Promosi

Tuesday 3 July 2012

Bersih KUIN 2.0 !!!



 



Gelora yang kuat masih berlaku di KUIN. Sebagai Pengerusi KUIN, Azizan Razak sepatutnya mengambil sikap bertanggungjawap ke atas permasalahan yang berlaku dalam kemelut KUIN tambahan pulak orang yang menimbulkan permasalahan dalam KUIN adalah orang yang di lantik Azizan Razak sebagai Rektor KUIN, Dato' Jamil Osman

Terbaru desakan supaya Dato' Jamil Osman meletakan Jawatan telah di lakukan kira-kira lebih dari 200 orang kakitangan KUIN dari pelbagai lapisan gred yang berhimpun di hadapan pejabat Rektor Dato' Jamil Osman. Walaupun dalam keadaan hujan, mereka tetap berhimpun bagi menyatakan hasrat mereka yang menbuak-buak. Lihat rakaman video di bawah.



Kita Lihat senario permasalahan di KUIN

Krisis ini berpunca daripada krisis pentadbiran yang hilang amanah dan pengurusan kewangan yang tidak cekap, maka kakitangan dan pelajar diheret menjadi mangsa, akibatnya mereka :

1. dinafikan kenaikan gaji kakitangan 13 %,
2. tidak membuat bayaran kepada bank walaupun telah dipotong gaji,
3. menolak kenaikan elaun sara hidup RM 50.00,
4. kenaikan yuran pelajar yang amat mendadak dari RM 60 kepada RM 200 satu jam kredit,
5. mengenakan caj 'medical chek up' kepada pelajar baru dari RM150 hingga RM 250,
6. kenaikan yuran asrama pelajar
7. mengenakan caj untuk menyemak status kemasukan pelajar.

Pihak kakitangan telah berusaha mengadakan rundingan dengan Jamil agar dapat diberikan penjelasan untuk penyelesaian kemelut yang berlaku, namun Jamil langsung  tidak mengendahkan semua tuntutan mereka. Berikut disenaraikan tindakan yang telah dilakukan :

Awal Mei 2012
Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ), sebuah jawatankuasa yang mewakili semua lapisan kakitangan pelbagai gred jawatan telah bermesyuarat dan bersetuju untuk mengemukakan memorandum tuntutan penyelesaiaan hal berkaitan kebajikan KUIN kepada Rektor KUIN.

14 Mei 2012
Pihak wakil kakitangan KUIN telah bertemu dengan YAB MB Kedah di Kediamannya di Jalan Sultanah jam 8.50 malam. Seramai 6 orang kakitangan KUIN menyertai pertemuan tersebut bagi menjelaskan isu yang sebenar yang berlaku di dalam KUIN.

20 Mei 2012
Pihak kakitangan menerusi MBJ telah pun mengemukakan surat dan memorandum tuntutan penyelesaian hal berkaitan kebajikan KUIN . Memorandum tersebut disampaikan kepada Rektor KUIN dan di buat salinan kepada pengerusi dan ahli Lembaga Pengarah KUIN dan ahli Mesyuarat Tertinggi KUIN.

30 Mei 2012
5 orang wakil kakitangan KUIN Mohamad Azki, Sajiah, Tawfek, Asri dan Arif telah mengadakan pertemuan dengan Rektor KUIN pada jam 12.30 pm, namun dalam petemuan tersebut Jamil hanya ingin bertemu dengan seorang wakil sahaja iaitu Mohamad Azki. Dalam pertemuan tersebut Jamil memandang dingin terhadap isu yang dikemukakan di dalam memorandum sebaliknya banyak menyoal tentang 'validility', bahkan selepas perjumpaan dilakukan pada jam 4.00 petang Mohamad Azki terus ditukar Jabatan Pembangunan Kuala Ketil melalui surat pertukaran yang ditandatangani oleh Rektor.


19 Jun 2012
Memorandum kedua telah diserahkan kepada YAB MB Kedah melalui YB Taulan ketika merasmikan Majlis Perasmian Budaya Kualiti KUIN di Dewan KUIN

20 Jun 2012
Memo telah ditulis kepada Rektor agar segera mengadakan perjumpaan dengan semua kakitangan KUIN bagi menjelaskan isu yang berbangkit namun sehingga kini Rektor KUIN langsung tidak memberi tindak balas dan respon terhadap perjumpaan tersebut.

26 Jun 2012
Disebabkan tempoh sebulan yang diberikan kepada Rektor KUIN untuk menyelesaikan isu tunggakan gaji yang tidak dibayar KUIN kepada pihak ketiga walaupun gaji dipotong di dalam slip gaji , maka beberapa kakitangan KUIN membuat laporan polis di Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

28 Jun 2012
Pihak kakitangan kemudian melakukan rundingan dengan menjadikan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Kedah sebagai orang tengah terhadap kes sebahagian kakitangan KUIN yang di tamatkan perkhidmtaan tanpa mengikut prosuder yang sah.

Desakan Jamil meletak jawatan bukanlah kali pertama , bahkan pada 19 Februari 2012 , pelajar-pelajar KUIN pernah berhimpun di hadapan wisma darulaman bagi mendesak Jamil melepaskan jawatannya. Kain rentang panjang juga direntang di hadapan wisma melaungkan slogan ‘Jamil letak jawatan rektor’.

Warga KUIN yang rata-ratanya sudah tidak mahu Jamil menjadi Rektor KUIN mengharap agar Menteri Besar Kedah juga bertanggungjawab dan mengambil tindakan memecat Jamil sekiranya Jamil masih tegar dan enggan melepaskan jawatannya sebagai Rektor.

Perhimpunan dijalankan secara aman dengan melaungkan desakan JAMIL MELETAK JAWATAN di samping banner dan sepanduk kakitangan tidak mahu Jamil sebagai Rektor.

Kemelut KUIN dijangka dipercayai akan kembali reda dan dapat diselesaikan jika Jamil berundur dari Rektor KUIN.


No comments:

Post a Comment