Promosi

Tuesday, 1 May 2012

Tok Guru dan Rusuhan Jalanan


Adalah sangat malang lagi menyedihkan mendengar pengakuan yang terbit dari mulut seorang yang bergelar Tok Guru @ ulama tersohor apabila beliau memberi sumbangan peribadi yang tidak dinyatakan jumlahnya kepada para demontrasi jalanan dari Kelantan yang berkemungkinan terlibat dalam rusuhan berhampiran Dataran Merdeka baru-baru ini. Banyak sangatkah duit Tok Guru ?, sedangkan banyak lagi golongan yang daif di Kelantan.
Rusuhan sedemikian adalah salah dan haram dalam Islam, walaupun mereka yang terlibat mempunyai sebab dan sungutan yang lain.
Islam adalah agama yang mementingkan ketetiban. Terdapat banyak ibadah yang tidak sah dilakukan tanpa tertib seperti solat dan haji. Falsafah tertib dalam Islam menuntut pula umatnya untuk melakukan sesuatu mengikut lunas undang-undang.

Allah Taala melarang umat islam dari melampau, FirmanNya :
"Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah kamu menceroboh (dengan memulakan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang menceroboh". (al-Baqarah: 190)

Dalam konteks amalan kenegaraan hari ini, apabila seseorang menerima untuk menjadi rakyat sesebuah negara maka dia sebenarnya telah bersetuju untuk mengikat kontrak dengan negara berkenaan yang antaranya menuntut dirinya untuk mematuhi undang-undang. Oleh itu, mematuhi undang-undang termasuklah dalam perintah Allah Taala yang menuntut umat Islam agar taat kepada pemerintah.

Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan dan kelembutan dahulu sebelum kekerasan. Sesungguhnya asas dakwah ialah kata-kata yang lembut dan halus. Walaupun jika yang didakwah itu seorang yang paling ingkar. Contoh dalam hal ini ialah perintah Allah Taala kepada Nabi Musa dan Harun a.s ketika keduanya diutus kepada Firaun dan diperintah untuk berdakwah kepadanya.

Firman Allah : "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lembut. Moga-moga ia akan beringat dan takut." (Taha :44)

Rasulullah s.a.w pula bersabda yang bermaksud "Sesungguhnya tidaklah sifat lembut itu ada pada sesuatu kecuali dia akan menyeimbangkanya dan jika dicabut dari sesuatu, dia akan memburukkannya." (Riwayat Muslim)

Oleh itu, selama mana ada jalan dan cara yang aman untuk menangani masaalah, umat Islam harus mengutamakannya dari apa jua bentuk kekerasan, apatah lagi keganasan.
Merusuh dan membakar harta benda awam dan orang lain adalah haram kerana ia melibatkan harta benda mereka yang tidak bersalah dan tidak kena mengena dengan masaalah yang ada. mencabul hak mili seseorang secara keras dan ganas seperti itu adalah perlakuan fasad (kerosakan) di muka bumi yang disifatkan oleh Allah Taala sebagai perlakuan yang memerangi Allah dan RasulNya dan diancam pula dengan hukuman yang keras di dunia dan akhirat.

"Hanya sanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (dengan melakukan keganasan, merampas, membunuh orang di jalanan) ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar." (al-Maidah : 33)

Ulama dan umara mempunyai hubungan istimewa, mereka menggalas tanggungjawab besar dalam menentukan kesejahteraan rakyat serta negara. Kuasa ulama dan umara disebutkan secara khusus dalam hadis Rasulullah bermaksud :

"Ada dua kelompok manusia, jika kedua-duanya baik, maka masyarakat seluruhnya akan menjadi baik dan jika kedua-duanya rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak, mereka itu ialah ulama dan umara." (Riwayat Ibn Abdul Barr).

Oleh itu, harapan tinggi diletakan kepada dua kelompok itu untuk berkongsi pandangan serta pendapat dalam semua espek pemerintahan serta isu membabitkan kepentingan umat islam yang sentiasa berhadapan cabaran.

Ulama tidak boleh bersikap panatik dan partisan dalam politik, taksub melulu atau suka menjatuhkan hukuman terhadap orang lain. Bukan semua isu negara terutamanya isu agama perlu dipolitikkan.

No comments:

Post a Comment