Promosi

Saturday, 20 April 2013

PAS Sanggup Bagi DAP Guna Lambang Mereka


Pas sanggup membenarkan DAP menggunakan logo partinya walaupun Karpal dengan tegas menyatakan bahawa dia tetap tolak perlaksanaan hudud. Nampaknya Pas sanggup menyerahkan apa sahaja kepada parti yang bersekongkol dengan mereka demi menuju ke Putrajaya. Namun begitu Arowana tidak merasa hairan dengan berita ini kerana apalah sangat sekiranya dibandingkan penggunaan logo Pas oleh DAP sekiranya dibandingkan dengan Kalimah Allah yang dibenarkan penggunaannya oleh agama-agama lain.......

Rezeki bergolek- Nik Aziz

KOTA BHARU 20 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan DAP menggunakan logo parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 sebagai bukti parti tersebut menyokong perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas.
Malah beliau menyifatkannya sebagai 'rezeki bergolek' kepada Pas yang kini berpakat dengan parti tersebut dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun pada asasnya dasar perjuangan mereka berbeza.
"Mana boleh orang sokong bulan kalau tidak kerana gerakan Islam dan DAP terima sepenuhnya, saya syukur kepada Allah Taala, ini kita panggil rezeki bergolek," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon di sini hari ini.
Menurutnya penggunaan logo Pas oleh DAP tidak akan menimbulkan masalah kepada ahli di peringkat akar umbi kerana yakin mereka memahami perkara itu.
Ditanya alasan Pas membenarkan DAP menggunakan logo parti itu, Nik Abdul berkata: "DAP sudah rapat dengan Islam."


Kita tengok apa pula kata Karpal

DAP tetap tolak hudud Pas - Karpal


Karpal Singh
PULAU PINANG 20 April - DAP tetap menolak dasar Pas termasuk hukum hudud meskipun parti itu terpaksa bertanding menggunakan lambang Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Pengerusinya, Karpal Singh menegaskan, kesediaan parti itu menggunakan logo Pas tidak bermakna DAP menerima setiap dasar Pas.
Sebaliknya, jelas beliau, tindakan tersebut hanya melambangkan kerjasama utuh kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang.
"Ini cuma kerjasama di bawah satu pakatan dan Pas telah bersetuju untuk membenarkan calon DAP menggunakan lambang mereka. Mana-mana keluarga pun ada persamaan seperti ini.
"Namun, itu semua adalah tidak penting kerana matlamat kita sekarang memastikan pakatan pembangkang menang besar dalam pilihan raya ini," katanya kepada pemberita selepas proses penamaan calon bagi Parlimen Bukit Gelugor, hari ini.
Selain itu, Karpal menambah, pihaknya lega memandangkan DAP dibolehkan untuk menggunakan simbol roket dalam pilihan raya umum ini.
"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menerima surat watikah yang dikeluarkan parti. Jadi DAP akan menggunakan simbol roket yang telah menjadi identiti parti sejak lebih 40 tahun lalu," ujarnya.

No comments:

Post a Comment