Salam Sejahtera! Blog ini dihasilkan bagi memberi ruang kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengakses Blog ini mencatatkan pendapat dan pandangan mereka. Namun admin Blog ini tidak akan bertanggungjawab ke atas setiap apa yang dicatatkan dalam blog ini. Anda harus bertanggungjawab ke atas setiap komen anda...
Promosi
Wednesday, 27 June 2012
KUIN OH KUIN!!
Ku sangkakan krisis yang berlaku terhadap KUIN dapat diselesaikan oleh MB demi menjaga reputasi kepimpinan PAS di Negeri Kedah. Rupa-rupanya masalah yang dihadapi oleh pelajar dan staff KUIN masih belum diselesaikan lagi. Hari ini Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah dikejutkan pula dengan 5 laporan polis yang dibuat oleh 15 orang staff KUIN. Apa dah jadi ni? Khabarnya duit gaji staff untuk pembayaran pinjaman bank, potongan Tabung Haji dan Zakat mereka dipotong tetapi wang tersebut tidak sampai ke destinasinya. Bukankah itu suatu kesalahan di dalam Islam?? mungkin MB lebih arif kot dalam hal ini! Apa pun baca berita di bawah dan fikirlah sendiri secara rasional. Bolehkah perbuatan ini dibiarkan? Bolehkah mereka ini dipercayai??
Kejayaan Kerajaan PAS Negeri Kedah?
Kalau sebelum ni kita banyak memperkatakan tentang kejayaan-kejayaan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Barisan Nasional. Kali ini kita lihat pula kejayaan yang diperolehi oleh Kerajaan PAS Negeri Kedah sepanjang hampir 5 tahun mereka mentadbir Negeri Kedah dengan Slogan "Kedah Sejahtera".
Lihat Video ini....
Bagaimana pendapat anda? Bandingkan dengan Kejayaan Barisan Nasional. Siapa lebih baik?
Tuesday, 26 June 2012
Pelajar KUIN Nak Demo Lagi???
Masalah demi masalah kita dapat dengar mengenai Kolej Universiti Insaniah (KUIN). Dulu pihak pengurusan berdemo kerana gaji mereka dikatakan tidak dibayar. Hari ini pelajar pula menyatakan mungkin akan mengadakan demonstrasi dalam skala besar sekiranya suara mereka tidak diendahkan oleh pihak pengurusan KUIN. Jurucakap Gerakan Mahasiswa Prihatin Kuin menyatakan bahawa mereka merasa amat kesal terhadap kenaikan yuran pengajian daripada RM 60 hingga RM 200 satu jam kredit. Cubalah anda bayangkan sekiranya seorang pelajar terpaksa menghabiskan 80 jam kredit untuk mendapatkan segulung Diploma. 80 jam kali RM 200 bagi anak-anak kita memang cukup mahal la. Dalam perkara ini adakah Pinjaman PTPTN diperlukan oleh pelajar? Ceramah di sana-sini minta kerajaan laksana pendidikan percuma tetapi di negeri yang mereka perintah boleh naikkan harga yuran. Apa cerita ni?? Cakap yang mana satu yang betul ni??? Kita baca apa yang dikatakan oleh pelajar KUIN ni....
Dulu Salah, Sekarang OK Je!!!!
Kalaulah kita ingat, semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional dahulu, Puak-puak bloger pakatan riuh rendah mencanangkan bahawa negeri Kedah ni banyak pusat hiburan hasil pemerintahan Barisan Nasional. Maka berkukuklah puak-puak pembangkang mencanangkan sekiranya mereka memerintah negeri Kedah semua itu tidak akan berlaku. Tapi setelah hampir 5 tahun PAS memerintah negeri Kedah bukan semakin berkurang, malahan semakin bertambah dan ditambah lagi dengan ujudnya sebuah "BAR" di Sala, Alor Setar. Kita lihat apa kata MB Kedah ni.
Kalau dahulu puak-puak bloger pro pembangkang kata UMNO yang meluluskan pusat hiburan di Negeri Kedah ni. Teman nak tanya la, MB Kedah ni ahli UMNO Ke? Cawangan mana ye? Alasan yang diberikan ialah kelulusan yang diberikan kerana mereka tidak melanggar peraturan. Peraturan yang digunakan tidak sama ke semasa UMNO memerintah dahulu? Bila dah berkuasa berdolak dalik macam-macam, Kalau hal penebangan balak boleh pula buat keputusan. Walaupun telah dinasihatkan oleh Jabatan Perhutanan. Apa cerita ni ? Fikir-fikirkan lah...........
Monday, 11 June 2012
PAS Minta Ahli Tangguh Ibadah Haji??
Hari ini satu lagi kejutan dilakukan oleh pimpinan PAS. Tuan Ibrahim Tuan Man dalam Selangor.com berkata
penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut. Dah tak ada orang sangat dah ke dalam PAS ni sampai kena sekat ahli yang hendak menunaikan rukun Islam ni? Untuk berita selanjutnya (Klik Sini)
Adakah PAS merasakan mengundi dalam Pilihanraya lebih baik ataupun sama hukumnya dengan menunaikan Fardhu Haji?? Mungkinkah ini juga merupakan sebab mereka mengadakan demonstrasi bersih di Kota Suci Mekah? Merancang supaya Kerajaan Arab Saudi menghentikan sementara kebenaran kepada Rakyat Malaysia menunaikan Haji pada tahun ini? Sekiranya rancangan tersebut berjaya maka tidak perlulah mereka mengeluarkan larangan seperti ini. Betulkah begitu?? Kita lihat pula apa komen Ulamak-ulamak di bawah.
penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana Pas memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa berlangsungnya pilihan raya umum tersebut. Dah tak ada orang sangat dah ke dalam PAS ni sampai kena sekat ahli yang hendak menunaikan rukun Islam ni? Untuk berita selanjutnya (Klik Sini)
Adakah PAS merasakan mengundi dalam Pilihanraya lebih baik ataupun sama hukumnya dengan menunaikan Fardhu Haji?? Mungkinkah ini juga merupakan sebab mereka mengadakan demonstrasi bersih di Kota Suci Mekah? Merancang supaya Kerajaan Arab Saudi menghentikan sementara kebenaran kepada Rakyat Malaysia menunaikan Haji pada tahun ini? Sekiranya rancangan tersebut berjaya maka tidak perlulah mereka mengeluarkan larangan seperti ini. Betulkah begitu?? Kita lihat pula apa komen Ulamak-ulamak di bawah.
Kita baca kemudian kita tanya diri kita. Tanya dengan rasa penuh keimanan. Jangan tanya dengan nafsu. Fikir-fikirlah wahai saudara seIslamku. Dunia ini hanya sementara. Janganlah hanya dengan sedikit kesenangan di dunia kita lupakan terus tujuan utama kita diutuskan ke dunia ini....
Mana satu yang betul ni?
Hari ini Utusan Malaysia memberi penghormatan kepada Kerajaan Negeri Kedah dengan menyiarkan satu muka surat penuh dengan berita mengenai "Projek yang Dilaksanakan" oleh Kerajaan PAS Kedah. Namun apa yang mengecewakan ialah ianya berita mengenai kerakusan Kerajaan Negeri yang dikatakan berselindung di sebalik Ladang Sejahtera untuk menebang balak-balak yang ada secara rakus. Kita lihat penafian Menteri besar seperti berita di bawah.
Menurutnya penebangan balak dipantau oleh beberapa jabatan termasuk Jabatan Perhutanan. Kita lihat pula apa komen Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengenai isu yang dibangkitkan ini.
Menurutnya penebangan balak dipantau oleh beberapa jabatan termasuk Jabatan Perhutanan. Kita lihat pula apa komen Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah mengenai isu yang dibangkitkan ini.
Anda boleh lihat sendiri komen yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kedah. Agaknya apa pula agaknya alasan Kerajaan Negeri selepas ini? Yang menjadi mangsa ialah penduduk yang tinggal berhampiran dengan kawasan penebangan balak tersebut. Beginilah akibatnya sekiranya kita memberi kuasa kepada mereka yang tidak mahir memerintah. Ibarat "Memberi PSP kepada orang buta, Memberi radio kepada orang yang tidak boleh mendengar"
Saturday, 9 June 2012
Rasulullah Berhijrah sebab nak kerusi??
Masya Allah! apa dah jadi dengan hamba Allah sorang ni? boleh dia kata Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah sebab hendakkan kerusi. Anda baca laporan Utusan Malaysia di bawah dan berfikirlah sebagai seorang muslim yang sayangkan agamanya. Beginikah kenyataan daripada seorang yang dikatakan pewaris nabi??
Nik Aziz sifatkan
Mufti Perak ‘gatal mulut’
KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang
yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu
apa-apa.
Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan
Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh
kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya
parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.
“Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak
reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi
Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga,
anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana
nak kerusi?
“Kerusi ini simbolik kepada kekuasaan, mana atas dunia ini sama
ada negara komunis, sosialis, demokrasi yang boleh bina kerajaan kalau tidak
ada kerusi.
“Mereka tidak akan boleh laksanakan fahaman mereka kecuali dengan
memenangi kerusi pilihan raya, kalau tidak ada kerajaan maka demokrasi pun
tidak ada, diktator pun tidak ada begitu juga komunis dan nasionalis. Sebab itu
Islam pun kena ada kerajaan," katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)







