Promosi

Monday, 13 May 2013

Penyatuan Ummat Melayu



Teruskan agenda perpaduan Melayu

Nasharuddin Mat Isa

KUALA LUMPUR 12 Mei - Agenda perpaduan melibatkan umat Melayu Islam menerusi 'lapangan' kerjasama UMNO dan Pas perlu diteruskan daripada semasa ke semasa bagi memastikan bangsa serta agama Islam dapat diperkasakan sepanjang zaman.
Desakan tersebut disuarakan oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa yang turut mengajak pemimpin-pemimpin Melayu Islam menginsafi realiti masa depan bangsa dan agama yang kini mula dirobek pihak-pihak tertentu.
Atas dasar itu, beliau menempelak sikap seorang pemimpin tertinggi Pas yang mengeluarkan kenyataan akan 'meludah' muka mana-mana pihak yang mengusahakan penyatuan dua parti terbesar orang Melayu di negara ini iaitu UMNO dan Pas.
"Bagi saya, dalam agenda perpaduan yang melibatkan UMNO dan Pas, ia mesti jadi agenda berterusan. Namun, apa yang saya tidak boleh terima, bila ada kenyataan kalau ada usaha untuk menyatukan Pas dan UMNO, muka orang itu akan diludah. Ajaran agama mana ini?
"Saya tahu selepas ini akan ada bermacam tohmahan dan tuduhan tentang kenapa saya memilih pentas bangsa. Salahkah kita bicara tentang bangsa kita? Adakah perjuangan bangsa ini salah di sisi agama?," soalnya.
Beliau berkata demikian ketika menjadi panel Wacana Post Mortem PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah di sebuah hotel di Menara Mara di sini hari ini.
Wacana yang dikendalikan oleh Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar itu turut menampilkan barisan panel iaitu tokoh pendidik, Tan Sri Dr. Abdul Rahman Arshad; bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd. Noor Abdullah dan Felo Himpunan Keilmuan Muslim, Wan Ahmad Fayhzal Wan Ahmad Kamal.
Nasharuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Bachok berkata, usaha penyatuan Melayu Islam ini perlu digerakkan di peringkat bawahan dan oleh itu hanya UMNO dan Pas sahaja dilihat mampu melakukan perkara tersebut.
"Kita berbicara soal perpaduan, hari ini mungkin ramai yang lihat dalam akhbar, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) melawat Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
"Tun Dr. Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Mukhriz Mahathir juga datang melawat dan mereka lupa sekejap siapa UMNO dan Pas. Persoalannya, adakah nak tunggu sehingga orang kena potong kaki, masuk hospital atau ranap bangsa baharu kita nak bicara tentang perpaduan sesama kita?," soalnya lagi.
Oleh yang demikian menurut beliau, isu perpaduan Melayu Islam memerlukan tindakan serta kesungguhan semua pihak dengan kepentingan terhadap keperluan UMNO dan Pas berbincang melihat masa depan negara dengan lebih konstruktif.
"Perkara besar seperti ini mungkin tak dapat natijah dalam tempoh singkat tetapi ia perlu dilakukan untuk kesinambungan Islam dan Melayu sebagai teras negara. Dalam hal bangsa, tiada salah untuk kita berbincang dengan syarat berteraskan Islam," tegasnya.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan Pas bertindak menyingkirkan mana-mana ahlinya yang bergerak menyatukan parti itu dan UMNO, beliau berkata: "Padang ini luas dan kalau tak boleh bermain di padang ini, kita boleh bermain di stadium lain".


Kita lihat pula apa kata pemimpin PAS yang sorang ni pulak


video

Apa crita ni? Siapa yang lebih memahami Islam dalam konteks 2 orang ni?
Beginikah orang yang mengaku mengamalkan Islam lebih baik dari orang lain?

Thursday, 2 May 2013

Sumpah Laknat Di Hadapan Kaabah

Saiful Bukhari sekali lagi melafazkan sumpah laknat di hadapan Kaabah. Bagi orang islam Baitullah adalah salah satu tempat yang suci. Kalau seseorang itu bersumpah di hadapan kaabah dengan hati yang suci maka boleh dikatakan kebanyakan orang islam akan mempercayai sumpah yang dibuat olehnya. Bagai mana pula dengan orang yang dituduh? adakah beliau berani melakukan sumpah laknat?? tak payah la sampai ke hadapan Kaabah, cukuplah bersumpah di dalam masjid di Malaysia saja bagi menyatakan bahawa tuduhan itu tidak benar. Ada BERANI????????

video

Siapa yang Perlu Diubah

Marilah sama-sama kita lihat video ni dengan berlapang dada....
video

Bagaimana?
Ketawa boleh ketawa, tapi pengajaran disebalik video tu perlu dipertimbangkan.....

Wednesday, 1 May 2013

Bapa Saiful Bukhari Kembali Ke Pangkal Jalan





Sidang Media dilakukan di sebuah hotel di Cheras Perdana jam 2 petang (Rabu).

Dalam sidang media itu Bapa Saiful Bukhari ditemani oleh dua orang rakannya.

Pada sidang akhbar sekitar 10 minit itu beliau mengumumkan dia 'kembali ke pangkal jalan',dan mengakui sudah mengkhianati anaknya Saiful Bukhari. Beliau turut mengisytiharkan keluar PKR serta merta.

Beliau turut bertegas bahawa tindakan yang diambilnya adalah merupakan kesedaran dirinya sendiri dan bukannya di desak oleh mana-mana pihak.

Katanya dia ada buat solat istiqharah memohon petunjuk.

Kenyataan yang dibuatnya pada 3 Mac lalu yang menyatakan bahawa anaknya telah dipergunakan untuk memfitnah Datuk seri Anwar telah menggemparkan semua pihak. Beliau kemudiannya telah sertai PKR.

Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Azlan semasa sidang akhbar petang tadi:

Saya, Azlan Mohd Lazim ingin menarik balik kenyataan akhbar saya pada 8.3.2013, 11.3.2013, juga di majlis-majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani pada 23 dan 24 Mac 2013, yang menyatakan bahawa anak saya, Mohd Saiful Bukhari telah dperguna oleh beberapa pihak, salah seorang daripadanya, saudara Khairil Anas Jusoh, untuk memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2008.

Kejadian liwat yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau.

Kepada seluruh ahli keluaga saya, terutama ibu saya, adik beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ingin saya memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah.

Dengan kenyataan akhbar ini di harap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini.

Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sediakala hidup dalam keadaan harmoni.

Saya sudah insaf mahu kembali ke jalan kebenaran.

Akhir sekali saya ingin mengisytihar yang pada hari ini, 1 Mei 2013 saya secara rasminya ingin keluar dari menjadi ahli PKR serta-merta dan tidak bercadang menyertai mana-mana parti politik.

Azlan Mohd Lazim
1.5.2013