Promosi

Saturday 31 March 2012

Beginikah Sifat Seorang Bergelar Khalifah


Beginikah Sifat seorang yang menggelarkan dirinya sebagai Khalifah? Tanah tapak Masjid pun nak dijualnya. Macam mana perkara ini boleh berlaku? Beginikah yang dikatakan oleh pemimpin PAS Bahawa DAP sudah memahami Islam? Anda baca dan fikirlah sendiri. Berita ini teman petik terus dari Utusan Malaysia.

PULAU PINANG 30 Mac - Kecewa dengan tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menjual tapak masjid di Bayan Mutiara, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini berhimpun secara aman di hadapan Masjid Simpang Enam di sini selepas solat Jumaat untuk menyuarakan bantahan mereka.
Sambil memegang kain rentang dan sepanduk, mereka melahirkan rasa marah dengan keputusan tersebut yang seolah-olah menunjukkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng cuba mengganggu hak orang Islam.
Antara perkataan yang tertera pada kain rentang dan sepanduk ialah Serah balik tanah masjid, Selamatkan tapak masjid serta Kami mendesak tanah masjid Bayan Mutiara diwakafkan.
Mereka kemudiannya berarak sejauh kira-kira 100 meter menuju Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) yang menempatkan pejabat pentadbiran Ketua Menteri untuk menyerahkan surat meminta Guan Eng memberi penjelasan berhubung isu berkenaan.
Sebaik tiba di tingkat tiga Komtar, kumpulan seramai kira-kira 30 orang itu meluru ke lif untuk naik ke pejabat Ketua Menteri di tingkat 52 bagi menyerahkan sendiri surat berkenaan kepada Guan Eng.
Mereka bagaimanapun gagal naik ke atas kerana dipercayai suis lif dikunci oleh pengawai keselamatan kerajaan negeri bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
Surat itu kemudiannya diserahkan kepada Pembantu Khas kepada Ketua Menteri, Marziah Mohd. Muktar.
Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia Pulau Pinang (Perkasa), Mohd. Rizuad Mohd. Azudin yang mengetuai kumpulan tersebut berkata, kandungan surat itu mahukan Guan Eng memberi jawapan dalam tempoh tujuh hari sama ada tapak masjid tersebut telaj dijual kepada pemaju atau tidak.
"Guan Eng perlu jawab. Bukan saya seorang sahaja mahu dengar tetapi semua orang Islam di negeri ini ingin mengetahui apa yang terjadi.
"Kami juga mahu tahu kenapa tapak masjid itu tidak diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Pulau Pinang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

1 comment:

  1. Salam Perjuangan...mohon linkkan blog saya....saya telahpun linkkn blog tuan di blog sy...

    www.melakapost.blogspot.com

    ReplyDelete