Promosi

Friday 13 July 2012

Kakitangan Kerajaan Kelantan Terima Rasuah??

Kita sering dengar pihak Pakatan Pembangkang melaungkan bahawa mereka akan menghapuskan rasuah dalam sistem pemerintahan sekiranya mereka memerinta Malaysia. Bukankah mereka juga yang menggembar gemburkan bahawa kerajaan yang sedia ada mengamalkan rasuah dan tidak berusaha membanteras rasuah. Tapi lain pula yang kita dengar hari ini. Baca berita dibawah... kejadian ini berlaku di negeri yang digambarkan subur dengan ajaran Islam...


Ada 'tauke' beri habuan tutup mulut pegawai kerajaan

GUA MUSANG 12 Julai - Pegawai beberapa agensi kerajaan di negeri ini dipercayai menerima rasuah daripada pengusaha lombong emas haram sebagai habuan bagi melindungi aktiviti perlombongan emas haram.
Timbalan Pengarah Bahagian Perisikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya menerima aduan daripada orang awam yang mendakwa berlaku rasuah antara pemilik lombong dengan beberapa pegawai kerajaan.
"Maklumat yang kita terima mengatakan ada 'tauke' lombong yang memberi habuan kepada pegawai agensi yang berkenaan setiap bulan bagi menutup mulut mereka.
"Risikan pegawai kita di salah satu lombong emas haram di negeri ini juga mendapati ada pihak yang menerima wang sehingga RM5,000 setiap bulan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Utusan Malaysia baru-baru ini mendedahkan aktiviti perlombongan emas secara haram yang berleluasa di beberapa daerah negeri ini walaupun maklumat Jabatan Mineral dan Geosains Kelantan mengesahkan hanya enam syarikat diberi lesen untuk melombong mineral berkenaan.
Selain penglibatan rasuah, kelemahan penguatkuasaan agensi dalam menangani masalah tersebut juga dikatakan menjadi punca aktiviti perlombongan emas secara haram semakin berleluasa di Kelantan.
Penguasa Cawangan Perisikan Khas SPRM, Sulaiman Ameed berkata, aktiviti perlombongan haram dipercayai wujud sejak beberapa tahun, namun tiada sebarang tindakan dilakukan bagi membendung perkara tersebut.
"Kita percaya mungkin kekurangan tenaga kerja atau kelemahan agensi penguatkuasaan menjadi punca masalah perlombongan emas secara haram semakin berleluasa.
"Bagaimanapun, SPRM tidak akan membiarkan perkara ini, siasatan demi siasatan akan dilakukan," tegas beliau.

Ikhsan Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment