Promosi

Monday 29 April 2013

Beginikah Sifat Seorang Ustaz?

Beginikah sifat seorang yang mengaku dirinya seorang Ustaz? Beginikah cara mengajar yang dituntut oleh Agama Islam? Macam Samseng saja layaknya.. Adakah anda semua setuju dengan cara hukuman yang dilakukan oleh ustaz ni?? Anda lihat video ni dan buatlah pertimbangan yang sewajarnya......


Saturday 27 April 2013

Tengok dan Fikir!!

Cuba kita lihat dan fikir secara rasional, betul atau tidak apa yang dikatakan oleh Azhar Sulaiman. Mereka orang yang pakar dalam bidang pembikinan filem. Kalau ada yang berani menyahut cabaran beliau untuk membuat filem untuk memfitnah pemimpin Barisan Nasional, Silakanlah. Kalau dah tak mampu tu jangan la kata semua video yang keluar berkaitan pemimpin pembangkang itu hasil fitnah UMNO. Ada BERANI????



Monday 22 April 2013

Kawan Sendiri Pun Dah Ngaku

Mai sama-sama kita tengok video ni dan fikir apa yang terkandung di dalamnya sebelum membuat pilihan siapa yang harus kita pilih.


Saturday 20 April 2013

PAS Sanggup Bagi DAP Guna Lambang Mereka


Pas sanggup membenarkan DAP menggunakan logo partinya walaupun Karpal dengan tegas menyatakan bahawa dia tetap tolak perlaksanaan hudud. Nampaknya Pas sanggup menyerahkan apa sahaja kepada parti yang bersekongkol dengan mereka demi menuju ke Putrajaya. Namun begitu Arowana tidak merasa hairan dengan berita ini kerana apalah sangat sekiranya dibandingkan penggunaan logo Pas oleh DAP sekiranya dibandingkan dengan Kalimah Allah yang dibenarkan penggunaannya oleh agama-agama lain.......

Rezeki bergolek- Nik Aziz

KOTA BHARU 20 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan DAP menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai bukti parti tersebut menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Malah beliau menyifatkannya sebagai 'rezeki bergolek' kepada Pas yang kini berpakat dengan parti tersebut dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun pada asasnya dasar perjuangan mereka berbeza.
"Mana boleh orang sokong bulan kalau tidak kerana gerakan Islam dan DAP terima sepenuhnya, saya syukur kepada Allah Taala, ini kita panggil rezeki bergolek," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di sini hari ini.
Menurutnya penggunaan logo Pas oleh DAP tidak akan menimbulkan masalah kepada ahli di peringkat akar umbi kerana yakin mereka memahami perkara itu.
Ditanya alasan Pas membenarkan DAP menggunakan logo parti itu, Nik Abdul berkata: "DAP sudah rapat dengan Islam."


Kita tengok apa pula kata Karpal

DAP tetap tolak hudud Pas - Karpal


Karpal Singh
PULAU PINANG 20 April - DAP tetap menolak dasar Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar Pas.
Sebaliknya, jelas beliau, tindakan tersebut hanya melambangkan kerjasama utuh kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang.
"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini.
"Namun, itu semua adalah tidak penting kerana matlamat kita sekarang memastikan pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor, hari ini.
Selain itu, Karpal menambah, pihaknya lega memandangkan DAP dibolehkan untuk menggunakan simbol roket dalam pilihan raya umum ini.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat watikah yang dikeluarkan parti. Jadi DAP akan menggunakan simbol roket yang telah menjadi identiti parti sejak lebih 40 tahun lalu," ujarnya.

Thursday 11 April 2013

Fatwa yang telah tersebar

Mungkin disebabkan fatwa yang telah dikeluarkan oleh tok guru mereka menyebabkan banyak salah faham berlaku.. Fatwa ini telah mula disebarkan melalui ceramah-ceramah yang mereka lakukan..


Pondok pun sanggup disita demi dendam



Beginikah kerajaan yang dikatakan mendaulatkan agama Islam? Tak boleh dikritik mahupun ditegur oleh penyokong mereka sendiri. Bila dikritik inilah akibatnya......

Sememangnya Nik Aziz dan PAS Kelantan bahkan PAS di seluruh Malaysia amat gentar dengan tentangan yang diberikan dan ditunjukkan oleh guru-guru pondok terhadap Nik Aziz dan parti tersebut. Paling membinasakan sekali ialah apabila ulama-ulama dan guru-guru pondok menerbitkan hukum berdasarkan al-Quran, al-Hadis dan kitab-kitab muktabar tentang hukum HARAM MENGUNDI dan MENYOKONG PAS.

Belum pernah berlaku trend sebegini apabila guru-guru dan ulama-ulama pondok menzahirkan tentangan sekaligus memberikan penerangan serta penjelasan berserta hujah-hujah serta dalil-dalil bersandarkan kepada Kitabullah, Hadis Rasulullah s.a.w dan kitab-kitab muktabar karangan imam-imam besar akan kesesatan serta penyelewengan yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz dan PAS.


Walaupun sebenarnya PAS memiliki cerdik pandai agama yang kepakaran mereka mengatasi Nik Abdul Aziz, namun sebahagian besar daripada mereka memilih untuk menjadi berhala bisu yang sanggup memejamkan mata dan memekakkan telinga serta membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Nik Abdul Aziz atas nama POLITIK. 


Tindakan sesekali yang dilakukan oleh ulama-ulama PAS terutama dalam isu membabitkan KALIMAH ALLAH, hanya sekadar menutup pandangan sedangkan hakikatnya mereka hanya bercakap untuk menyedapkan lubang telinga para penyokong mereka, terutama golongan yang masih mempercayai PAS adalah sebuah gerakan yang didokongi oleh kaum ulama. 


Bagaikan halilintar dan bagaikan tsunami yang melanda, PAS terkesima apabila sebilangan besar bekas penyokongnya sendiri, mulai melondeh dan melancarkan serangan besar-besaran serta terang-terangan terhadap PAS dan Nik Abdul Aziz. 


Nik Abdul Aziz tidak lagi ditampilkan sebagai guru agama yang serba tahu, sebaliknya dia ditampilkan seorang tua nyanyuk yang gila kuasa dan gila untuk dikenali sebagai ulama walaupun hakikatnya, mengaji tak habis. 


Dan Nik Abdul Aziz sendiri membenarkan apa yang dikatakan tentang dirinya, menerusi fatwa-fatwa dan dalil-dalil agama yang penuh kekarutan serta diserkup kesempitan akal fikiran tanpa berlandaskan nas dan dalil qati’e. 


Abdullah Saamah, pengasas Pondok Geting, kini menjadi salah seorang musuh utama Nik Aziz. Dari mulut Abdullah Saamah inilah, penjelasan dan penerangan telah diberikan berhubung salahlaku dan salah beragama yang diamalkan oleh Nik Abdul Aziz yang kemudian dijadikan sebagai satu bahan pemujaan yang baru oleh para pengikutnya. 


Justeru, Nik Aziz dan konco-konconya yang sangat bimbang sekiranya lebih ramai yang membuka mata serta mula mencari kebenaran agama Islam, dan mengenepikan Nik Aziz dan PAS, mula mencari-cari jalan untuk menutup mulut serta menyusahkan Abdullah Saamah dan kawan-kawannya yang lain. 


Salah satu tindakan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan kuasa yang ada. 


Justeru, semalam, pihak berkuasa Majlis Daerah Tumpat telah mengambil tindakan menyita pondok pengajian yang diasaskan oleh Abdullah Saamah dalam usaha membalas dendam dan mengugut guru berkenaan. Ugutan bertujuan agar Abdullah Saamah tunduk dan akur dengan kehendak mereka di samping tidak terus menelanjangkan kebejatan serta kekeliruan yang ditimbulkan oleh Nik Aziz. 


Majlis Daerah Tumpat mendakwa, pembinaan bangunan tambahan yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diterima oleh Abdullah Saamah daripada Timbalan Perdana Menteri tidak lama dahulu, sebagai tidak menepati prosedur dan dibuat tanpa kebenaran Yang Dipertua MDT. 


Abdullah Saamah bagaimanapun berkata, tindakan yang dilakukan oleh MDT itu adalah bermotifkan politik untuk memberi tekanan kepadanya agar berhenti daripad menelanjangkan kepalsuan PAS dan Nik Aziz. Justeru katanya, dia tidak akan berbuat apa-apa, sebaliknya hanya membaca Surah Yassin dan solat hajat supaya masalah tersebut dapat diselesaikan manakala mereka yang terlibat pula diberikan hidayah. 


 


Bangunan yang dipertikaikan oleh MDT itu adalah bangunan lima tingkat yang masih dalam proses pembinaan. Bangunan tersebut dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat. 


Menurut Abdullah, segala prosedur yang ditetapkan oleh MDT telah dituruti. Malah ketika surat amaran pertama yang dihantar kepadanya, dia telah bertanya kepada anggota penguatkuasa terbabit untuk sebab apakah surat amaran tersebut dihantar. Anggota penguatkuasa itu bagaimanapun berkata, ia sekadar prosedur dan proses pembinaan boleh diteruskan. 


Bagaimanapun apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman berkenaan, lain pula isu yang ditimbulkan. MDT menjelaskan bahawa bangunan berkenaan hanya boleh diteruskan pembinaannya setelah mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya. 


Dan lebih menarik lagi ialah, untuk menutup cerita sebenar penyitaan yang dilakukan oleh MDT atas arahan Kerajaan Negeri PAS Kelantan itu, Abdullah Saamah dan ahli keluarganya pula difitnah akan menjadi calon PRU13 mewakili UMNO dan Barisan Nasional. Itulah dia corak dan sikap sebuah Kerajaan Islam kononnya… menyita sebuah pusat pengajian Islam, tetapi pada masa yang sama, amat berbesar hati apabila berhala besar didirikan di Tumpat tanpa sebarang tindakan!!!


Sumber: Kedahan69ers

Tuesday 9 April 2013

Pelik Tapi Benar

Apa dah nak jadi dengan mereka semua ni? Dalam ramai-ramai tu tak ada ka seorang yang berani menegur perbuatan mereka ni? Cuba la kalau UMNO yang buat semua ni rasanya tidak seorang pun dari puak-puak ni yang akan tertinggal untuk mengutuk dan mencerca UMNO. Kalau boleh sampai semua orang akan dijaja dan diceritakan sampailah ke budak-budak yang tak tau apa pun pasal politik pun akan diceritanya tapi bila benda ni berlaku kepada mereka..... Mulut semua orang bagaikan terkunci mati.


Patutla Nik Aziz kata DAP dah terima Islam..
 Credit kepada Mymassa.....

'DAP terima Islam' - Nik Aziz

KOTA BHARU 9 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang semakin terdesak selepas mendapat tentangan golongan ulama dan tahfiz yang membuat deklarasi mengundi Pas adalah haram mendabik dada kononnya Pas berjaya mendidik DAP menerima Islam.
Beliau mendakwa, perjuangan Pas yang selama ini berkeras mahu menegakkan undang-undang Islam berjaya selepas DAP menyatakan hasrat mahu menggunakan logo Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekiranya parti tersebut diharamkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Walau bagaimanapun, Nik Abdul Aziz tidak mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang jelas menolak pelaksanaan undang-undang hudud dan kenyataan berterusan pemimpin DAP menentang keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang menolak kalimah Allah digunakan bukan Islam dalam Bible.
Dalam masa sama, beliau tetap bertegas tidak akan bersara daripada politik sebaliknya akan terus berjuang selagi masih bernafas.
Malah, beliau turut menyifatkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad 'seorang tua yang nyanyuk' kerana mengeluarkan kenyataan meminta beliau bersara.
Nik Abdul Aziz turut mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir bersara daripada politik walaupun tidak disuruh tetapi pada masa sama masih aktif bercakap berkenaan politik.
"Selagi saya bernafas saya akan pegang jawatan, pegang peranan saya dalam membentuk Islam, masalah saya Menteri Besar itu masalah kedua, tapi saya terus bercakap dalam Islam," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, di sini hari ini.
Dr. Mahathir ketika berucap di Johor baru-baru ini menasihatkan rakyat menamatkan karier politik tiga pemimpin pembangkang yang telah lama berkecimpung dalam politik iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Nik Abdul Aziz.
Nik Abdul Aziz yang kini berumur 82 tahun telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama 23 tahun manakala jawatan Mursyidul Am Pas dipegangnya sejak 1987.
Keadaan kesihatannya yang semakin uzur dan kerap dimasukkan ke hospital menyebabkan banyak pihak meminta beliau berundur dari arena politik namun pemimpin itu tidak pernah mempedulikan setiap kritikan tersebut.
Sedangkan beliau sebelum ini pernah menyatakan akan bersara daripada politik jika Dr. Mahathir turut melakukannya.


Sunday 7 April 2013

Bina Masjid Bukan Untuk Islam?

Kenyataan apa ni? Kalau Masjid dibina bukan untuk Islam, untuk apa lagi sebuah masjid itu dibina? Siapa yang mengarut ni? Kalau dah tak mampu nak bina Masjid, tak payah la nak keluarkan berbagai kenyataan yang akan mengelirukan rakyat. Siapa orang tua sorang ni yang mampu membaca niat seseorang individu melakukan sesuatu kerana Allah atau tidak? Biarlah usia kita yang panjang yang dikurniakan Allah dimanfaatkan untuk beribadat serta bersyukur kepadanya dan bukan dengan mengejar habuan dunia di hujung usia kita.. Bacalah kenyataan yang dikeluarkan oleh seorang yang digelar "Tok Guru" ni. Beginikah sifat seorang yang merasakan dirinya alim?? Tahap mana alimnya dia sehingga mampu mengetahui samaada sembahyang yang dilakukan oleh seorang itu tidak diberikan pahala oleh Allah? Ingatlah di akhir zaman akan ada ulamak jahat, dari mereka fitnah datang kepada mereka fitnah itu kembali..........


UMNO bina masjid bukan sebab Islam-Nik Aziz

Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan angkuh mempertahankan 'fatwa'nya sebelum ini bahawa solat orang UMNO tidak mendapat sebarang pahala, di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, Kota Bharu, semalam.
KOTA BHARU 7 April - Setelah menuduh solat orang UMNO tidak mendapat pahala, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa, UMNO membuat masjid bukan kerana Islam sebaliknya mahu menjadi kontraktor.
Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata, program-program berkaitan Islam yang dilakukan UMNO juga tidak mendapat pahala kerana parti tersebut menolak Islam.
"Di Kelantan ini banyak mana projek-projek Kerajaan Pusat buat, sepatah pun tidak memberitahu harga sebenar.
"Tentu ada benda yang tersembunyi, orang Melayu panggil 'sambil menyelam sambil minum air'. UMNO pula 'sambil menyelam sambil bekwoh (kenduri)'. Bukan setakat minum sahaja, makan besar," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan Projek Pawah Rusa di Kompleks Perkhidmatan Veterinar, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya dalam ceramah di Kampung Jambu dekat sini, 3 April lalu, yang mendakwa sembahyang orang UMNO tidak mendapat pahala kerana mendakwa parti itu menolak dasar Islam.
Mengenai dakwaannya itu, Nik Abdul Aziz dengan angkuh mempertahankannya dengan menegaskan, orang UMNO bermakna orang yang menolak Islam dan sembahyang mereka sememangnya tidak akan memperoleh sebarang ganjaran pahala.
Beliau berkata, orang Melayu sepatutnya menerima Islam dengan sepenuhnya dan menolak Islam bermakna mereka turut menolak Allah SWT.
Dakwaan Nik Abdul Aziz itu dibidas banyak pihak terutama golongan ulama seperti Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, Pengerusi Biro Agama Nadi Rakyat Malaysia, Rujhan Abd. Rahman dan Pengerusi Biro Bertindak Agama Minda Pondok, Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.
Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz menyifatkan manifesto yang diumumkan Barisan Nasional (BN) demi kesejahteraan rakyat malam tadi sebagai mengarut.
"Buatlah apa sahaja, asal tolak Islam semuanya mengarut," katanya.


Wednesday 3 April 2013

Kita Lihat Siapa Yang Kena




Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat berkuatkuasa hari ini bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung melalui televisyen, Najib berkata beliau telah menghadap dan mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membubarkan Parlimen Ke-12 hari ini.

Beliau turut menasihati semua kerajaan negeri untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing, kecuali Negeri Sembilan dan Sarawak, bagi membolehkan pilihan raya negeri diadakan serentak.

Akhirnya Parlimen telah dibubarkan dengan tiada satu pun tekaan yang kena malah kerajaan negeri selangor yang katanya ingin membubarkan DUN selepas Cap Goh Mei pun masih belum melakukannya sehingga kini. Nampaknya jerat tidak mengena.

Ayuh sahabat semua, semboyan telah dibunyikan, Bersamalah kita berjuang demi maruah bangsa agama dan tanah air. Teruskan berusaha dan jangan berundur sebelum berjuang......

Akhir sekali bak kata seorang rakan, yang baik itu semuanya dari Allah Taala dan semua yang buruk itu datangnya dari "An War"........