Jawatankuasa hudud yang ditubuhkan hampir setahun lalu masih belum bermesyuarat untuk menentukan perlaksanaan undang-undang hudud yang dihangat diperkatakan semula baru-baru ini. Bila lagi nak mesyuarat? Susah sangatkah nak mesyuarat? Kalau nak mesyuarat pun susah macam mana nak laksanakan? Ataupun nak tunggu pembubaran Parlimen dulu baru nak mesyuarat?
Biasala,... "Janji Tinggal Janji".
Lepas Pilihanraya nanti kita lihatlah apa jadi dengan Jawatankuasa ni.
Salam Sejahtera! Blog ini dihasilkan bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengakses Blog ini mencatatkan pendapat dan pandangan mereka. Namun admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang dicatatkan dalam blog ini. Anda harus bertanggungjawab ke atas setiap komen anda...
Promosi
Wednesday, 29 August 2012
Wednesday, 15 August 2012
Nak sangat Ke?
Kenyataan Nik Aziz ni seolah-olah nak sangat Nasharudin keluar PAS dan menyertai UMNO. Ini juga merupakan salah satu lagi bukti bahawa parti PAS ini jumud dan tidak demokrasi. Salah ke kalau ahli PAS berjumpa Perdana Menteri dalam satu majlis yang berkaitan kepentingan agama?
Saturday, 11 August 2012
Apa Komen Ketua Pemuda PAS?
Karpal konsisten tolak hudud
Katanya, DAP konsisten berhubung perkara itu dan pendirian mereka tidak pernah berubah sejak sekian lama malahan akan terus mempertahankannya.
"Jika mereka (Pas) terus berniat untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, bagi pihak DAP, saya mengatakan bahawa kami juga mempunyai pendirian yang sama seperti sebelum ini iaitu tidak menerimanya.
"Bantahan DAP terhadap cita-cita Pas itu adalah demi kepentingan negara ini dan ia akan terus kekal," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dirinya selaku orang nombor satu DAP tidak akan bersetuju dengan perjuangan Pas menubuhkan sebuah negara Islam sehingga pernah berkata langkah mayatnya dahulu jika Pas mahu berbuat demikian.
Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, bantahan beliau yang mewakili DAP itu adalah berdasarkan peruntukan dalam Perlembagaan yang tidak membenarkan perkara itu dilaksanakan.
Sunday, 5 August 2012
Mintak Nasarudin "Update" Maklumat ni!
Hudud: Karpal tidak berganjak
Oleh MOHD. ASRON
MUSTAPHA
mohdasron.mustapha@utusan.com.my
KUALA LUMPUR 4 Ogos - Perang terbuka antara Pas dan DAP berhubung isu hudud
semakin parah apabila Pengerusi DAP, Karpal Singh (gambar) menegaskan parti itu
akan menentang habis-habisan sebarang cubaan melaksanakan hukum tersebut jika
pembangkang menang pilihan raya umum akan datang.mohdasron.mustapha@utusan.com.my
Malah di sebalik dakwaan pemimpin Pas kononnya DAP kini menerima baik hukum hudud, Karpal dengan lantang menegaskan DAP kekal dengan pendirian tidak akan sesekali mendokong hasrat Pas yang baru mengubah dasar perjuangan kepada negara berkebajikan untuk mewujudkan negara Islam.
Serentak dengan itu, beliau berkata, DAP tidak akan sesekali menawarkan diri berunding dengan Pas mengenai pelaksanaan hukum hudud tersebut.
Pas harus sedar hudud tidak dimasukkan dalam Buku Jingga, iaitu perjanjian dasar bersama pakatan pembangkang. Saya juga boleh memberi jaminan ia tidak akan dimasukkan dalam manifesto pilihan raya pakatan pembangkang kerana DAP tidak akan membenarkan ia berlaku selaras dengan dasar parti kami.
DAP tidak akan berganjak daripada pendirian ini sejak penubuhan parti iaitu tidak bersetuju dengan penubuhan negara Islam dan hukum hudud kerana ia tidak sesuai dengan negara berbilang kaum dan agama seperti Malaysia," katanya sebagaimana disiarkan dalam laporan Buletin Utama TV3, di sini malam ini.
Kontroversi pelaksanaan hukum hudud timbul semula berikutan dakwaan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan kononnya DAP kini memahami dan menerima pendirian parti itu mengenai negara Islam tetapi ia segera disanggah Karpal yang menegaskan beliau tidak akan bertolak ansur mengenai pelaksanaan hukum tersebut.
Thursday, 2 August 2012
Jauhilah Sifat Munafik
Akhirnya Pemuda PAS terpaksa tunduk kepada DAP dengan mengakui bahawa DAP memang konsisten dengan kenyataannya tidak akan bersetuju dengan perlaksanaan hukum hudud.
Bukankah beliau dengan lantang menyuruh Ustaz fathul Bari meng'update' maklumat terkini bahawa karpal telah mula memahami mengenai hudud semasa debat yang dianjurkan oleh Sinar? Jangan lupa suruh pengikut PAS 'Update' maklumat terkini mengenai hal ini.
Orang seperti inikah yang anda harapkan untuk membela nasib Agama Islam di Malaysia? Allah tidak menilai Iman seseorang itu melalui pakaiannya! Hindarilah diri anda dari sifat munafik!
Bukankah beliau dengan lantang menyuruh Ustaz fathul Bari meng'update' maklumat terkini bahawa karpal telah mula memahami mengenai hudud semasa debat yang dianjurkan oleh Sinar? Jangan lupa suruh pengikut PAS 'Update' maklumat terkini mengenai hal ini.
Orang seperti inikah yang anda harapkan untuk membela nasib Agama Islam di Malaysia? Allah tidak menilai Iman seseorang itu melalui pakaiannya! Hindarilah diri anda dari sifat munafik!
Wednesday, 1 August 2012
Surat Terbuka Untuk A Samad Said
Masih Pak Samad ingat puisi yang Pak Samad berikan
kepada saya 10 tahun dahulu (10 Jun 2003), Pak Samad Kata "Jika Bukit Menjadi
Gunung, Gunung Menyuburi Rimba, Jika Sakit Mendorong Menung, Menung Merangsang
Dewasa, Lorong Hidup Banyak Cabarannya".
Pak
Samad tentu lupa bagimana peritnya hidup di Kota Singa, sehingga di mata Pak
Samad sudah biasa melihat wanita-wanita menjual tuboh raga mereka, untuk sesuap
nasi. Apa Pak Samad sudah lupa bagaimana Pak Samad harus menerobos jantung Kota
Singa, terutama ketika Zaman Jepang melanggar pusat kota, mengambil segala macam
harga diri. Jika tidak Pak Samad sudah tentu tergolong dalam golongan pengemis,
lintah darat, nasib baik Pak Samad segera membawa diri ke ibu kota Tanah Melayu,
Kuala Lumpur yang indah.
Kini Pak Samad memasuki Lorong terakhir. Lorong yang
Pak Samad tidak ada bedanya dengan rencana Pak Samad tahun 50an, ketika orang
bersastera karena masyarakat, Pak Samad bersastera karena seni. Akhirnya Pak
Samad asyik termenung panjang, sakit kerana terlalu lama termenung. Pak Samad
mengapa perlu termenung lagi, Kota Singa sudah 50 tahun kita tinggalkan. Wanita
Salina itu sudah lama kerepot, sudah lama mati agaknya, usah Pak Samad bermimpi
dia datang lagi.
Dalam puisi itu Pak Samad menyebut lagi, "Jika Rakit
Menjadi Kapal, Kapal Meningkat bahtera, Jika Bangkit Melawan Gagal, Gagal
membibit Hemah, Landas Hidup Banyak Tuahnya".
Mana mungkin mimpi dan igauan lama Pak Samad boleh
membina Kapal sebesar bahtera Nabi Nuh, sedangkan rumah tangga Pak Samad tidak
mampu bertahan lama. Kini Pak Samad bersama segala macam petualang negara yang
mahu menjual negara ini atas nama kebebasan sebangsa, mengumpulkan segala macam
igauan lama Pak Samad menjadi satu jiwa yang bersatu dengan Pak Samad dan orang
tua yang Pak Samad lihat-lihat saja di lorong Kota Singa tanpa membuat apa-apa,
Inikah jiwa-jiwa yang hendak disejiwakan. Semua ini berontakan jiwa mu yang
tidak pernah tenang.
Mana perginya petikan guitar anak mu yang bernama Az
itu. Dia hilang membawa dirinya jauh dari kebobrokan ciptaan Pak Samad yang
tidak mungkin Pak Samad boleh gapai sama panjang dengan Ambiga dan Nga Ngeh itu.
Pak Samad sangat kecil dan pendek untuk berada di atas mereka, mana mungkin
sejiwa menjadi sebangsa jika selepas PRU13. Diri Pak Samad, bangsa Pak Samad,
saudara Pak Samad yang mengucap La Ilaha Illallah Muhammad Dar
Rasulullah dibuang dipinggirkan dihumban di tepi longkang. Sama seperti
keadaan rumah sewa Pak Samad di Kota Singa yang ditampal-tampal dengan paku-paku
berkarat dan papan-papan lusuh yang kita sama-sama pungut di tepi jalan. Ada Lee
Kuan Yew peduli kita? Lee Kuan Yew kata kita Melayu rakyat bodoh dan pemalas?
Itulah juga suara Chen Man Hin, LKS dan LGE yang Pak Samad puja
itu!
Apakah pemerintah durjana Singapura ada membantu kita,
Tidak Pak Samad! Malah kita dihumban di lembah kemiskinan dan wanita-wanita
Melayu dibiarkan Melacurkan harga diri dan jiwa-jiwa mereka. Jiwa mereka
menangis pun Pak Samad tak mampu tolong melainkan hanya tulisan-tulisan
English Nice Pak Samad yang Pak Samad bukukan untuk menjadi Sasterawan
Negara. Itulah Pak Samad yang saya kenali, menipu di dalam seni karena segenggam
ringgit. Jika tidak mana mungkin hendak mogok seni begitu-begitu saja, melainkan
sudah mendapat suapannya menyambung semula.
Pak
Samad mahu berdebat dengan saya? Apa tema Pak Samad, Sehati Sejiwa Berdansa?
Sebangsa Senegara Sejiwa? kenapa bukan Seni Untuk Seni? Kenapa bukan Seni Untuk
Masyarakat? Kenapa tidak Bersihkan Bangsa, Bersihkan Negara, Bersihkan
Jiwa?
Bersih 3.0 Pak Samad itu saya 100 persen menolaknya?
Karena saya tahu Pak Samad jua tidak sebersih Bersih. Sudah berapa kali negara
kita Pilihanraya? Pak Samad Pernah kah Mengundi? Anak Bini Pak Samad pernahkah
mengundi? Sila jawab dengan benarnya, Betul atau Tidak? Maka bagaimana Pak Samad
bisa bercakap Bersih untuk Pilihanraya sedangkan diri dan keluarga Pak Samad
sendiri tidak menunjukkan kepekaan itu! Senang berkata, mudah menulis, sukar
melaksanakannya Pak Samad, bukankah Pak Samad dalam puisi di atas menyebut Hidup
ini banyak cabarannya.
Saya berhenti di sini dahulu, saya tidak sanggup
membongkar segala macam penyelindungan diri yang Pak Samad lakukan demi
ringgit-ringgit dari mana pun. Jika Pak Samad mahu berdiskusi dengan saya
silakan, jika mahu berdebat dengan saya mari kita bentang tikar bicara, bangsa
Malayu tidak perlu tunduk kepada sebangsa pembohong, bangsa Melayu tidak harus
tunduk kepada jiwa-jiwa yang berbuih kosong, negara ini negara bertanah, dan
tanah itu Tanah Melayu!!!
Salam Hormat,
Kota Singa.
Dipetik dari mymassa
Subscribe to:
Posts (Atom)