Sejak akhir-akhir ini ramai teman-teman penulis yang kuat merokok memilih untuk menghisap rokok era baru, ataupun lebih dikenali dengan nama "rokok elektronik". Ramai yang berpendapat bahawa rokok ini dapat mengurangkan risiko penyakit terhadap mereka yang gemar merokok. Namun ternyata seperti kata pepatah "Lari dari Mulut Harimau masuk Mulut Buaya". Ini adalah disebabkan satu penyelidikan yang dilakukan telah mendapat keputusan bahawa rokok ini mampu merosakkan paru-paru mereka kerana kurangnya penyerapan oksigen dalam darah mereka yang menghisap rokok tersebut.
Kesimpulannya : Kalau dah tak nak sakit akibat dari merokok, anda berhenti sahajalah dari merokok!
No comments:
Post a Comment