Saya ingatkan manusia yang suka melakukan demonstrasi di khalayak memang suka dengan keadaan yang sedemikian, rupanya bila orang berhimpun secara aman di hadapan rumahnya tahu pula dia merungut dan mengatakan peserta yang berhimpun di hadapan rumahnya itu mengganggu privasinya dan jiran-jirannya. Malah beliau dengan tanpa segan silu menggelarkan mereka yang berhimpun di hadapan rumahnya sebagai penyangak. Malas la nak komen banyak-banyak... anda baca la sendiri petikan berita di bawah ini. Mungkinkah beliau juga mengganggap dirinya sebagai penyangak semasa berdemo pada 28 april lalau???
Fikir la sendiri...........
Jangan ganggu privasi saya - Ambiga
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu mendesak Ambiga meminta maaf secara terbuka kerana menganjurkan perhimpunan tersebut dan menjelaskan pampasan kerugian yang dialami para peniaga pada perhimpunan Bersih 2.0 dan terbaru Bersih 3.0 di sekitar Dataran Merdeka pada 28 April lalu.
Sebaliknya, Ambiga menempelak sikap kumpulan tersebut sambil menyifatkan tindakan mereka itu menceroboh privasi keluarga serta jiran-jirannya.
Katanya, semua orang wajar ambil berat adakah boleh sewenang-wenangnya mencerobohi privasi dengan berhimpun di luar kediaman seseorang.
"Jika esok ada yang berhimpun hadapan rumah menteri. Adakah perbuatan itu patut digalakkan.
"Saya kata semua orang boleh buat tuntutan tetapi mereka tiada hak untuk berkumpul di hadapan rumah saya dan jiran-jiran saya.
"Mereka (jiran) semua takut dengan keadaan ini. Biar orang awam menilai adakah perbuatan ini boleh dilakukan," katanya kepada pemberita di hadapan kediamannya di sini.
Beliau yang sebelum ini mempertikaikan kredibiliti Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberitahu akan membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
Ambiga yang turut dikawal dua pengawal peribadi serta beberapa wakil NGO, muncul selepas kira-kira 15 minit ahli-ahli Ikhlas membuka gerai menjual burger dan berhimpun di hadapan kediamannya.
Malah, Ambiga menjelaskan tidak akan tunduk terhadap dua tuntutan tersebut selagi tiada arahan daripada pihak mahkamah untuk beliau berbuat demikian.
"Jika hakim suruh saya minta maaf, mungkin saya akan minta maaf," jelasnya yang menyelar tindakan Ikhlas sebagai perbuatan penakut dan pengecut. Beliau bagaimanapun menegaskan tetap menyokong kebebasan berhimpun.
Bagaimanapun, berlaku kekecohan beberapa minit antara salah seorang wakil NGO yang mengiringi Ambiga dengan ahli-ahli Ikhlas apabila wanita berkenaan mengatakan mereka semua yang berhimpun itu penyangak.
Situasi beberapa minit itu dileraikan apabila seorang pengawal peribadi Ambiga meminta majikannya serta rakan-rakan yang menyebelahinya masuk ke dalam rumah.
No comments:
Post a Comment