Benarlah sepertimana kata Menteri Besar Selangor bahawa Manifesto mereka bukanlah janji yang perlu ditunaikan. Lupakan kita kepada satu kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka bahawa mereka akan mengurangkan kakitangan awam apabila mereka berjaya memerintah negara. Dengan kata lain ramailah kakitangan awam yang akan diberhentikan. Tapi berlainan pula dengan Manifesto baharu mereka, terpampang jelas tajuknya:
1 JUTA PELUANG PEKERJAAN BARU UNTUK RAKYAT
Lambakan buruh asing dalam pasaran tenaga kerja tempatan menyebabkan sejumlah 2 juta pekerjaan kini dikuasai oleh buruh asing. Kesannya, rakyat Malaysia tidak berpeluang untuk bekerja di dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan khususnya. Pakatan Rakyat akan memperkenalkan program bersepadu untuk memastikan 1 juta peluang pekerjaan baru dibuka untuk rakyat Malaysia dalam sektor-sektor ini dengan mengurangkan 1 juta buruh asing secara berperingkat menjelang tahun kelima memegang tampuk kuasa.
Cuba kita fikir dengan akal yang waras, apakah sebabnya tenaga kerja dari luar dibawa masuk ke negara kita? Tanyalah anak-anak muda kita, mahukah mereka bekerja sebagai buruh di dalam sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan dengan upah yang diberikan oleh majikan sekarang? Anak-anak muda kita sekarang kebanyakannya hanya mahukan kerja yang senang dengan gaji yang mahal. Disebabkan kurang sambutan terhadap pekerjaan tersebut maka kerajaan terpaksa mengambil inisiatif membawa masuk buruh dari luar negara bagi menjana dan merancakkan sektor-sektor tersebut. Adakah mereka bercadang untuk menempatkan kakitangan awam yang diberhentikan di sektor perladangan, pembinaan dan perkhidmatan? kalau betul kesian la kepada mereka yang bakal ditamatkan perkhidmatannya.
*** Tumpang bersedih kepada penyokong mereka yang turut diberhentikan......
Salam Sejahtera! Blog ini dihasilkan bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengakses Blog ini mencatatkan pendapat dan pandangan mereka. Namun admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang dicatatkan dalam blog ini. Anda harus bertanggungjawab ke atas setiap komen anda...
Promosi
Tuesday, 19 March 2013
MB Selangor Tak Pandai Kira?
Dah berapa kali kita dengar MB Selangor kata nak bubar DUN? tapi sampai ke hari ini masih berdolak dalik dengan berbagai alasan. Adakah beliau cuba mengumpan kerajaan untuk terikat dengan kenyataannya untuk membubarkan Parlimen? Kalau itu yang beliau harapkan memang beliau silap. Cuba baca kenyataan yang dibuat oleh beliau, adakah beliau lupa dah berapa hari Tahun Baru Cina disambut atau dia tak tahu Cap Goh Mei tu bila?
Petikan dari akhbar sinar harian
Selangor bubar Dun selepas Cap Goh Mei
30 Januari 2013

Menjelang PRU 13
SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bercadang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) selepas sambutan Cap Goh Meh bulan depan.
Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.
"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu.
"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan Dun," katanya.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari.
Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu.
"Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya.- Bernama
Katanya cadangan itu tertakluk kepada perbincangan dengan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang sebelum pihaknya memutuskan perkara berkenaan.
"Kalau selepas Cap Goh Meh ini, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak membuat sebarang pengumuman atau memberi apa-apa indicator berhubung tarikh pilihan raya, kita bercadang untuk melakukan perkara ini (bubarkan DUN).
"Kita merasakan rakyat yang memilih kita sudah bersedia (untuk pilihan raya) dan mereka tidak patut menunggu lama lebih daripada tempoh yang sepatutnya (untuk membubarkan Dun)," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri di sini, hari ini.
Ketika ditanya sama ada kerajaan negeri bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak dengan kerajaan Persekutuan, Abdul Khalid tidak menolak perkara itu.
"Kita tiada sebarang halangan (untuk mengadakan pilihan raya serentak), dulu saya ada kata kerajaan negeri tidak boleh membuat pilihan raya sebelum perbentangan bajet negeri Selangor, sekarang ini pembentangan bajet pun dah selesai jadi kita bersedia untuk bubarkan Dun," katanya.
Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dalam petikan perkara-perkara berhubung kait dengan urusan pilihan raya iaitu perkara LXX. (2), Duli Yang Maha Mulia boleh memprorogkan atau membubarkan Dewan Negeri.
Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu, Dewan Negeri hendaklah terus berjalan selama lima tahun dari tarikh persidangan pertamanya dan selepas itu adalah terbubar.
Mengenai isu air, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri akan mengambil alih perkhidmatan air daripada syarikat konsesi air Selangor selepas tempoh 14 hari.
Katanya, kerajaan negeri telah pun menulis surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi memaklumkan perkara itu.
"Kita beri tempoh pada kementerian berkenaan 14 hari bermula Isnin depan untuk menjawab kepada kita berhubung pengambilalihan perkhidmatan industri air itu dan sekiranya tiada sebarang maklum balas, proses pengambilalihan itu akan diteruskan," katanya.- Bernama
Friday, 1 March 2013
Sekejap Boleh Sekejap Tidak
Penulis dah agak kenyataan ini akan dikeluarkan selepas beliau turut bersetuju dengan rakan-rakan dalam Pas setelah didesak secara bertubi2 oleh rakyat mengenai kalimah Allah. Mula beliau mengatakan sesiapa sahaja boleh menggunakan kalimah Allah. Selepas didesak oleh rakyat dan rakan2 di dalam Pas, beliau kata mengarut orang bukan beragama Islam nak guna kalimah Allah hanya seminggu selepas kenyataan pertama dibuat. Kali ini dia kata Syaitan juga guna kalimah Allah pulak dah.
Kalimah Allah: Nik Aziz dolak dalik, kini kata iblis dan syaitan pun guna
Oleh ASMA HANIM MAHMOOD

NIK AZIZ NIK MAT... Mursyidul Am Pas.
KOTA BHARU 28 Feb. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa kalimah Allah boleh digunakan semua orang termasuk bukan Islam kecuali bagi terjemahan God dan Lord dan pada masa sama menegaskan, kalimah itu diguna 'iblis dan syaitan' sendiri ketika menjadi penghuni syurga.
"Kalimah Allah ini kita dah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulanglah benda ini, benda yang tak patut dijadikan isu dijadikan isu, nama Allah ni telah diguna oleh syaitan dan iblis dalam syurga lagi, iblis jumpa Nabi Adam dalam syurga dia telah guna nama Allah, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia belum Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalah terjemah God dan Lord kepada Allah ini, ini tidak betul.
"Saya sebut sekali lagi, tuan-tuan boleh tengok balik keputusan yang kami buat di Majlis Syura, tapi nak sebut umumnya memang boleh orang bukan Islam guna kalimah Allah, saya ulangi balik, iblis masuk dalam syurga jumpa Nabi Adam dia sebut nama Allah masa nasihat Nabi Adam supaya makan buah (khuldi), jadi kalimah Allah diguna oleh semua orang, baki lagi terjemah Lord dan God kepada Allah memang tidak betul, God lain, Allah lain," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ceramahnya di Ketereh bahawa keputusan majlis pimpinan pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu mengenai penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam telah disediakan dan ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri. - UTUSAN
Wednesday, 6 February 2013
Sapa Nak Bayar Semua Hutang?
Kedah punca BDB hutang RM330 juta
ALOR SETAR 6 Feb. - Kerajaan Pas Kedah dipersoalkan kerana menyebabkan Syarikat Bina Darulaman (BDB) Berhad menanggung hutang sebanyak RM330 juta bagi membiayai projek kampus tetap Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, langkah itu tidak wajar kerana dikhuatiri mengakibatkan BDB tidak mampu membayar hutang tersebut iaitu sebanyak RM49.28 juta setahun sedangkan keuntungan tahunan syarikat itu hanya RM20.64 juta.
"Jadi persoalannya, bagaimana kerajaan negeri mahu membantu BDB untuk membayar hutang dan kenapa BDB perlu tanggung pinjaman bank RM330 juta bagi projek Kerajaan Pas Kedah," katanya kepada pemberita di Pejabat Gerakan Kedah di sini hari ini.
Keng Liang berkata, BDB juga tidak wajar terlibat dalam pinjaman daripada Bank Islam Malaysia Berhad dan Affin Islamic Bank Berhad kerana sejumlah 45 peratus saham BDB dimiliki orang awam manakala selebihnya dimiliki oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK).
Psstt.....Kalau Barisan Nasional buat projek kata guna duit rakyat. Projek ni guna duit sapa?
Tak Selesai lagi Masalah Kuin Ni?
Isu kebajikan kakitangan Kuin ke Jabatan Tenaga Kerja
ALOR SETAR 6 Feb. - Isu kebajikan kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) yang berlarutan sejak tahun lalu, kini memasuki fasa baharu apabila ia dilaporkan ke Jabatan Tenaga Kerja bagi membantu membela nasib mereka.
Laporan itu dibuat oleh pensyarah Kuin, Mohd. Farid Alias, 28, yang hadir bersama kira-kira 20 kakitangan kolej universiti berkenaan di Pejabat Tenaga Kerja di sini pada pukul 3 petang ini.
Mohd. Farid berkata, mereka terpaksa melaporkan kepada jabatan itu kerana tidak tahu lagi kepada siapa hendak mengadu selepas usaha mereka sebelum ini mendapat reaksi mengecewakan daripada pihak terlibat.
Katanya, isu tersebut termasuk melibatkan kegagalan menjelaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji dan ansuran bank walaupun gaji pekerja dipotong untuk tujuan itu.
Kata nak memimpin cara Islam, Beginikah caranya?
Tuesday, 8 January 2013
Nak Tengok Saja Ka?
DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?
PUTRAJAYA 7 Jan. - DAP diminta memberi penjelasan tentang dakwaan parti itu akan mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau terkejut apabila difahamkan tentang dakwaan tersebut dan mahu DAP menyediakan jawapan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.
"Saya tidak boleh beritahu maklumat saya itu, sebab itu saya hendak bertanya. Itu saya kata tadi saya difahamkan. Jadi saya minta DAP jawab sama ada betul atau tidak.
"Saya juga minta Pas menyatakan pendirian sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan tindakan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Mohd. Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran berkata, beliau tidak terkejut sekiranya Pas tidak menghalang atau membantah tindakan DAP itu.
Hal yang demikian, katanya, disebabkan Pas yang kini cenderung memperalatkan agama menjadikan kedua-dua parti itu dilihat terdesak menggunakan isu-isu agama untuk meraih sokongan.
"Apatah lagi baru-baru ini, saya lihat Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan Pas akan tetap pertahankan keputusan tidak menghalang penggunaan kalimah Allah dalam Bible," katanya.
Ahli Parlimen Batu Pahat itu melontarkan pertanyaan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak adakah mereka membenarkan Bible mengandungi kalimah Allah diedarkan di negeri berkenaan.
"Dalam hal ini saya ingin bertanya kepada Nik Aziz dan Azizan, dia setuju atau tidak. Kalau di Pulau Pinang tidak hairanlah sudah tentu Ketua Menterinya Lim Guan Eng, di Selangor pula Menteri Besarnya dari Parti Keadilan Rakyat," katanya.
Bahagiakah kita sekiranya anak2 kita memilih untuk menganut agama lain akibat salah faham yang ujud hasil persetujuan kita membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah?
Kalimah Allah Untuk Semua?
Nik Aziz turut setuju bukan Islam guna Allah
KOTA BAHARU 8 Jan. - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersetuju orang bukan Islam termasuk pemimpin mereka dibenarkan menggunakan kalimah Allah walaupun perkataan itu merupakan hak eksklusif bagi orang Islam.
Menurutnya, langkah itu sebagai memberi ruang kepada orang bukan Islam mengenali ajaran agama Islam sebenarnya.
"Bagi (pendapat) saya, orang bukan Islam perlu diberi ruang menggunakan perkataan itu kerana ia merupakan gerakan dakwah untuk mendekatkan orang bukan Islam kepada agama Islam," katanya kepada pemberita selepas berucap merasmikan majlis penyerahan watikah pelantikan anggota majlis daerah dan pihak berkuasa tempatan (PBT) di sini, hari ini.
Pendapat Nik Abdul Aziz itu sekali gus menimbulkan percanggahan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan dan ulama serta dalam kalangan pemimpin Pas.
Ditanya mengenai pendirian Pas berhubung isu itu, Nik Abdul Aziz berkata, ia akan diputuskan di peringkat Dewan Syura Ulama parti itu yang akan bermesyuarat di Kuala Lumpur Sabtu ini.
"Bagaimanapun, saya akan menerima apa sahaja keputusan parti dalam mesyuarat itu nanti," katanya.
Kontroversi penggunaan kalimah Allah itu dibangkitkan semula oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini dengan mendesak kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah untuk Bible versi bahasa Melayu. - BERNAMA
Apa Pula Pendapat Anda?
Subscribe to:
Posts (Atom)