Promosi

Thursday 8 September 2011

MB Kedah Sakit JANTUNG???


Dalam bulan Ramadhan baru-baru ini negeri kedah digegarkan dengan khabar yang menyatakan bahawa Menteri Besar Kedah dimasukkan ke Institut jantung Negara (IJN) akibat serangan sakit jantung. Entah betul entah tidak berita yang kita dengar itu. Tetapi kalau kita lihat gambar di atas mungkin kita akan yakin dengan berita yang dikhabarkan itu. Namun ada juga suara-suara nakal yang mengatakan MB Kedah masuk IJN sebab nak elakkan diri daripada menyalurkan sumbangan tertentu kepada orang-orang tertentu. Setelah isu ini gah diperkatakan di seluruh pelosok negeri, MB Kedah Menyatakan bahawa beliau hanya menjalankan pemeriksaan susulan sahaja di IJN (Klik Sini). Kalau hanya menjalankan pemeriksaan susulan takkan sampai seteruk seperti dalam gambar kot? Dan takkan la sampai terdapat berita yang mungkin MB Kedah akan diganti?(Klik Sini)

No comments:

Post a Comment