Promosi

Wednesday 1 May 2013

Bapa Saiful Bukhari Kembali Ke Pangkal Jalan





Sidang Media dilakukan di sebuah hotel di Cheras Perdana jam 2 petang (Rabu).

Dalam sidang media itu Bapa Saiful Bukhari ditemani oleh dua orang rakannya.

Pada sidang akhbar sekitar 10 minit itu beliau mengumumkan dia 'kembali ke pangkal jalan',dan mengakui sudah mengkhianati anaknya Saiful Bukhari. Beliau turut mengisytiharkan keluar PKR serta merta.

Beliau turut bertegas bahawa tindakan yang diambilnya adalah merupakan kesedaran dirinya sendiri dan bukannya di desak oleh mana-mana pihak.

Katanya dia ada buat solat istiqharah memohon petunjuk.

Kenyataan yang dibuatnya pada 3 Mac lalu yang menyatakan bahawa anaknya telah dipergunakan untuk memfitnah Datuk seri Anwar telah menggemparkan semua pihak. Beliau kemudiannya telah sertai PKR.

Berikut adalah kenyataan yang diberikan oleh Azlan semasa sidang akhbar petang tadi:

Saya, Azlan Mohd Lazim ingin menarik balik kenyataan akhbar saya pada 8.3.2013, 11.3.2013, juga di majlis-majlis ceramah di Pulau Pinang dan Sungai Petani pada 23 dan 24 Mac 2013, yang menyatakan bahawa anak saya, Mohd Saiful Bukhari telah dperguna oleh beberapa pihak, salah seorang daripadanya, saudara Khairil Anas Jusoh, untuk memfitnah Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat 2008.

Kejadian liwat yang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim adalah benar dan ia bukan satu konspirasi politik untuk menjatuhkan Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya juga ingin menarik balik permohonan maaf saya kepada Dato Seri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau.

Kepada seluruh ahli keluaga saya, terutama ibu saya, adik beradik saya, keluarga arwah ibu Saiful dan lebih-lebih lagi anak saya yang telah saya khianati, Mohd Saiful Bukhari Azlan, ingin saya memohon ampun dan maaf yang tidak terhingga kerana tindakan saya telah membuat keputusan yang salah.

Dengan kenyataan akhbar ini di harap dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul dari kenyataan saya sebelum ini.

Keutamaan serta tanggungjawab saya pada ketika ini adalah kembali kepada anak saya seperti sediakala hidup dalam keadaan harmoni.

Saya sudah insaf mahu kembali ke jalan kebenaran.

Akhir sekali saya ingin mengisytihar yang pada hari ini, 1 Mei 2013 saya secara rasminya ingin keluar dari menjadi ahli PKR serta-merta dan tidak bercadang menyertai mana-mana parti politik.

Azlan Mohd Lazim
1.5.2013

No comments:

Post a Comment