Promosi

Monday, 26 December 2011

Haramkah Duit 500 yang diberikan Kerajaan Barisan Nasional?

Kalau dah Tok Guru PAS sendiri yang cakap macam ni, Apa kisahnya dengan orang-orang pas yang telah terlebih awal isi borang untuk dapat bantuan RM 500 tu? Haramkah duit yang mereka akan dapat dalam masa terdekat ni? Lu fikir la sendiri......

Tuesday, 20 December 2011

Betulkah Kit Siang & Karpal dah Terima dakwah PAS?

Batulkah dakwaan YB. Taib Azamudin mengatakan Kit Siang dan Karpal dah mula faham dengan dakwah yang disampaikan oleh Ulamak-ulamak Pas? Beliau difahamkan berkata demikian di Markas Pas Bukit Nambua Kuala Nerang pada 19 haribulan malam. Dalam ceramah berkenaan juga khabarnya beliau turut mengatakan kerajaan menggunakan wang BR1M sebagai memancing undi. Benarkah Begitu? Kalau dah semua yang kerajaan buat tak betul, macam mana pula dengan pengakuan yang dibuat ini? Bila YB nak cerita kat semua orang? Adakah YB sanggup bersekongkol dengan mereka yang melakukan dosa hanya untuk sedikit habuan di dunia????

video

Mahasiswa Melampau!!

Kadang-kadang kita pun hairan dengan segelintir mahasiswa yang sukakan demonstrasi jalanan ni. Bila ada saja demonstrasi jalanan, kita pasti dengar ada sahaja kumpulan mahasiswa yang terlibat. Mungkinkah mereka sudah terlupa niat sebenar mereka berada di pusat-pusat pengajian tinggi? Mungkinkah mereka terlupa bahawa ibubapa mereka membanting tulang untuk membekalkan mereka wang bagi tujuan menimba ilmu di menara gading? Mungkinkah mereka ini dijanjikan habuan oleh individu tertentu? Apa pun kita dengar apa kata Negarawan terulung kita mengenai hal ini..
video

Saturday, 17 December 2011

Tuesday, 13 December 2011

Daging Babi & Coca Cola

Bagi sesiapa yang berhasrat nak makan daging babi, lihatlah dulu video ni. Bagi yang dah makan atau termakan tu nasib ja la. Mungkinkah akibat makan daging babi menyebabkan pemakannya bersifat busuk perut? Fikir2kanlah.........

video

Monday, 12 December 2011

Janji Dusta

Beginilah jadinya sekiranya memungkiri janji yang dilafazkan.
Adakah anda bersetuju?
video

Thursday, 8 September 2011

Amanahkah Pemimpin Kita?


Adakah jalan sebegini berhampiran kawasan anda? Siapa yang anda akan salahkan sekiranya terdapat jalan begini yang perlu dilalui oleh anda setiap hari? Adakah anda akan salahkan bentuk mukabuminya? ataupun kerajaan?
Bagaimana pula kalau jalan yang sebegini?


Dimanakah silapnya sehingga menyebabkan keadaan jalan menjadi begini? Adakah kerajaan sudah ketiadaan wang untuk memperbaiki jalan-jalan yang mungkin akan mengancam nyawa anda ini? Ataupun Berlaku Penyelewengan?(Klik Sini)
Kerosakan jalan juga berlaku di negeri Kedah Darul Aman. Khabarnya Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan sebanyak RM 147,535,242.00 kepada Kerajaan Negeri Kedah dan jumlah yang dibelanjakan hanya sebanyak 54,355,763.00 bagi menyelenggara 168 batang jalanraya di seluruh Negeri Kedah. Mungkinkah disebabkan baki sebanyak 93,179,479.00 yang tidak digunakan ini menjadi punca banyak lagi jalan yang rosak teruk di Kedah?(Klik Sini)

Harapkan Air dapat Angin dan Bil yang Mahal



Kekalahan Kerajaan BN Kedah tiga tahun lalu adalah satu pengalaman cukup pahit. Kesannya kini mula dirasai oleh rakyat di negeri Kedah. Kebanyakan keputusan yang dibuat Kerajaan Negeri di bawah pimpinan  Pas tidak menguntungkan orang ramai. Pengumuman kenaikan tarif air 25 hingga 44 peratus (%) benar-benar memeritkan rakyat yang kebanyakannya masih berpendapatan rendah. Andainya kenaikan kadar tarif air itu perlu, janganla disalahkan orang lain pula. (Klik Sini). Kesan kenaikan harga air ini bukan sahaja menyebabkan penyokong Barisan Nasional marah malahan ianya juga turut menyebabkan rasa tidak puas hati dikalangan penyokong PAS Sendiri hingga menyebabkan mereka melakukan demonstrasi di depan Pejabat Menteri Besar. (Klik Sini).

MB Kedah Sakit JANTUNG???


Dalam bulan Ramadhan baru-baru ini negeri kedah digegarkan dengan khabar yang menyatakan bahawa Menteri Besar Kedah dimasukkan ke Institut jantung Negara (IJN) akibat serangan sakit jantung. Entah betul entah tidak berita yang kita dengar itu. Tetapi kalau kita lihat gambar di atas mungkin kita akan yakin dengan berita yang dikhabarkan itu. Namun ada juga suara-suara nakal yang mengatakan MB Kedah masuk IJN sebab nak elakkan diri daripada menyalurkan sumbangan tertentu kepada orang-orang tertentu. Setelah isu ini gah diperkatakan di seluruh pelosok negeri, MB Kedah Menyatakan bahawa beliau hanya menjalankan pemeriksaan susulan sahaja di IJN (Klik Sini). Kalau hanya menjalankan pemeriksaan susulan takkan sampai seteruk seperti dalam gambar kot? Dan takkan la sampai terdapat berita yang mungkin MB Kedah akan diganti?(Klik Sini)

Gambar yang mungkin akan menyebabkan anda takut ke Somalia

Gambar ini mungkin akan menyebabkan anda merasa ngeri untuk menyahut Cabaran Datuk Abdul Azeez Rahim bagi mendaftar nama untuk mengikutinya ke Somalia dalam masa terdekat. Untuk berita selanjutnya sila (Klik Sini)

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca Arowana Cun!

Di kesempatan ini, Arowana Cun ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada semua pembaca yang beragama Islam. Walaupun kita telah berjaya melaksanakan ibadah puasa ramadhan, namun kita juga digalakkan untuk melaksanakan ibadah puasa 6 dalam bulan syawal. Untuk Membaca maksud Hadis Puasa Sunat Syawal sila Klik Sini

Wednesday, 7 September 2011

Suara Hati Rakyat

video

Beginilah suara hati kebanyakan rakyat Malaysia. Namun ada juga yang tidak menyuarakan suara hatinya hanya kerana kepentingan politiknya. Namun mampukah anda membendung rasa amarah demi perjuangan parti politik yang anda pilih?