Promosi

Tuesday, 8 January 2013

Nak Tengok Saja Ka?


DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?

PUTRAJAYA 7 Jan. - DAP diminta memberi penjelasan tentang dakwaan parti itu akan mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau terkejut apabila difahamkan tentang dakwaan tersebut dan mahu DAP menyediakan jawapan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.
"Saya tidak boleh beritahu maklumat saya itu, sebab itu saya hendak bertanya. Itu saya kata tadi saya difahamkan. Jadi saya minta DAP jawab sama ada betul atau tidak.
"Saya juga minta Pas menyatakan pendirian sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan tindakan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, beliau tidak terkejut sekiranya Pas tidak menghalang atau membantah tindakan DAP itu.
Hal yang demikian, katanya, disebabkan Pas yang kini cenderung memperalatkan agama menjadikan kedua-dua parti itu dilihat terdesak menggunakan isu-isu agama untuk meraih sokongan.
"Apatah lagi baru-baru ini, saya lihat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan Pas akan tetap pertahankan keputusan tidak menghalang penggunaan kalimah Allah dalam Bible," katanya.
Ahli Parlimen Batu Pahat itu melontarkan pertanyaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adakah mereka membenarkan Bible mengandungi kalimah Allah diedarkan di negeri berkenaan.
"Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada Nik Aziz dan Azizan, dia setuju atau tidak. Kalau di Pulau Pinang tidak hairanlah sudah tentu Ketua Menterinya Lim Guan Eng, di Selangor pula Menteri Besarnya dari Parti Keadilan Rakyat," katanya.


Bahagiakah kita sekiranya anak2 kita memilih untuk menganut agama lain akibat salah faham yang ujud hasil persetujuan kita membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah?

1 comment:

  1. Assalamualaikum bro..

    Mohon di pautkan blog saya ini ye..

    http://taipingcentral.blogspot.com/

    Semoga tali ukhuwah ter erat antara kita di alam maya..

    Anyway, sempoi blog bro.. Hebat..

    Tq bro..

    ReplyDelete