Promosi

Saturday, 9 June 2012

Rasulullah Berhijrah sebab nak kerusi??

Masya Allah! apa dah jadi dengan hamba Allah sorang ni? boleh dia kata Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah sebab hendakkan kerusi. Anda baca laporan Utusan Malaysia di bawah dan berfikirlah sebagai seorang muslim yang sayangkan agamanya. Beginikah kenyataan daripada seorang yang dikatakan pewaris nabi??


Nik Aziz sifatkan Mufti Perak ‘gatal mulut’

KOTA BHARU 8 Jun - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyifatkan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai seorang yang ‘gatal mulut’ mahu bercakap tentang politik sedangkan beliau tidak tahu apa-apa.
Berucap ketika menyampaikan kuliah Jumaat di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini, Nik Abdul Aziz berkata, memperoleh kerusi dalam pilihan raya sememangnya menjadi matlamat Pas kerana tanpanya parti ini tidak dapat membina kerajaan untuk melaksanakan Islam.
“Ada seorang mufti gatal mulut bercakap politik padahal dia tak reti. Dia kata Pas ini hanya nak kerusi sahaja, baik saya nak tanya dia, Nabi Muhammad tinggalkan Mekah ke Madinah, buat apa dia tinggalkan rumah tangga, anak, tengah malam buta lari dari Mekah ke Madinah, nak apa kalau tidak kerana nak kerusi?
“Kerusi ini simbolik kepada kekuasaan, mana atas dunia ini sama ada negara komunis, sosialis, demokrasi yang boleh bina kerajaan kalau tidak ada kerusi.
“Mereka tidak akan boleh laksanakan fahaman mereka kecuali dengan memenangi kerusi pilihan raya, kalau tidak ada kerajaan maka demokrasi pun tidak ada, diktator pun tidak ada begitu juga komunis dan nasionalis. Sebab itu Islam pun kena ada kerajaan," katanya.

No comments:

Post a Comment