Promosi

Wednesday, 6 February 2013

Sapa Nak Bayar Semua Hutang?


Kedah punca BDB hutang RM330 juta

Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, langkah itu tidak wajar kerana dikhuatiri mengakibatkan BDB tidak mampu membayar hutang tersebut iaitu sebanyak RM49.28 juta setahun sedangkan keuntungan tahunan syarikat itu hanya RM20.64 juta.
"Jadi persoalannya, bagaimana kerajaan negeri mahu membantu BDB untuk membayar hutang dan kenapa BDB perlu tanggung pinjaman bank RM330 juta bagi projek Kerajaan Pas Kedah," katanya kepada pemberita di Pejabat Gerakan Kedah di sini hari ini.
Keng Liang berkata, BDB juga tidak wajar terlibat dalam pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad kerana sejumlah 45 peratus saham BDB dimiliki orang awam manakala selebihnya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).


Psstt.....Kalau Barisan Nasional buat projek kata guna duit rakyat. Projek ni guna duit sapa?

Tak Selesai lagi Masalah Kuin Ni?


Isu kebajikan kakitangan Kuin ke Jabatan Tenaga Kerja

ALOR SETAR 6 Feb. - Isu kebajikan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang berlarutan sejak tahun lalu, kini memasuki fasa baharu apabila ia dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja bagi membantu membela nasib mereka.
Laporan itu dibuat oleh pensyarah Kuin, Mohd. Farid Alias, 28, yang hadir bersama kira-kira 20 kakitangan kolej universiti berkenaan di Pejabat Tenaga Kerja di sini pada pukul 3 petang ini.
Mohd. Farid berkata, mereka terpaksa melaporkan kepada jabatan itu kerana tidak tahu lagi kepada siapa hendak mengadu selepas usaha mereka sebelum ini mendapat reaksi mengecewakan daripada pihak terlibat.
Katanya, isu tersebut termasuk melibatkan kegagalan menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji dan ansuran bank walaupun gaji pekerja dipotong untuk tujuan itu.


Kata nak memimpin cara Islam, Beginikah caranya?

Tuesday, 8 January 2013

Nak Tengok Saja Ka?


DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?

PUTRAJAYA 7 Jan. - DAP diminta memberi penjelasan tentang dakwaan parti itu akan mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau terkejut apabila difahamkan tentang dakwaan tersebut dan mahu DAP menyediakan jawapan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.
"Saya tidak boleh beritahu maklumat saya itu, sebab itu saya hendak bertanya. Itu saya kata tadi saya difahamkan. Jadi saya minta DAP jawab sama ada betul atau tidak.
"Saya juga minta Pas menyatakan pendirian sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan tindakan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, beliau tidak terkejut sekiranya Pas tidak menghalang atau membantah tindakan DAP itu.
Hal yang demikian, katanya, disebabkan Pas yang kini cenderung memperalatkan agama menjadikan kedua-dua parti itu dilihat terdesak menggunakan isu-isu agama untuk meraih sokongan.
"Apatah lagi baru-baru ini, saya lihat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan Pas akan tetap pertahankan keputusan tidak menghalang penggunaan kalimah Allah dalam Bible," katanya.
Ahli Parlimen Batu Pahat itu melontarkan pertanyaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adakah mereka membenarkan Bible mengandungi kalimah Allah diedarkan di negeri berkenaan.
"Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada Nik Aziz dan Azizan, dia setuju atau tidak. Kalau di Pulau Pinang tidak hairanlah sudah tentu Ketua Menterinya Lim Guan Eng, di Selangor pula Menteri Besarnya dari Parti Keadilan Rakyat," katanya.


Bahagiakah kita sekiranya anak2 kita memilih untuk menganut agama lain akibat salah faham yang ujud hasil persetujuan kita membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah?

Kalimah Allah Untuk Semua?


Nik Aziz turut setuju bukan Islam guna Allah

KOTA BAHARU 8 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.
Menurutnya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.
"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, hari ini.
Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta dalam kalangan pemimpin Pas.
Ditanya mengenai pendirian Pas berhubung isu itu, Nik Abdul Aziz berkata, ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Sabtu ini.
"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.
Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu. - BERNAMA


Apa Pula Pendapat Anda?

Wednesday, 21 November 2012

Mungkinkah Akibat Doa PAS?

Kalau kami yang tulis dalam blog ini mungkin mereka akan kata kami ni diupah oleh UMNO, tapi kita lihat beberapa video klip kenyataan orang kuat Pas sendiri mengenai parti tersebut. Mari kita lihat dan fikir dengan hati yang tenang...






Rupa-rupanya ahli Pas juga tidak suka Pas memerintah Negeri Kedah ni...

Sunday, 18 November 2012

Biarlah Rakyat Menilai Sendiri

Selang beberapa hari sahaja adiknya mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional dengan doa peliknya, hari ini Nik Aziz sendiri pula mengeluarkan kenyataan mendakwa UMNO Murtad. MasyaAllah!!! Apa dah jadi dengan pemimpin dan pengikut Pas ni? Dah tak adakah tokoh agama di dalam Pas yang berani menegur perbuatan dan kenyataan pemimpin mereka ini? Adakah mereka lebih takut kehilangan jawatan daripada menerima kemurkaan Allah? Kita tengok sorotan akhbar hari ini dan berfikirlah sebagai seorang Islam....


Kita lihat pula pandangan Ahli Akademik dan Agama



Beranikah mereka menegurnya?


Apa pula kata UMNO Kedah?
Sepatutnya sikap benilah yang dicontohi oleh pemimpin-pemimpin Pas, Mendoakan kesejahteraan Ummat Islam tidak kira walaupun mereka berlainan ideologi politik sekalipun.






Saturday, 17 November 2012

Ummat beginikah Yang Boleh Dibanggakan?


Belum pernah penulis dengar dari mana-mana guru yang murshid menceritakan bahawa terdapat amalan darpada rasul-rasul terdahulu yang mendoakan kehancuran untuk ummat Islam. Namun kita boleh lihat perkara ini berlaku di bumi Malaysia yang tercinta ini. Di ketika rakyat di bumi palestin dihujani serangan bom oleh Yahudi Laknatullah, ada ummat Islam di Malaysia mendoakan untuk kejatuhan Kerajaan Islam di Malaysia.. Mungkinkah Dunia sangat hampir dengan penghujungnya??


Inikah orang yang mengaku diri mereka orang yang kuat berpegang dengan ajaran Islam? Orang beginikah yang boleh dipercayai akan melaksanakan undang2 Islam. Belum memerintah lagi pun mereka sudah menunjukkan diri mereka yang sebenarnya dengan mempergunakan agama Suci Islam.... 

Pas doa hancurkan UMNO, BN

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.
Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.
"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.
"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.