Promosi

Wednesday 27 June 2012

KUIN OH KUIN!!

Ku sangkakan krisis yang berlaku terhadap KUIN dapat diselesaikan oleh MB demi menjaga reputasi kepimpinan PAS di Negeri Kedah. Rupa-rupanya masalah yang dihadapi oleh pelajar dan staff KUIN masih belum diselesaikan lagi. Hari ini Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dikejutkan pula dengan 5 laporan polis yang dibuat oleh 15 orang staff KUIN. Apa dah jadi ni? Khabarnya duit gaji staff untuk pembayaran pinjaman bank, potongan Tabung Haji dan Zakat mereka dipotong tetapi wang tersebut tidak sampai ke destinasinya. Bukankah itu suatu kesalahan di dalam Islam?? mungkin MB lebih arif kot dalam hal ini! Apa pun baca berita di bawah dan fikirlah sendiri secara rasional. Bolehkah perbuatan ini dibiarkan? Bolehkah mereka ini dipercayai??





Kejayaan Kerajaan PAS Negeri Kedah?

Kalau sebelum ni kita banyak memperkatakan tentang kejayaan-kejayaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kali ini kita lihat pula kejayaan yang diperolehi oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah sepanjang hampir 5 tahun mereka mentadbir Negeri Kedah dengan Slogan "Kedah Sejahtera".
Lihat Video ini....


Bagaimana pendapat anda? Bandingkan dengan Kejayaan Barisan Nasional. Siapa lebih baik?

Tuesday 26 June 2012

Pelajar KUIN Nak Demo Lagi???

Masalah demi masalah kita dapat dengar mengenai Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Dulu pihak pengurusan berdemo kerana gaji mereka dikatakan tidak dibayar. Hari ini pelajar pula menyatakan mungkin akan mengadakan demonstrasi dalam skala besar sekiranya suara mereka tidak diendahkan oleh pihak pengurusan KUIN. Jurucakap Gerakan Mahasiswa Prihatin Kuin menyatakan bahawa mereka merasa amat kesal terhadap kenaikan yuran pengajian daripada RM 60 hingga RM 200 satu jam kredit. Cubalah anda bayangkan sekiranya seorang pelajar terpaksa menghabiskan 80 jam kredit untuk mendapatkan segulung Diploma. 80 jam kali RM 200 bagi anak-anak kita memang cukup mahal la. Dalam perkara ini adakah Pinjaman PTPTN diperlukan oleh pelajar? Ceramah di sana-sini minta kerajaan laksana pendidikan percuma tetapi di negeri yang mereka perintah boleh naikkan harga yuran. Apa cerita ni?? Cakap yang mana satu yang betul ni??? Kita baca apa yang dikatakan oleh pelajar KUIN ni....


Dulu Salah, Sekarang OK Je!!!!

Kalaulah kita ingat, semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu, Puak-puak bloger pakatan riuh rendah mencanangkan bahawa negeri Kedah ni banyak pusat hiburan hasil pemerintahan Barisan Nasional. Maka berkukuklah puak-puak pembangkang mencanangkan sekiranya mereka memerintah negeri Kedah semua itu tidak akan berlaku. Tapi setelah hampir 5 tahun PAS memerintah negeri Kedah bukan semakin berkurang, malahan semakin bertambah dan ditambah lagi dengan ujudnya sebuah "BAR" di Sala, Alor Setar. Kita lihat apa kata MB Kedah ni.


Kalau dahulu puak-puak bloger pro pembangkang kata UMNO yang meluluskan pusat hiburan di Negeri Kedah ni. Teman nak tanya la, MB Kedah ni ahli UMNO Ke?  Cawangan mana ye? Alasan yang diberikan ialah kelulusan yang diberikan kerana mereka tidak melanggar peraturan. Peraturan yang digunakan tidak sama ke semasa UMNO memerintah dahulu? Bila dah berkuasa berdolak dalik macam-macam, Kalau hal penebangan balak boleh pula buat keputusan. Walaupun telah dinasihatkan oleh Jabatan Perhutanan. Apa cerita ni ? Fikir-fikirkan lah...........


Monday 11 June 2012

PAS Minta Ahli Tangguh Ibadah Haji??

Hari ini satu lagi kejutan dilakukan oleh pimpinan PAS. Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Selangor.com berkata
penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut. Dah tak ada orang sangat dah ke dalam PAS ni sampai kena sekat ahli yang hendak menunaikan rukun Islam ni? Untuk berita selanjutnya (Klik Sini)
Adakah PAS merasakan mengundi dalam Pilihanraya lebih baik ataupun sama hukumnya dengan menunaikan Fardhu Haji?? Mungkinkah ini juga merupakan sebab mereka mengadakan demonstrasi bersih di Kota Suci Mekah? Merancang supaya Kerajaan Arab Saudi menghentikan sementara kebenaran kepada Rakyat Malaysia menunaikan Haji pada tahun ini? Sekiranya rancangan tersebut berjaya maka tidak perlulah mereka mengeluarkan larangan seperti ini. Betulkah begitu?? Kita lihat pula apa komen Ulamak-ulamak di bawah.


Kita baca kemudian kita tanya diri kita. Tanya dengan rasa penuh keimanan. Jangan tanya dengan nafsu. Fikir-fikirlah wahai saudara seIslamku. Dunia ini hanya sementara. Janganlah hanya dengan sedikit kesenangan di dunia kita lupakan terus tujuan utama kita diutuskan ke dunia ini....

Mana satu yang betul ni?

Hari ini Utusan Malaysia memberi penghormatan kepada Kerajaan Negeri Kedah dengan menyiarkan satu muka surat penuh dengan berita mengenai "Projek yang Dilaksanakan" oleh Kerajaan PAS Kedah. Namun apa yang mengecewakan ialah ianya berita mengenai kerakusan Kerajaan Negeri yang dikatakan berselindung di sebalik Ladang Sejahtera untuk menebang balak-balak yang ada secara rakus. Kita lihat penafian Menteri besar seperti berita di bawah.


Menurutnya penebangan balak dipantau oleh beberapa jabatan termasuk Jabatan Perhutanan. Kita lihat pula apa komen Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengenai isu yang dibangkitkan ini.


Anda boleh lihat sendiri komen yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Agaknya apa pula agaknya alasan Kerajaan Negeri selepas ini? Yang menjadi mangsa ialah penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan penebangan balak tersebut. Beginilah akibatnya sekiranya kita memberi kuasa kepada mereka yang tidak mahir memerintah. Ibarat "Memberi PSP kepada orang buta, Memberi radio kepada orang yang tidak boleh mendengar"

Saturday 9 June 2012

Rasulullah Berhijrah sebab nak kerusi??

Masya Allah! apa dah jadi dengan hamba Allah sorang ni? boleh dia kata Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah sebab hendakkan kerusi. Anda baca laporan Utusan Malaysia di bawah dan berfikirlah sebagai seorang muslim yang sayangkan agamanya. Beginikah kenyataan daripada seorang yang dikatakan pewaris nabi??


Nik Aziz sifatkan Mufti Perak ‘gatal mulut’

KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.
Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.
“Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?
“Kerusi ini simbolik kepada kekuasaan, mana atas dunia ini sama ada negara komunis, sosialis, demokrasi yang boleh bina kerajaan kalau tidak ada kerusi.
“Mereka tidak akan boleh laksanakan fahaman mereka kecuali dengan memenangi kerusi pilihan raya, kalau tidak ada kerajaan maka demokrasi pun tidak ada, diktator pun tidak ada begitu juga komunis dan nasionalis. Sebab itu Islam pun kena ada kerajaan," katanya.

Nafi Janji Syurga Kepada Penyokong PAS!!

Nik Aziz hari ini menafikan beliau pernah menjanjikan syurga kepada pengundi yang memilih PAS dalam pilihanraya. Betulkah beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut? Kalau betul kenapa Presiden PAS menyanggah kenyataannya?(Klik Sini) Satu kenyataan yang mungkin akan merunsingkan penyokong PAS yang bersungguh-sungguh berkempen pada setiap pilihanraya dengan menjanjikan syurga sepertimana yang dijanjikan oleh Tuan Guru mereka.
Adakah Kempen ini dilakukan oleh penyokong tegar PAS tanpa pengetahuan Nik Aziz? Kalau begitu, PAS perlu mengambil tindakan kepada penyokong-penyokongnya yang telah mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan Nik Aziz sepertimana yang dinyatakannya dibawah.

Nik Aziz nafi pernah 'janji' syurga orang undi Pas
KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan beliau pernah 'menjanjikan' syurga kepada pengundi yang memilih Pas dalam pilihan raya.
Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, beliau hanya menyebut bahawa orang yang telah mengundi parti itu khususnya pada pilihan raya umum 1990 mendapat pahala.
Katanya, pihak yang mendakwanya berkata demikian tidak pandai membezakan antara balasan syurga dan pahala serta meminta mereka terutamanya pihak media menyebut dengan jelas siapa yang telah memberi janji syurga tersebut.
"Surat khabar minggu lepas sibuk pasal undi Pas masuk syurga, saya nak tanya siapa dia yang kata begitu? Nak tanya wartawan yang hadir hari ini siapa kata begitu? Kalau saya sendiri, saya kata begini 'siapa yang undi Pas tahun 1990 dahulu dapat pahala'.
"Boleh pahala lain, boleh syurga pula lain, biar reti. Apabila masuk syurga tidak boleh keluar dah, tapi kalau dapat pahala boleh jadi pahala akan hilang. Ini kerana tidak semestinya pahala itu boleh dibawa sampai ke mati.
"Terlalu banyak ayat dalam al-Quran dan hadis yang bercerita tentang kalau kita buat amal soleh kita boleh dapat pahala. Pahala ini boleh hilang kalau kita tak pandai jaga, macam kita cari duit, cari duit bolehlah tapi kalau kita simpan dalam poket yang berlubang, maka akan habis. Duit sudah dapat hasil jual goreng pisang dan macam-macam lagi, tapi kalau kita simpan dalam poket (tembus), maka akan habis," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan kuliah di hadapan Pejabat Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
Nik Abdul Aziz berkata, tiada pemimpin yang boleh memberi jaminan tentang masa depan manusia kecuali Nabi Muhammad yang diberi Allah jawapan kepada semua permasalahan melalui risalah Islam yang dibawanya.
Sementara itu, beliau tidak bersetuju dengan pandangan yang menyebut bahawa syurga adalah kurniaan Allah yang diberi kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki-Nya dan menganggap pandangan itu serupa dengan fahaman puak Jabariyah.
Nik Abdul Aziz juga melahirkan keraguan dengan kenyataan Ahli Majlis Fatwa Masjidilharam, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang disiarkan dalam akhbar baru-baru ini, yang telah mengulas mengenai isu masuk syurga jika mengundi parti tertentu.
Beliau menegaskan, laporan mengenai kenyataan Sulaiman itu belum tentu benar kerana katanya ulama Arab Saudi tersebut adalah dari sebuah negara yang mengamalkan hukum Islam yang mungkin memberi jawapan mengejutkan jika ditanya mengenai hukum orang Melayu beragama Islam yang menolak dasar Islam.
"Jangan main-main dengan ulama Arab Saudi kerana kalau salah tanya akan makan diri kamu. Arab Saudi ini mereka jalankan undang-undang ikut hukum Islam bukan kebangsaan, dia pancung orang, kerat tangan ikut hukum, kalau kamu salah tanya 'Wahai Syeikh apa hukum orang Melayu beragama Islam tolak Islam, takut dia jawab kafir pun boleh jadi," katanya.

Utusan Malaysia.

Wednesday 6 June 2012

Kaum India Kembali Sokong PR?

Betulkah khabar angin mengatakan kaum India di selangor kembali menyokong pakatan Rakyat? Kita lihat sahaja video ni. Mungkin ianya boleh dijadikan kayu pengukur untuk melihat samada kaum India lebih cenderong menyokong Pakatan Rakyat ataupun Menyokong Barisan Nasional.


Jadi macam mana pendapat anda ? mereka sokong siapa ?

Tuesday 5 June 2012

Ustaz pun tengok K POP Ke?

Mari kita sama-sama tengok video pertama ni. Kepada siapa kata2 ini ditujukan? Betul la kata ustaz yang berjanggut dan berkopiah pun tengok melenggak juga bila artis menari. Pemimpin dari mana ni ustaz ye?


Bagaimana pula dengan Klate POP yang ini Pula? Dimana agaknya video ni dirakam ye? Negeri ni siapa Pemimpinnya ustaz? Ustaz tujukan ceramah di atas kepada pemimpin di negeri ni ke? Haram tetap Haram..



Kalau ustaz kata penari K Pop bodo agama, yang ni pun bodo agama juga ke? Pemimpin di negeri ni pun bodo agama juga ke ustaz??? Tengok yang bawah ni pula, Agama apa mereka ni agaknya ye ustaz? Jangan lupa nasihatkan pemimpin mereka ni ye ustaz, Jangan guna tangan syaitan untuk membawa kemungkaran ke dalam negeri kita ye ustaz??







Saturday 2 June 2012

Himpunan Hijau PAS

1Jun, Hari jumaat, penghulu bagi segala hari telah melakarkan satu lagi sejarah di Negeri Kedah yang tercinta ini. Satu program yang dirancang oleh PAS yang dilihat untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa sokongan terhadap parti itu masih kuat. Perhimpunan ini juga dilihat sebagai satu program untuk menyaingi program perhimpunan sempena 66 tahun UMNO serta Himpunan sejuta Belia yang diadakan baru-baru ini. Perhimpunan ini dijadualkan bermula pada jam 4 petang hingga lewat malam. Namun begitu pergerakan awal telah dapat dirasai dengan kehadiran penyokong-penyokong PAS dari luar negeri kedah sejak sebelum waktu jumaat lagi. Penulis sendiri telah melihat ramai penyokong-penyokong PAS dari Kelantan dan Trengganu mengambil kesempatan untuk meninjau persekitaran Bandaraya Alor Setar di Menara Alor Setar. Masjid-masjid di sekitar Alor Setar hari ini menerima kunjungan beberapa buah bas dari negeri-negeri sekitar negeri Kedah. Perhimpunan yang telah beberapa kali ditukarkan namanya oleh pihak penganjur ini adalah merupakan satu petanda awal bahawa perancangan yang dibuat itu telah sedari mula lagi adalah program yang bercelaru. Kecelaruan program ini ditambah lagi dengan kenyataan Nizar bahawa 'himpunan ini tanda kejatuhan Pas di semua peringkat' tengok video di bawah.


Kalau kita lihat senario yang berlaku sepanjang program ini berlangsung, kita boleh melihat bahawa di dalam PAS sendiri tiada penyatuan dan tiada semangat kental seperti dahulu lagi. Usah kata lain, dalam hal sembahyang pun ada yang sembahyang ada yang buat dak aja lihatlah gambar di bawah.



Khabarnya lebih 100 ribu yang hadir, Takkan hanya banyak ini sahaja yang boleh sembahyang? yang lain uzur ka? betul ka 100 ribu? Kalau nak tembak pun agak-agak la nak guna peluru yang mana. Cuba kita kira semula. Jumlah tempat duduk dala stadium ini 32 ribu, kalau kita campur dengan yang ada di tengah padang boleh lah kita kata 40 ribu, itupun kalau penuh la padang tu. Tapi penuh ka padang tu? Kalau kita tengok gambar di atas pun dah cukup memadai untuk buat kenyataan. Takkan bloger pro mereka nak kata gambar ini diambil semasa orang dah nak balik kot? Fikir la sikit... di bawah ada beberapa gambar lagi. Siap ada maskot lagi, Bukankah Majlis Fatwa kelantan dah buat keputusan kata Haram?? Haram bagi siapa??

Maskot ni tak haram ke??





 Banyak duit derma tu, Kemana perginya ya??

Inilah realitinya kehidupan.