Promosi

Wednesday 29 August 2012

Nak Tunggu Bila Lagi?

Jawatankuasa hudud yang ditubuhkan hampir setahun lalu masih belum bermesyuarat untuk menentukan perlaksanaan undang-undang hudud yang dihangat diperkatakan semula baru-baru ini. Bila lagi nak mesyuarat? Susah sangatkah nak mesyuarat? Kalau nak mesyuarat pun susah macam mana nak laksanakan? Ataupun nak tunggu pembubaran Parlimen dulu baru nak mesyuarat?


Biasala,... "Janji Tinggal Janji".

Lepas Pilihanraya nanti kita lihatlah apa jadi dengan Jawatankuasa ni.

Wednesday 15 August 2012

Nak sangat Ke?

Kenyataan Nik Aziz ni seolah-olah nak sangat Nasharudin keluar PAS dan menyertai UMNO. Ini juga merupakan salah satu lagi bukti bahawa parti PAS ini jumud dan tidak demokrasi. Salah ke kalau ahli PAS berjumpa Perdana Menteri dalam satu majlis yang berkaitan kepentingan agama?


Saturday 11 August 2012

Apa Komen Ketua Pemuda PAS?


Karpal konsisten tolak hudud

Keratan akhbar Utusan Malaysia pada 18 Julai 2001 yang memaparkan kenyataan Karpal Singh mengenai cadangan Pas tubuh negara Islam.

PULAU PINANG 11 Ogos - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam oleh Pas adalah perkara yang paling tidak dipersetujui parti tersebut.
Katanya, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian mereka tidak pernah berubah sejak sekian lama malahan akan terus mempertahankannya.
"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.
"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dirinya selaku orang nombor satu DAP tidak akan bersetuju dengan perjuangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam sehingga pernah berkata langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu berbuat demikian.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.

Sunday 5 August 2012

Mintak Nasarudin "Update" Maklumat ni!



Hudud: Karpal tidak berganjak

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Perang terbuka antara Pas dan DAP berhubung isu hudud semakin parah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) menegaskan parti itu akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum tersebut jika pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.
Malah di sebalik dakwaan pemimpin Pas kononnya DAP kini menerima baik hukum hudud, Karpal dengan lantang menegaskan DAP kekal dengan pendirian tidak akan sesekali mendokong hasrat Pas yang baru mengubah dasar perjuangan kepada negara berkebajikan untuk mewujudkan negara Islam.
Serentak dengan itu, beliau berkata, DAP tidak akan sesekali menawarkan diri berunding dengan Pas mengenai pelaksanaan hukum hudud tersebut.
“Pas harus sedar hudud tidak dimasukkan dalam Buku Jingga, iaitu perjanjian dasar bersama pakatan pembangkang. Saya juga boleh memberi jaminan ia tidak akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang kerana DAP tidak akan membenarkan ia berlaku selaras dengan dasar parti kami.
“DAP tidak akan berganjak daripada pendirian ini sejak penubuhan parti iaitu tidak bersetuju dengan penubuhan negara Islam dan hukum hudud kerana ia tidak sesuai dengan negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia," katanya sebagaimana disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3, di sini malam ini.
Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal yang menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur mengenai pelaksanaan hukum tersebut.

Thursday 2 August 2012

Jauhilah Sifat Munafik

Akhirnya Pemuda PAS terpaksa tunduk kepada DAP dengan mengakui bahawa DAP memang konsisten dengan kenyataannya tidak akan bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud.

Bukankah beliau dengan lantang menyuruh Ustaz fathul Bari meng'update' maklumat terkini bahawa karpal telah mula memahami mengenai hudud semasa debat yang dianjurkan oleh Sinar? Jangan lupa suruh pengikut PAS 'Update' maklumat terkini mengenai hal ini.



Orang seperti inikah yang anda harapkan untuk membela nasib Agama Islam di Malaysia? Allah tidak menilai Iman seseorang itu melalui pakaiannya! Hindarilah diri anda dari sifat munafik!

Wednesday 1 August 2012

Surat Terbuka Untuk A Samad Said


LORONG HIDUP PAK SAMAD BANYAK CABARANNYA
Assalamualaikum Pak Samad,

Masih Pak Samad ingat puisi yang Pak Samad berikan kepada saya 10 tahun dahulu (10 Jun 2003), Pak Samad Kata "Jika Bukit Menjadi Gunung, Gunung Menyuburi Rimba, Jika Sakit Mendorong Menung, Menung Merangsang Dewasa, Lorong Hidup Banyak Cabarannya".

Pak Samad tentu lupa bagimana peritnya hidup di Kota Singa, sehingga di mata Pak Samad sudah biasa melihat wanita-wanita menjual tuboh raga mereka, untuk sesuap nasi. Apa Pak Samad sudah lupa bagaimana Pak Samad harus menerobos jantung Kota Singa, terutama ketika Zaman Jepang melanggar pusat kota, mengambil segala macam harga diri. Jika tidak Pak Samad sudah tentu tergolong dalam golongan pengemis, lintah darat, nasib baik Pak Samad segera membawa diri ke ibu kota Tanah Melayu, Kuala Lumpur yang indah.

Kini Pak Samad memasuki Lorong terakhir. Lorong yang Pak Samad tidak ada bedanya dengan rencana Pak Samad tahun 50an, ketika orang bersastera karena masyarakat, Pak Samad bersastera karena seni. Akhirnya Pak Samad asyik termenung panjang, sakit kerana terlalu lama termenung. Pak Samad mengapa perlu termenung lagi, Kota Singa sudah 50 tahun kita tinggalkan. Wanita Salina itu sudah lama kerepot, sudah lama mati agaknya, usah Pak Samad bermimpi dia datang lagi.

Dalam puisi itu Pak Samad menyebut lagi, "Jika Rakit Menjadi Kapal, Kapal Meningkat bahtera, Jika Bangkit Melawan Gagal, Gagal membibit Hemah, Landas Hidup Banyak Tuahnya". 

Mana mungkin mimpi dan igauan lama Pak Samad boleh membina Kapal sebesar bahtera Nabi Nuh, sedangkan rumah tangga Pak Samad tidak mampu bertahan lama. Kini Pak Samad bersama segala macam petualang negara yang mahu menjual negara ini atas nama kebebasan sebangsa, mengumpulkan segala macam igauan lama Pak Samad menjadi satu jiwa yang bersatu dengan Pak Samad dan orang tua yang Pak Samad lihat-lihat saja di lorong Kota Singa tanpa membuat apa-apa, Inikah jiwa-jiwa yang hendak disejiwakan. Semua ini berontakan jiwa mu yang tidak pernah tenang.

Mana perginya petikan guitar anak mu yang bernama Az itu. Dia hilang membawa dirinya jauh dari kebobrokan ciptaan Pak Samad yang tidak mungkin Pak Samad boleh gapai sama panjang dengan Ambiga dan Nga Ngeh itu. Pak Samad sangat kecil dan pendek untuk berada di atas mereka, mana mungkin sejiwa menjadi sebangsa jika selepas PRU13. Diri Pak Samad, bangsa Pak Samad, saudara Pak Samad yang mengucap La Ilaha Illallah Muhammad Dar Rasulullah dibuang dipinggirkan dihumban di tepi longkang. Sama seperti keadaan rumah sewa Pak Samad di Kota Singa yang ditampal-tampal dengan paku-paku berkarat dan papan-papan lusuh yang kita sama-sama pungut di tepi jalan. Ada Lee Kuan Yew peduli kita? Lee Kuan Yew kata kita Melayu rakyat bodoh dan pemalas? Itulah juga suara Chen Man Hin, LKS dan LGE yang Pak Samad puja itu! 

Apakah pemerintah durjana Singapura ada membantu kita, Tidak Pak Samad! Malah kita dihumban di lembah kemiskinan dan wanita-wanita Melayu dibiarkan Melacurkan harga diri dan jiwa-jiwa mereka. Jiwa mereka menangis pun Pak Samad tak mampu tolong melainkan hanya tulisan-tulisan English Nice Pak Samad yang Pak Samad bukukan untuk menjadi Sasterawan Negara. Itulah Pak Samad yang saya kenali, menipu di dalam seni karena segenggam ringgit. Jika tidak mana mungkin hendak mogok seni begitu-begitu saja, melainkan sudah mendapat suapannya menyambung semula.

Pak Samad mahu berdebat dengan saya? Apa tema Pak Samad, Sehati Sejiwa Berdansa? Sebangsa Senegara Sejiwa? kenapa bukan Seni Untuk Seni? Kenapa bukan Seni Untuk Masyarakat? Kenapa tidak Bersihkan Bangsa, Bersihkan Negara, Bersihkan Jiwa?

Bersih 3.0 Pak Samad itu saya 100 persen menolaknya? Karena saya tahu Pak Samad jua tidak sebersih Bersih. Sudah berapa kali negara kita Pilihanraya? Pak Samad Pernah kah Mengundi? Anak Bini Pak Samad pernahkah mengundi? Sila jawab dengan benarnya, Betul atau Tidak? Maka bagaimana Pak Samad bisa bercakap Bersih untuk Pilihanraya sedangkan diri dan keluarga Pak Samad sendiri tidak menunjukkan kepekaan itu! Senang berkata, mudah menulis, sukar melaksanakannya Pak Samad, bukankah Pak Samad dalam puisi di atas menyebut Hidup ini banyak cabarannya.

Saya berhenti di sini dahulu, saya tidak sanggup membongkar segala macam penyelindungan diri yang Pak Samad lakukan demi ringgit-ringgit dari mana pun. Jika Pak Samad mahu berdiskusi dengan saya silakan, jika mahu berdebat dengan saya mari kita bentang tikar bicara, bangsa Malayu tidak perlu tunduk kepada sebangsa pembohong, bangsa Melayu tidak harus tunduk kepada jiwa-jiwa yang berbuih kosong, negara ini negara bertanah, dan tanah itu Tanah Melayu!!!

Salam Hormat,

Aku Yang Kau Kenali 
Kota Singa.

Dipetik dari mymassa