Promosi

Saturday, 28 April 2012

Larangan IslamTerhadap Kegiatan Seks Bebas, Lesbian Dan Gay


Secara umumnya, homoseksual merupakan hubungan seks yang dijalinkan antara seseorang dengan seseorang yang lain yang masing-masing mempunyai jantina yang sama. Menurut pakar Psikiatri Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr. Hatta Sidi menyatakan bahawa homoseksual adalah orientasi seksual yang membawa kepada perlakuan tingkah laku, khayalan dan kecenderungan minat terhadap jantina sejenis (Utusan Malaysia 26 Januari 2001). Selain itu, terdapat juga pakar perubatan dari Indonesia, Dr. Sarlito Wirawan Sarwono mendefinisikan homoseksual ini sebagai hubungan seks antara dua orang yang mempunyai alat kelamin yang sama.
 Proses globalisasi yang menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun dan stabil telah membawa pelbagai pengaruh luar selain mampu mempengaruhi dan mentransformasikan institusi ekonomi dan sosial yang dapat mengubah lanskap pembangunan negara. Keadaan ini telah menimbulkan suasana yang menampilkan sikap individualisme, materialisme dan juga budaya hedonisme. Hal ini lebih membimbangkan apabila wujudnya gejala sosial yang tidak bermoral dalam kalangan masyarakat Malaysia iaitu homoseksual.
Umat Islam diseru agar tidak terpengaruh dengan maksiat-maksiat tersebut.Jangan mencuba-cuba, teriku-ikut malah terlibat dengan kegiatan yang disifatkan lebih hina daripada binatang.


Adakah anda salah seorang yang mempunyai kedudukan jari seperti ini.

Berikut adalah beberapa dalil daripada Al-Quran dan hadis yang menerangkan pengharaman seks bebas (zina), gay dan lesbian:

1. Firman Allah di dalam Surah Al-Isra’, ayat 32 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).
2. Firman Allah di dalam Surah An-Nur, ayat 2 yang bermaksud:

Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.
3. Firman Allah di dalam Surah As-Syu’araa’, ayat 165 dan 166 yang bermaksud:

“Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
“Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!”

4. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Hakim, daripada Abu Hurairah RA:

Maksudnya: Barang siapa yang berzina dan meminum arak, Allah mencabut daripadanya iman sepertimana seseorang manusia menanggalkan baju daripada kepalanya.

5. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibnu Abbas RA:

Maksudnya: Sesiapa yang kamu dapatinya mengamalkan maksiat kaum Nabi Luth, maka bunuhlah peliwat dan yang diliwat.

6. Hadis Nabi yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi, daripada Abu Musa:

Maksudnya: Jika seorang lelaki mendatangi lelaki lain (meliwatnya) maka mereka berdua adalah penzina, dan jika seorang wanita mendatangi wanita lain (lesbian) maka mereka berdua adalah penzina.

Muslimin muslimat sekalian,

Janganlah kita bersikap berdiam diri dengan alasan hal ini tidak melibatkan diri secara langsung. Perlu diingatkan kerosakan yang berlaku ini akan tetap menimpa kita, jika tidak sekarang mungkin pada masa akan datang.

Firman Allah di dalam Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Firman Allah di dalam Surah Al-Anfal, ayat 25 yang bermaksud:

Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab seksaNya.
Di dalam konsep menegah kemungkaran, sama-samalah kita memelihara diri, keluarga dan masyarakat daripada terjatuh ke dalam lembah kemaksiatan. Tindakan kita pada hari ini akan menentukan masa depan kita pada hari esok. Allah akan bertanya apakah yang telah anda lakukan demi menyelamatkan anak bangsamu?


No comments:

Post a Comment