Promosi

Tuesday 26 June 2012

Dulu Salah, Sekarang OK Je!!!!

Kalaulah kita ingat, semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu, Puak-puak bloger pakatan riuh rendah mencanangkan bahawa negeri Kedah ni banyak pusat hiburan hasil pemerintahan Barisan Nasional. Maka berkukuklah puak-puak pembangkang mencanangkan sekiranya mereka memerintah negeri Kedah semua itu tidak akan berlaku. Tapi setelah hampir 5 tahun PAS memerintah negeri Kedah bukan semakin berkurang, malahan semakin bertambah dan ditambah lagi dengan ujudnya sebuah "BAR" di Sala, Alor Setar. Kita lihat apa kata MB Kedah ni.


Kalau dahulu puak-puak bloger pro pembangkang kata UMNO yang meluluskan pusat hiburan di Negeri Kedah ni. Teman nak tanya la, MB Kedah ni ahli UMNO Ke?  Cawangan mana ye? Alasan yang diberikan ialah kelulusan yang diberikan kerana mereka tidak melanggar peraturan. Peraturan yang digunakan tidak sama ke semasa UMNO memerintah dahulu? Bila dah berkuasa berdolak dalik macam-macam, Kalau hal penebangan balak boleh pula buat keputusan. Walaupun telah dinasihatkan oleh Jabatan Perhutanan. Apa cerita ni ? Fikir-fikirkan lah...........


No comments:

Post a Comment