Berhubung isu yg menggemparkan negara iaitu :
kenyataan BERANI ANUAR IBRAHIM MENYOKONG PENUH DALAM PEMBENTUKAN SEBUAH NEGARA ISRAEL.
klik sini
Salam Sejahtera! Blog ini dihasilkan bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengakses Blog ini mencatatkan pendapat dan pandangan mereka. Namun admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang dicatatkan dalam blog ini. Anda harus bertanggungjawab ke atas setiap komen anda...
Promosi
Saturday, 25 February 2012
Wednesday, 1 February 2012
BUKU JINGGA TIDAK SESUAI DI KEDAH?
Hari ini Menteri Besar Kedah sekali lagi mengulangi kenyataannya bahawa Manifesto dan Buku Jingga masih belum sesuai dilaksanakan di Negeri Kedah(Klik Sini). Apa pula pandangan anda? Adakah Buku Jingga sahaja yang sudah tidak relevan ataupun Pakatan Rakyat sendiri pun sudah Tidak Relevan lagi?
Monday, 30 January 2012
Sedarlah Wahai Sahabat!
Tanpa Kita Sedar... Tanpa kita sedar masa terus berlalu meninggalkan kita dan kita pula asyik leka, alpa dan asyik dengan duniawi Tanpa kita sedar sudah banyak wang ringgit kita habiskan untuk berfoya-foya namun sedikit sangat amal jariah kita terhadap mereka yang memerlukan Tanpa kita sedar selama kita bercakap aka...n keburukan orang lain akan tetapi kita dibutakan dari melihat kelemahan dan kedaifan diri sendiri Tanpa kita sedar peluang sudah diberi untuk berjaya namun kita angkuh dan meremehkannya lalu rebah tersungkur ke jalan kegagalan Tanpa kita sedar nasihat sudah mengunung diberikan kepada kita tetapi kita memekakkan telinga dan menahan hati darinya lalu kita mudah digoda dan disesatkan Tanpa kita sedar dosa menimbun dan makin bertambah, akan tetapi kita sering lupa untuk bertaubat sedangkan pintu taubat sentiasa terbuka Tanpa kita sedar mata dikurnia memperlihatkan ciptaanNya , sebaliknya kita merosakkannya dengan pandangan hina dan jahil Tanpa kita sedar mulut diberi hak berbicara agar sentiasa melafazkan kata-kata zikir kepadanNya, sebaliknya kita mempergunakannya dengan berkata-kata dengan perkataan lagha Tanpa kita sedar telinga diberi hak untuk mendengar alunan kalam suciNya , sebaliknya kita memperlakukannya dengan menerima berita-berita fasik dan fitnah Tanpa kita sedar kaki dan tangan yang sempurna dikurniakan agar melakukan ibadat kepadaNya sebaliknya kita terpelangkup dalam dunia kemaksiatan Tanpa kita sedar kita selalu menyalahkan takdir walhal kita diberi peluang dalam mengubahnya Tanpa kita sedar kita selalu lupa akan Allah, namun Allah tidak pernah sesekali melupakan hambaNya Tanpa kita sedar kita sering mengatakan keseorangan padahal Allah sentiasa bersama kita sepanjang masa TANPA KITA SEDAR KITA SUSAH UNTUK TERSEDAR DARI KEASYIKAN DUNIAWI KEPADA KESEDARAN MENGINGATI ALLAH DAN RASULNYA.... Itulah kita yang seringkali harus disedarkan secara berulangkali agar tidak jauh dari hidayahNya.... Dan Tanpa Kita Sedar Allah itu sentiasa menyayangi hambaNya yang soleh dan taat kepadaNya...
Wednesday, 18 January 2012
Beginikah Sifat Wanita yang mengaku beragama Islam di Malaysia??
Anak-anak dan isteri2 sipa lah agaknya mereka ni? Beginikah akhlak wanita Islam yang mereka laungkan? Benarkah Lirik lagu yang mereka nyanyikan diambil daripada lirik lagu yang dinyanyikan di dalam gereja? Jika beginilah sikap dan akhlak wanita kita, mana mungkin akan berlaku sepertimana yang dikatakan tangan wanita yang menggoncang buaian mampu menggoncang dunia??? Anda bayangkanlah betapa murahnya harga diri mereka ini?? Untuk apakah mereka melakukan semua ini????
Monday, 26 December 2011
Haramkah Duit 500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional?
Kalau dah Tok Guru PAS sendiri yang cakap macam ni, Apa kisahnya dengan orang-orang pas yang telah terlebih awal isi borang untuk dapat bantuan RM 500 tu? Haramkah duit yang mereka akan dapat dalam masa terdekat ni? Lu fikir la sendiri......
Tuesday, 20 December 2011
Betulkah Kit Siang & Karpal dah Terima dakwah PAS?
Batulkah dakwaan YB. Taib Azamudin mengatakan Kit Siang dan Karpal dah mula faham dengan dakwah yang disampaikan oleh Ulamak-ulamak Pas? Beliau difahamkan berkata demikian di Markas Pas Bukit Nambua Kuala Nerang pada 19 haribulan malam. Dalam ceramah berkenaan juga khabarnya beliau turut mengatakan kerajaan menggunakan wang BR1M sebagai memancing undi. Benarkah Begitu? Kalau dah semua yang kerajaan buat tak betul, macam mana pula dengan pengakuan yang dibuat ini? Bila YB nak cerita kat semua orang? Adakah YB sanggup bersekongkol dengan mereka yang melakukan dosa hanya untuk sedikit habuan di dunia????
Mahasiswa Melampau!!
Kadang-kadang kita pun hairan dengan segelintir mahasiswa yang sukakan demonstrasi jalanan ni. Bila ada saja demonstrasi jalanan, kita pasti dengar ada sahaja kumpulan mahasiswa yang terlibat. Mungkinkah mereka sudah terlupa niat sebenar mereka berada di pusat-pusat pengajian tinggi? Mungkinkah mereka terlupa bahawa ibubapa mereka membanting tulang untuk membekalkan mereka wang bagi tujuan menimba ilmu di menara gading? Mungkinkah mereka ini dijanjikan habuan oleh individu tertentu? Apa pun kita dengar apa kata Negarawan terulung kita mengenai hal ini..
Subscribe to:
Posts (Atom)
.

