukan pistol kepada orang awam. Sedangkan pihak polis yang mengamankan pendemonstrasi anjuran pakatan haram yang disokongnyapun tidak dibenarkan menggunakan senjata api, siapa budak ni yang ikut suka dia saja mengacukan pistol kepada orang awam?

Ketika itu sekumpulan lebih kurang 50 orang Belia 4B sedang berdemo untuk menghalau Anwar. Mereka memaparkan banner "Jangan cemarkan minda rakyat kampung kami", "Pengamal LGBT diharam masuk Kampung Rim", "Hey Anwar Juburi sini bukan telawin,", "Kami Tak Perlu Pemimpin PKR, Berambus Kau Dari Sini" dan "Anwar Pandikutty". Mungkin kerana tidak tahan dengan provokasi tersebut seorang pengawal keselamatan Anwar mengeluarkan dan mengacukan pistolnya kepada beberapa orang yang sedang berdemo pada masa tersebut. Kita lihat video ni


Ini gambar jelas seorang lelaki yang dikatakan pengawal peribadi Anwar yang masih memegang pistolnya.


Ini pula gambar belia yang sedang berdemo.




Tuesday 4 September 2012

Lari Dari Mulut harimau masuk Mulut Buaya!

Sejak akhir-akhir ini ramai teman-teman penulis yang kuat merokok memilih untuk menghisap rokok era baru, ataupun lebih dikenali dengan nama "rokok elektronik". Ramai yang berpendapat bahawa rokok ini dapat mengurangkan risiko penyakit terhadap mereka yang gemar merokok. Namun ternyata seperti kata pepatah "Lari dari Mulut Harimau masuk Mulut Buaya". Ini adalah disebabkan satu penyelidikan yang dilakukan telah mendapat keputusan bahawa rokok ini mampu merosakkan paru-paru mereka kerana kurangnya penyerapan oksigen dalam darah mereka yang menghisap rokok tersebut.


Kesimpulannya : Kalau dah tak nak sakit akibat dari merokok, anda berhenti sahajalah dari merokok!