Promosi

Tuesday 15 May 2012

Tindakan seorang pemimpin bermaruah

Ekoran kenyataannya yang menolak perhimpunan jalanan Bersih 3.0 baru-baru ini, DAP tidak lagi melanjutkan tempoh keanggotaan Dewan Negara yang disandang Naib Presiden parti Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
Beliau mengesahkan bahawa ia dalah susulan kenyataannya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-pertuan Agong pada persidangan Dewan Negara 24 April 2012 yang secara terbuka menolak perhimpunan dirancang badan bukan kerajaan dan disokong pembangkang di kuala Lumpur 28 April 2012 lepas.
Berikutan tiada kesefahaman diantara beliau dan pucuk pimpinan DAP Tunku Abdul Aziz telah mengambil keputusan untuk meninggalkan DAP seperti yang telah dilakukan oleh Datuk Lee Lam Thye di tahun 1990 lalu.
Keputusan meletak jawatan dan keluar daripada parti sebagai tindakan yang paling bermaruah. Sebagai seorang yang berpengalaman dan mempunyai perinsip perjuangan, Tunku Abdul Aziz dapat merasai dan menilai sendiri apa yang sebenarnya berlaku di dalam DAP. Beliau tahu bahawa inilah antara sebuah parti yang bercakap tentang idealisma, kesaksamaan dan hak demokratik setiap seorang dan apabila berada di dalam parti baharulah beliau tahu realiti sebenarnya.
Orang seperti Tunku Abdul Aziz bukan hanya memberi impak di dalam negara tetapi di luar negara kerana semua orang mengakui Tunku Abdul Aziz merupakan manusia yang mempunyai pegangan dan berperinsip.

Biodata Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah seorang kerabat Di Raja Kedah, mempunyai pertalian darah dengan Bapa Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra dan seorang pemimpin koperat dan NGO yang berkaliber, beliau dihormati di dalam negara dan di luar negara. Memulakan kerjaya perniagaannya dengan Guthrie Corporation Ltd dan kemudian dilantik sebagai penasihat Bank Negara malaysia. Selepas itu beliau beralih pula kepada sektor persendirian dengan menyertai Dunlop Malaysia Industries sebelum dilantik sebagai Ahli Lembaga pengarah Sime Darby Group.
Beliau meninggalkan Malaysia pada tahun 1985 untuk menerima jawatan sebagai Pengarah Sekretariat di London sebelum pulang semula ke Malaysia pada tahun1992 berikutan persaraannya.
Pada bulan Oktober 2008, beliau dilantik oleh Parti DAP sebagai naib pengurusi parti itu di dalam Kongres parti DAP ke-15 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau merupakan pemimpin berfrofail tinggi dalam aktivisma menyokong integriti dan ketelusan bersama badan antarabangsa Transparency International.
Mesyuarat pertama CEC DAP mencapai persetujuan untuk melantik orang Melayu berwibawa sebagai naib pengurusi DAP. Tokoh itu ialah Tunku Abdul Aziz Ibrahim. Beliau dipilih kerana ideologi beliau dan DAP hampir sama dan boleh memancing penyertaan pelbagai pihak khususnya kaum Melayu. Tindakan ini umpama Lee Kuan Yew melantik Aziz Ishak sebagai Presiden Singapura suatu masa dahulu.
Di dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Pakatan Rakyat berjaya menguasai kerajaan negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Pada 23 Ogos 1998 Tunku Abdul Aziz menyertai DAP dan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi parti dan mengangkat sumpah sebagai Senator mewakili Pulau pinang di dalam Dewan Negara pada 31 Mei 2009.

No comments:

Post a Comment