Masih Pak Samad ingat puisi yang Pak Samad berikan
kepada saya 10 tahun dahulu (10 Jun 2003), Pak Samad Kata "Jika Bukit Menjadi
Gunung, Gunung Menyuburi Rimba, Jika Sakit Mendorong Menung, Menung Merangsang
Dewasa, Lorong Hidup Banyak Cabarannya".
Pak
Samad tentu lupa bagimana peritnya hidup di Kota Singa, sehingga di mata Pak
Samad sudah biasa melihat wanita-wanita menjual tuboh raga mereka, untuk sesuap
nasi. Apa Pak Samad sudah lupa bagaimana Pak Samad harus menerobos jantung Kota
Singa, terutama ketika Zaman Jepang melanggar pusat kota, mengambil segala macam
harga diri. Jika tidak Pak Samad sudah tentu tergolong dalam golongan pengemis,
lintah darat, nasib baik Pak Samad segera membawa diri ke ibu kota Tanah Melayu,
Kuala Lumpur yang indah.
Kini Pak Samad memasuki Lorong terakhir. Lorong yang
Pak Samad tidak ada bedanya dengan rencana Pak Samad tahun 50an, ketika orang
bersastera karena masyarakat, Pak Samad bersastera karena seni. Akhirnya Pak
Samad asyik termenung panjang, sakit kerana terlalu lama termenung. Pak Samad
mengapa perlu termenung lagi, Kota Singa sudah 50 tahun kita tinggalkan. Wanita
Salina itu sudah lama kerepot, sudah lama mati agaknya, usah Pak Samad bermimpi
dia datang lagi.
Dalam puisi itu Pak Samad menyebut lagi, "Jika Rakit
Menjadi Kapal, Kapal Meningkat bahtera, Jika Bangkit Melawan Gagal, Gagal
membibit Hemah, Landas Hidup Banyak Tuahnya".
Mana mungkin mimpi dan igauan lama Pak Samad boleh
membina Kapal sebesar bahtera Nabi Nuh, sedangkan rumah tangga Pak Samad tidak
mampu bertahan lama. Kini Pak Samad bersama segala macam petualang negara yang
mahu menjual negara ini atas nama kebebasan sebangsa, mengumpulkan segala macam
igauan lama Pak Samad menjadi satu jiwa yang bersatu dengan Pak Samad dan orang
tua yang Pak Samad lihat-lihat saja di lorong Kota Singa tanpa membuat apa-apa,
Inikah jiwa-jiwa yang hendak disejiwakan. Semua ini berontakan jiwa mu yang
tidak pernah tenang.
Mana perginya petikan guitar anak mu yang bernama Az
itu. Dia hilang membawa dirinya jauh dari kebobrokan ciptaan Pak Samad yang
tidak mungkin Pak Samad boleh gapai sama panjang dengan Ambiga dan Nga Ngeh itu.
Pak Samad sangat kecil dan pendek untuk berada di atas mereka, mana mungkin
sejiwa menjadi sebangsa jika selepas PRU13. Diri Pak Samad, bangsa Pak Samad,
saudara Pak Samad yang mengucap La Ilaha Illallah Muhammad Dar
Rasulullah dibuang dipinggirkan dihumban di tepi longkang. Sama seperti
keadaan rumah sewa Pak Samad di Kota Singa yang ditampal-tampal dengan paku-paku
berkarat dan papan-papan lusuh yang kita sama-sama pungut di tepi jalan. Ada Lee
Kuan Yew peduli kita? Lee Kuan Yew kata kita Melayu rakyat bodoh dan pemalas?
Itulah juga suara Chen Man Hin, LKS dan LGE yang Pak Samad puja
itu!
Apakah pemerintah durjana Singapura ada membantu kita,
Tidak Pak Samad! Malah kita dihumban di lembah kemiskinan dan wanita-wanita
Melayu dibiarkan Melacurkan harga diri dan jiwa-jiwa mereka. Jiwa mereka
menangis pun Pak Samad tak mampu tolong melainkan hanya tulisan-tulisan
English Nice Pak Samad yang Pak Samad bukukan untuk menjadi Sasterawan
Negara. Itulah Pak Samad yang saya kenali, menipu di dalam seni karena segenggam
ringgit. Jika tidak mana mungkin hendak mogok seni begitu-begitu saja, melainkan
sudah mendapat suapannya menyambung semula.
Pak
Samad mahu berdebat dengan saya? Apa tema Pak Samad, Sehati Sejiwa Berdansa?
Sebangsa Senegara Sejiwa? kenapa bukan Seni Untuk Seni? Kenapa bukan Seni Untuk
Masyarakat? Kenapa tidak Bersihkan Bangsa, Bersihkan Negara, Bersihkan
Jiwa?
Bersih 3.0 Pak Samad itu saya 100 persen menolaknya?
Karena saya tahu Pak Samad jua tidak sebersih Bersih. Sudah berapa kali negara
kita Pilihanraya? Pak Samad Pernah kah Mengundi? Anak Bini Pak Samad pernahkah
mengundi? Sila jawab dengan benarnya, Betul atau Tidak? Maka bagaimana Pak Samad
bisa bercakap Bersih untuk Pilihanraya sedangkan diri dan keluarga Pak Samad
sendiri tidak menunjukkan kepekaan itu! Senang berkata, mudah menulis, sukar
melaksanakannya Pak Samad, bukankah Pak Samad dalam puisi di atas menyebut Hidup
ini banyak cabarannya.
Saya berhenti di sini dahulu, saya tidak sanggup
membongkar segala macam penyelindungan diri yang Pak Samad lakukan demi
ringgit-ringgit dari mana pun. Jika Pak Samad mahu berdiskusi dengan saya
silakan, jika mahu berdebat dengan saya mari kita bentang tikar bicara, bangsa
Malayu tidak perlu tunduk kepada sebangsa pembohong, bangsa Melayu tidak harus
tunduk kepada jiwa-jiwa yang berbuih kosong, negara ini negara bertanah, dan
tanah itu Tanah Melayu!!!
Salam Hormat,
Kota Singa.
Dipetik dari mymassa
No comments:
Post a Comment