Promosi

Monday, 19 March 2012

Kerjasama Dengan Yahudi

PAS akhirnya akur dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat untuk menjalinkan kerjasama dengan Yahudi (Klik Sini). Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pendirian itu dibuat selaras dengan prinsip yang dipegang parti itu mengenai kerjasama dengan orang bukan Islam dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan perdagangan. Kenyataan beliau telah mengundang beberapa NGO menyelar kenyataannya dan merasakan kenyataan tersebut tidak sepatutnya diucapkan oleh orang yang menggelarkan diri mereka sebagai ulama(Klik Sini).
Hari ini pula dalam akhbar Utusan Malaysia, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata Sebarang bentuk kerjasama dengan Yahudi di Israel adalah haram di sisi agama Islam walaupun sebahagian mereka tidak berfahaman Zionis(Klik Sini). Beliau berkata, hakikat itu jelas jika dikaitkan dengan kekejaman kaum Yahudi terhadap umat Islam di Palestin.

Lupakah Hadi dengan Fatwanya (seperti gambar di atas) yang suatu masa dahulu menyebabkan umat Islam di Malaysia berpecah. Sembahyang dua Imam berlaku di kebanyakan tempat. Melayu mudah lupa.

Apa dah jadi sebenarnya dengan PAS ni? Seperti Kata Nabil "Lu Fikir La Sendiri"

No comments:

Post a Comment