Promosi

Monday 24 September 2012

Rasulullah Dihina!

Ummat Islam di seluruh dunia bangkit menunjukkan kemarahan mereka apabila tersebarnya Filem "Innocence Of Muslim" di youtube. Filem yang sengaja dibuat bagi menghina Nabi Muhammad dan Seluruh ummat Islam ini turut membangkitkan kemarahan Ummat Islam di Malaysia. Ummat Islam di Malaysia mengadakan himpunan secara aman bagi menyatakan rasa marah terhadap penerbitan filem tersebut. Dalam heboh Ummat Islam menunjukkan rasa marah kepada dunia, Kemarahan mereka ditambah lagi dengan kenyataan yang ditulis oleh Pengerusi DAP Perak di dalam tweternya "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau keuntungan politiknya? Adakah umat Islam membuang begitu banyak masa dan tenaga untuk ini?" Sepatutnya sebagai seorang pemimpin, Pengerusi DAP Perak dapat membezakan isu politik dengan isu agama. Perkara menghina agama yang dianuti oleh orang lain boleh dianggap sebagai perlakuan orang yang kurang bermoral. Hasil dari kenyataan Pengerusi DAP Perak ini telah menambahkan lagi kemarahan ummat Islam di Malaysia. Banyak laporan polis telah dibuat supaya kenyataan beliau ini disiasat dan berharap agar tindakan undang-undang dapat diambil terhadapnya bagi membendung kejadian yang serupa berulang.


No comments:

Post a Comment