Promosi

Wednesday 21 November 2012

Mungkinkah Akibat Doa PAS?

Kalau kami yang tulis dalam blog ini mungkin mereka akan kata kami ni diupah oleh UMNO, tapi kita lihat beberapa video klip kenyataan orang kuat Pas sendiri mengenai parti tersebut. Mari kita lihat dan fikir dengan hati yang tenang...






Rupa-rupanya ahli Pas juga tidak suka Pas memerintah Negeri Kedah ni...

Sunday 18 November 2012

Biarlah Rakyat Menilai Sendiri

Selang beberapa hari sahaja adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional dengan doa peliknya, hari ini Nik Aziz sendiri pula mengeluarkan kenyataan mendakwa UMNO Murtad. MasyaAllah!!! Apa dah jadi dengan pemimpin dan pengikut Pas ni? Dah tak adakah tokoh agama di dalam Pas yang berani menegur perbuatan dan kenyataan pemimpin mereka ini? Adakah mereka lebih takut kehilangan jawatan daripada menerima kemurkaan Allah? Kita tengok sorotan akhbar hari ini dan berfikirlah sebagai seorang Islam....


Kita lihat pula pandangan Ahli Akademik dan Agama



Beranikah mereka menegurnya?


Apa pula kata UMNO Kedah?
Sepatutnya sikap benilah yang dicontohi oleh pemimpin-pemimpin Pas, Mendoakan kesejahteraan Ummat Islam tidak kira walaupun mereka berlainan ideologi politik sekalipun.






Saturday 17 November 2012

Ummat beginikah Yang Boleh Dibanggakan?


Belum pernah penulis dengar dari mana-mana guru yang murshid menceritakan bahawa terdapat amalan darpada rasul-rasul terdahulu yang mendoakan kehancuran untuk ummat Islam. Namun kita boleh lihat perkara ini berlaku di bumi Malaysia yang tercinta ini. Di ketika rakyat di bumi palestin dihujani serangan bom oleh Yahudi Laknatullah, ada ummat Islam di Malaysia mendoakan untuk kejatuhan Kerajaan Islam di Malaysia.. Mungkinkah Dunia sangat hampir dengan penghujungnya??


Inikah orang yang mengaku diri mereka orang yang kuat berpegang dengan ajaran Islam? Orang beginikah yang boleh dipercayai akan melaksanakan undang2 Islam. Belum memerintah lagi pun mereka sudah menunjukkan diri mereka yang sebenarnya dengan mempergunakan agama Suci Islam.... 

Pas doa hancurkan UMNO, BN

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.
Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.
"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.
"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.

Ingatkan Dah Selesai


Dah lama penulis tidak dengar isu mengenai KUIN diperkatakan di kedai2 makan di negeri Kedah ini. Tiba2 hari ini ada satu lagi pendedahan yang dibuat oleh Badan Bertindak Anti Penyelewengan Kedah mengenai satu penipuan yang dilakukan oleh pihak pengerusan KUIN. Selanjutnya anda bacalah laporan berikut...

Krisis Kuin semakin meruncing


KHAIRUL Anuar Ramli (kiri) menunjukkan beberapa dokumen berhubung isu penyelewengan pentadbiran Kolej Universiti Insaniah sambil diperhatikan Saiful Ambar Abdullah Ambar pada sidang akhbar di Kulim, Kedah, semalam. - UTUSAN/Kamal Basir

KULIM 16 Nov. - Ketika krisis yang melanda Kolej Universiti Insaniah (Kuin) semakin meruncing, satu bukti berhubung penyelewengan pentadbiran institusi pengajian tinggi di bawah kerajaan Pas Kedah itu didedahkan hari ini.

Perkara itu dibongkar oleh Badan Bertindak Antipenyelewengan Kedah yang tampil bersama dokumen yang mendedahkan tindakan Kuin menggunakan minit mesyuarat palsu dalam perbicaraan kes saman melibatkan Syarikat Shake Cuisine Sdn. Bhd. baru-baru ini.

Presiden badan bertindak tersebut, Khairul Anuar Ramli mendakwa, minit mesyuarat berkenaan direka untuk menafikan perjanjian awal yang ditandatangani oleh pihak Kuin dan syarikat terbabit pada 26 Februari 2009.
Katanya, perjanjian awal itu melibatkan penyediaan tempat penginapan untuk 300 pelajar Kuin tetapi dalam minit mesyuarat bertarikh 14 Oktober 2009 berkenaan mengatakan penyediaan tempat adalah hanya untuk 193 orang.

"Kenyataan saya ini disokong oleh surat akuan bersumpah yang dibuat Setiausaha Sulit Kanan kepada Rektor, Kamaliah Osman di Mahkamah Tinggi Alor Setar pada 8 Ogos lalu.

"Dalam akuan bersumpah tersebut, Kamaliah telah diarahkan untuk menyediakan minit mesyuarat palsu oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik Kuin, Prof. Madya Zakariya Man yang juga diarahkan Rektor Kuin, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman supaya menguruskan perkara-perkara berkaitan saman oleh Shake Cuisine Sdn. Bhd.," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang ditemani peguamnya, Saiful Ambar Abdullah Ambar di Taman Seluang di sini hari ini.

Khairul Anuar berkata, pemalsuan dokumen itu merupakan satu perkara yang cukup serius kerana melibatkan beberapa pihak termasuk institusi pendidikan negara dan bidang perundangan.

Sehubungan itu katanya, pihak yang terlibat diharap dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin menerusi pembongkaran yang dilakukan pihaknya itu demi memulihkan kembali imej Kuin sebagai salah sebuah pusat pengajian Islam terbaik di negara ini.

Menurutnya, Badan Bertindak Antipenyelewengan Kedah akan membuat satu laporan polis dan menyerahkan semua dokumen berhubung dakwaan penyelewengan itu di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kulim, petang esok bagi meminta pihak berkuasa menyiasat kes berkenaan.

"Ini adalah pendedahan peringkat pertama kami. Banyak lagi isu dalaman Kuin akan didedahkan secara berperingkat selepas ini kerana kami menerima dua kotak dokumen yang dihantar menerusi kurier," dakwanya.

Khairul Anuar turut mencabar Jamil meletak jawatan sebagai Rektor Kuin kerana menyifatkan bukti dokumen yang ada di tangannya sudah cukup untuk melibatkan beliau dalam hal berkenaan.

"Setelah membuat laporan polis, suatu tempoh masa akan diberikan kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan siasatan dengan segera.

"Selepas itu, jika Rektor Kuin berdegil untuk meletak jawatan, kita akan menggunakan kuasa rakyat bagi mendesaknya berbuat demikian," katanya.