1Jun, Hari jumaat, penghulu bagi segala hari telah melakarkan satu lagi sejarah di Negeri Kedah yang tercinta ini. Satu program yang dirancang oleh PAS yang dilihat untuk menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa sokongan terhadap parti itu masih kuat. Perhimpunan ini juga dilihat sebagai satu program untuk menyaingi program perhimpunan sempena 66 tahun UMNO serta Himpunan sejuta Belia yang diadakan baru-baru ini. Perhimpunan ini dijadualkan bermula pada jam 4 petang hingga lewat malam. Namun begitu pergerakan awal telah dapat dirasai dengan kehadiran penyokong-penyokong PAS dari luar negeri kedah sejak sebelum waktu jumaat lagi. Penulis sendiri telah melihat ramai penyokong-penyokong PAS dari Kelantan dan Trengganu mengambil kesempatan untuk meninjau persekitaran Bandaraya Alor Setar di Menara Alor Setar. Masjid-masjid di sekitar Alor Setar hari ini menerima kunjungan beberapa buah bas dari negeri-negeri sekitar negeri Kedah. Perhimpunan yang telah beberapa kali ditukarkan namanya oleh pihak penganjur ini adalah merupakan satu petanda awal bahawa perancangan yang dibuat itu telah sedari mula lagi adalah program yang bercelaru. Kecelaruan program ini ditambah lagi dengan kenyataan Nizar bahawa 'himpunan ini tanda kejatuhan Pas di semua peringkat' tengok video di bawah.
Kalau kita lihat senario yang berlaku sepanjang program ini berlangsung, kita boleh melihat bahawa di dalam PAS sendiri tiada penyatuan dan tiada semangat kental seperti dahulu lagi. Usah kata lain, dalam hal sembahyang pun ada yang sembahyang ada yang buat dak aja lihatlah gambar di bawah.
Khabarnya lebih 100 ribu yang hadir, Takkan hanya banyak ini sahaja yang boleh sembahyang? yang lain uzur ka? betul ka 100 ribu? Kalau nak tembak pun agak-agak la nak guna peluru yang mana. Cuba kita kira semula. Jumlah tempat duduk dala stadium ini 32 ribu, kalau kita campur dengan yang ada di tengah padang boleh lah kita kata 40 ribu, itupun kalau penuh la padang tu. Tapi penuh ka padang tu? Kalau kita tengok gambar di atas pun dah cukup memadai untuk buat kenyataan. Takkan bloger pro mereka nak kata gambar ini diambil semasa orang dah nak balik kot? Fikir la sikit... di bawah ada beberapa gambar lagi. Siap ada maskot lagi, Bukankah Majlis Fatwa kelantan dah buat keputusan kata Haram?? Haram bagi siapa??
Maskot ni tak haram ke??
Banyak duit derma tu, Kemana perginya ya??
Inilah realitinya kehidupan.
Allah maha mengetahui.
ReplyDelete