Promosi

Tuesday 26 June 2012

Pelajar KUIN Nak Demo Lagi???

Masalah demi masalah kita dapat dengar mengenai Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Dulu pihak pengurusan berdemo kerana gaji mereka dikatakan tidak dibayar. Hari ini pelajar pula menyatakan mungkin akan mengadakan demonstrasi dalam skala besar sekiranya suara mereka tidak diendahkan oleh pihak pengurusan KUIN. Jurucakap Gerakan Mahasiswa Prihatin Kuin menyatakan bahawa mereka merasa amat kesal terhadap kenaikan yuran pengajian daripada RM 60 hingga RM 200 satu jam kredit. Cubalah anda bayangkan sekiranya seorang pelajar terpaksa menghabiskan 80 jam kredit untuk mendapatkan segulung Diploma. 80 jam kali RM 200 bagi anak-anak kita memang cukup mahal la. Dalam perkara ini adakah Pinjaman PTPTN diperlukan oleh pelajar? Ceramah di sana-sini minta kerajaan laksana pendidikan percuma tetapi di negeri yang mereka perintah boleh naikkan harga yuran. Apa cerita ni?? Cakap yang mana satu yang betul ni??? Kita baca apa yang dikatakan oleh pelajar KUIN ni....


No comments:

Post a Comment