Promosi

Wednesday 16 May 2012

Relevan Lagikah Majlis Peguam?

Akibat tindakan secara langsung dalam penganjuran dan perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011, hari ini Majlis Peguam dilihat sudah tidak lagi relevan dalam konteks mengukuhkan undang-undang.
Keterlibatan Majlis Peguam dalam perhimpunan haram dan beberapa aktiviti serta program Pakatan Pembangkang menunjukan Majlis Peguam itu sudah memasuki alam politik. Disamping itu, sejak akhir-akhir ini kecenderungan pertubuhan peguam itu yang lebih terarah kepada suara-suara sumbang dan berhaluan kiri dengan menentang kerajaan.

"Sejak kebelakangan ini, tindak tanduk majlis itu bersifat prejudis, berat sebelah berpaksikan satu parti politik selain tidak menjalankan peranan menjaga kepentingan masyarakat." kata Yang Dipertua Kebangsaan JMM, Azwanddin Hamzah.

Majlis Peguam dilihat mempunyai agenda politik berikutan tindakan mereka tidak berhenti-henti mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock yang telah merumuskan punca kematian Beng Hock disebabkan bunuh diri.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang merupakan salah seorang ahli Majlis Peguam dan Badan Peguam mendakwa daripada 14 ribu orang ahli hanya 10% sehaja yang hadir di mesyuarat EGM pada 11 Mei 2012 lalu dan dari jumlah yang hadir terdapat orang luar yang bukan dari kalangan peguam. Mereka juga turut mengundi dan beliau mempunyai saksi dari kalangan pengundi-pengundi hantu tersebut. Dakwaan tersebut diluahkannya menerusi rancangan Soal Jawab di TV3 pada jam 11.00 malam Rabu 16 Mei 2012.

Beliau juga telah memfailkan saman terhadap Majlis Peguam, Presidennya Lim Chee Wee dan dua pihak lagi berhubung usul yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Majlis Peguam.

Mohd Khairul Azam memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Azam Aziz & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi. Beliau menamakan Majlis Peguam sebagai defenden pertama manakala Badan Peguam, Lim dan Setiausaha Majlis Peguam Tony Woon Yeow Thong sebagai defenden kedua hingga keempat.

Menerusi penyata tuntutan, Mohd Khairul Azam yang merupakan salah seorang ahli Majlis dan Badan Peguam mendakwa notis panggilan EGM bertarikh 4 Mei 2012 lalu tidak sah dan bertentangan dengan akta Profesion Undang-undang 1976.

Beliau juga mendakwa bahawa usul yang diluluskan dalam EGM bertarikh 11 Mei 2012 lalu adalah terbatal dan menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948. Selain memohon deklarasi bahawa notis dan usul EGM tidak sah, Mohd Khairul turut memohon injuksi melarang defenden daripada menulis atau menyebarkan apa-apa perkara berkaitan EGM tersebut.

"Majlis Peguam dinasihatkan supaya membersihkan dahulu masalah-masalah salah laku peguam di negara ini dan sekiranya ahlinya yang dilantik cenderung untuk melibatkan diri dalam isu parti politik, mereka harus meletakkan jawatan daripada terus memalukan profesion dan badan itu".

Berasaskan kepada faktor-faktor tersebut, wajarkah Majlis Peguam diteruskan atau baik saja dibubarkan?

Sumber Utusan dan TV3.

No comments:

Post a Comment