Promosi

Friday 1 March 2013

Sekejap Boleh Sekejap Tidak

Penulis dah agak kenyataan ini akan dikeluarkan selepas beliau turut bersetuju dengan rakan-rakan dalam Pas setelah didesak secara bertubi2 oleh rakyat mengenai kalimah Allah. Mula beliau mengatakan sesiapa sahaja boleh menggunakan kalimah Allah. Selepas didesak oleh rakyat dan rakan2 di dalam Pas, beliau kata mengarut orang bukan beragama Islam nak guna kalimah Allah hanya seminggu selepas kenyataan pertama dibuat. Kali ini dia kata Syaitan juga guna kalimah Allah pulak dah.


Kalimah Allah: Nik Aziz dolak dalik, kini kata iblis dan syaitan pun guna

NIK AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas.

KOTA BHARU 28 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa kalimah Allah boleh digunakan semua orang termasuk bukan Islam kecuali bagi terjemahan God dan Lord dan pada masa sama menegaskan, kalimah itu diguna 'iblis dan syaitan' sendiri ketika menjadi penghuni syurga.
"Kalimah Allah ini kita dah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulanglah benda ini, benda yang tak patut dijadikan isu dijadikan isu, nama Allah ni telah diguna oleh syaitan dan iblis dalam syurga lagi, iblis jumpa Nabi Adam dalam syurga dia telah guna nama Allah, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia belum Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalah terjemah God dan Lord kepada Allah ini, ini tidak betul.
"Saya sebut sekali lagi, tuan-tuan boleh tengok balik keputusan yang kami buat di Majlis Syura, tapi nak sebut umumnya memang boleh orang bukan Islam guna kalimah Allah, saya ulangi balik, iblis masuk dalam syurga jumpa Nabi Adam dia sebut nama Allah masa nasihat Nabi Adam supaya makan buah (khuldi), jadi kalimah Allah diguna oleh semua orang, baki lagi terjemah Lord dan God kepada Allah memang tidak betul, God lain, Allah lain," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Ketereh bahawa keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah disediakan dan ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment