Promosi

Friday 28 March 2014

Sokongan Membawa Rebah....

Beginilah nasib yang terpaksa ditanggung oleh penyokong Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang. Walaupun beliau memberikan sokongan yang membawa kemenangan pembangkang  di Pulau Pinang namun sokongan yang diberikan dibalas dengan pengusiran beliau dari rumah yang telah sekian lama dihuninya...

Abdul Najib Darus (dua dari kanan) bersama ahli keluarganya mengadakan bantahan secara aman berikutan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang mahu merobohkan rumahnya di pekarangan Masjid Simpang Enam, Pulau Pinang, semalam.

PULAU PINANG 28 Mac - Menjadi ahli Pas yang menyokong kerajaan DAP negeri tidak memberi kelebihan kepada Abdul Najib Darus, 59, selepas rumahnya di Kebun Bunga di sini yang didiaminya sejak hampir 80 tahun lalu, bakal dirobohkan pada bila-bila masa.

Abdul Najib akan menerima notis akhir untuk mengosongkan rumahnya pada Isnin ini tanpa sebarang jaminan pampasan setimpal daripada kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Menurut Abdul Najib, dia kini buntu memikirkan masa depannya kerana rumah warisan arwah bapanya, Darus Din itu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembesaran Kebun Bunga.

Katanya, masalah yang dihadapinya itu berlarutan sejak 2008 selepas DAP mengambil alih kepemimpinan negeri ini meskipun sudah beberapa kali meminta pertolongan pemimpin Melayu kerajaan negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd. Rashid Hasnon. "Sejak menerima notis mengosongkan tanah ini pada 2009, saya tak senang duduk memikirkan nasib keluarga termasuk seorang anak orang kurang upaya (OKU) dan cuba meminta bantuan daripada beberapa pemimpin kerajaan negeri.

"Tapi biarpun pelbagai janji dibuat namun tiada sebarang hitam putih diberi berkenaan nasib saya malah saya terpaksa berhadapan pengusiran apabila notis akhir pengosongan itu ialah pada 31 Mac ini," katanya selepas mengadakan bantahan selepas solat Jumaat di sini hari ini.

Abdul Najib pernah ditawarkan menduduki rumah sewa di Jalan Kampong Kolam, Air Itam selama tiga tahun dengan sewaan sebanyak RM240 sebulan oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) pada 27 Oktober 2009.
Namun, dengan pendapatan yang tidak sampai RM800 sebulan, dia sukar menerima tawaran itu menyebabkannya terbatal.

Jelas Abdul Najib, dia kini hilang kepercayaan terhadap pimpinan kerajaan DAP negeri dan berharap ada pihak sudi tampil membantunya mendapatkan rumah sesuai. "Saya bukan minta pampasan yang tinggi, cukup sekadar rumah saya yang dirobohkan diganti sebuah rumah yang selesa, bukannya menyewa seperti surat tawaran dulu.

"Kalau pemimpin Melayu dalam kerajaan negeri tidak dapat bantu, siapa lagi yang boleh dijadikan tempat mengadu nasib orang Melayu di negeri ini," katanya.

Saturday 8 March 2014

Mana Amanah Yang Dipikul?

Saban hari kita membaca kes-kes yang dibicarakan dimahkamah. Setiap keputusan yang dibuat di mahkamah kebanyakannya diterima oleh pesalah dan kalau ada yang tidak berpuas hati akan membuat rayuan untuk dibicarakan semula di mahkamah semula tanpa menyusahkan orang yang tidak terlibat dengan mereka.

Kita juga pernah membaca tentang orang-orang ternama dalam kerajaan yang dibicarakan dimahkamah bahkan ramai juga yang didapati bersalah. Mereka menerima keputusan mahkamah dengan hati yang terbuka walaupun keputusan yang dibuat oleh mahkamah itu sedikit sebanyak memberi kesan yang besar terhadap masa hadapan politik mahupun kehidupan harian mereka.

Tetapi perkara yang sebaliknya berlaku apabila mahkamah membuat keputusan terhadap pemimpin pembangkang. Sekiranya keputusan yang dibuat itu menyebelahi mereka, ia akan dianggap sebagai keputusan yang telus dan yang terbaik. Apabila keputusan yang dibuat tidak menyebelahi mereka, mereka akan menyerang individu-individu yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut bermula dari peguam pendakwa sehinggalah kepada hakim yang membuat keputusan tersebut. 

Malahan lebih teruk lagi, mereka akan mengheret rakan-rakan serta penyokong mereka untuk turut serta terlibat dalam menentang keputusan yang dibuat oleh mahkamah terhadap diri mereka. Mereka juga sanggup untuk mengabaikan tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada mereka untuk memperjuangkan masalah rakyat yang diwakili oleh mereka. Pemimpin beginikah yang anda harapkan untuk membela nasib anda? Adakah pemimpin ini yang akan membela nasib rakyat seperti anda ataupun anda yang terpaksa membela nasib dirinya????.....


SHAH ALAM 8 Mac - Semua ahli Parlimen pembangkang akan memboikot sidang Dewan Rakyat yang dijadualkan Selasa ini sebagai membantah keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana didapati bersalah meliwat pembantunya, enam tahun lalu.
Anwar ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Kelima di sini hari ini berkata, tindakan tersebut dibuat sebagai tanda bantahan terhadap keputusan mahkamah selain mendakwa apa yang berlaku sebagai satu bentuk kezaliman yang dilakukan kerajaan dengan memperalatkan institusi kehakiman.
"Ketiga-tiga parti, ketiga-tiga kepimpinan (PKR, DAP dan Pas) akan arahkan semua ahli Parlimen untuk bantah dan tidak hadir sidang Parlimen pada 11 haribulan (Mac ini)," katanya.
Dalam pada itu, selain memboikot sidang Parlimen, Anwar juga menyatakan, pihaknya hanya akan menghadiri majlis pembukaan sidang Dewan Rakyat oleh Yang di-Pertuan Agong pada 10 Mac ini namun tidak akan bersama-sama dengan ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dalam perbarisan.
"Kita akan mendengar ucapan Yang di-Pertuan Agong tapi tidak akan bersama dengan ahli Parlimen BN dalam majlis perbarisan, kita terus masuk (dalam Dewan Rakyat).
"Saya sendiri akan utus surat kepada Yang di-Pertuan Agong menyatakan bahawa majlis yang menjemput Ketua Pembangkang untuk minum ringan dengan Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri dan speaker (Dewan Rakyat) saya tidak terima kerana membantah kehadiran Perdana Menteri dan Ketua Hakim Negara," jelasnya.
Semalam, Anwar dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.



Artikel Penuh: http://splashurl.com/qjvresb
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Saturday 1 March 2014

Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah



JAMBATAN KEDUA PULAU PINANG DIBERI NAMA JAMBATAN SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH







Alhamdilillah! akhirnya jambatan ini diberi nama dengan nama yang amat sesuai. Sekurang-kurangnya ia dapat membangkitkan nostalgia bahawa Pulau Pinang suatu ketika dahulu adalah dibawah pemerintahan negeri Kedah. Tahniah kepada semua yang terlibat. Tahniah Malaysia!