Beginikah kerajaan yang dikatakan mendaulatkan agama Islam? Tak boleh dikritik mahupun ditegur oleh penyokong mereka sendiri. Bila dikritik inilah akibatnya......
Belum pernah berlaku trend sebegini apabila guru-guru dan ulama-ulama pondok menzahirkan tentangan sekaligus memberikan penerangan serta penjelasan berserta hujah-hujah serta dalil-dalil bersandarkan kepada Kitabullah, Hadis Rasulullah s.a.w dan kitab-kitab muktabar karangan imam-imam besar akan kesesatan serta penyelewengan yang dilakukan oleh Nik Abdul Aziz dan PAS.
Walaupun sebenarnya PAS memiliki cerdik pandai agama yang kepakaran mereka mengatasi Nik Abdul Aziz, namun sebahagian besar daripada mereka memilih untuk menjadi berhala bisu yang sanggup memejamkan mata dan memekakkan telinga serta membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh Nik Abdul Aziz atas nama POLITIK.
Tindakan sesekali yang dilakukan oleh ulama-ulama PAS terutama dalam isu membabitkan KALIMAH ALLAH, hanya sekadar menutup pandangan sedangkan hakikatnya mereka hanya bercakap untuk menyedapkan lubang telinga para penyokong mereka, terutama golongan yang masih mempercayai PAS adalah sebuah gerakan yang didokongi oleh kaum ulama.
Bagaikan halilintar dan bagaikan tsunami yang melanda, PAS terkesima apabila sebilangan besar bekas penyokongnya sendiri, mulai melondeh dan melancarkan serangan besar-besaran serta terang-terangan terhadap PAS dan Nik Abdul Aziz.
Nik Abdul Aziz tidak lagi ditampilkan sebagai guru agama yang serba tahu, sebaliknya dia ditampilkan seorang tua nyanyuk yang gila kuasa dan gila untuk dikenali sebagai ulama walaupun hakikatnya, mengaji tak habis.
Dan Nik Abdul Aziz sendiri membenarkan apa yang dikatakan tentang dirinya, menerusi fatwa-fatwa dan dalil-dalil agama yang penuh kekarutan serta diserkup kesempitan akal fikiran tanpa berlandaskan nas dan dalil qati’e.
Abdullah Saamah, pengasas Pondok Geting, kini menjadi salah seorang musuh utama Nik Aziz. Dari mulut Abdullah Saamah inilah, penjelasan dan penerangan telah diberikan berhubung salahlaku dan salah beragama yang diamalkan oleh Nik Abdul Aziz yang kemudian dijadikan sebagai satu bahan pemujaan yang baru oleh para pengikutnya.
Justeru, Nik Aziz dan konco-konconya yang sangat bimbang sekiranya lebih ramai yang membuka mata serta mula mencari kebenaran agama Islam, dan mengenepikan Nik Aziz dan PAS, mula mencari-cari jalan untuk menutup mulut serta menyusahkan Abdullah Saamah dan kawan-kawannya yang lain.
Salah satu tindakan yang boleh dilakukan adalah dengan menggunakan kuasa yang ada.
Justeru, semalam, pihak berkuasa Majlis Daerah Tumpat telah mengambil tindakan menyita pondok pengajian yang diasaskan oleh Abdullah Saamah dalam usaha membalas dendam dan mengugut guru berkenaan. Ugutan bertujuan agar Abdullah Saamah tunduk dan akur dengan kehendak mereka di samping tidak terus menelanjangkan kebejatan serta kekeliruan yang ditimbulkan oleh Nik Aziz.
Majlis Daerah Tumpat mendakwa, pembinaan bangunan tambahan yang menggunakan peruntukan Kerajaan Persekutuan yang diterima oleh Abdullah Saamah daripada Timbalan Perdana Menteri tidak lama dahulu, sebagai tidak menepati prosedur dan dibuat tanpa kebenaran Yang Dipertua MDT.
Abdullah Saamah bagaimanapun berkata, tindakan yang dilakukan oleh MDT itu adalah bermotifkan politik untuk memberi tekanan kepadanya agar berhenti daripad menelanjangkan kepalsuan PAS dan Nik Aziz. Justeru katanya, dia tidak akan berbuat apa-apa, sebaliknya hanya membaca Surah Yassin dan solat hajat supaya masalah tersebut dapat diselesaikan manakala mereka yang terlibat pula diberikan hidayah.
Bangunan yang dipertikaikan oleh MDT itu adalah bangunan lima tingkat yang masih dalam proses pembinaan. Bangunan tersebut dibina hasil sumbangan Kerajaan Pusat.
Menurut Abdullah, segala prosedur yang ditetapkan oleh MDT telah dituruti. Malah ketika surat amaran pertama yang dihantar kepadanya, dia telah bertanya kepada anggota penguatkuasa terbabit untuk sebab apakah surat amaran tersebut dihantar. Anggota penguatkuasa itu bagaimanapun berkata, ia sekadar prosedur dan proses pembinaan boleh diteruskan.
Bagaimanapun apabila pegawai Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ke MDT untuk bertanya mengenai saman berkenaan, lain pula isu yang ditimbulkan. MDT menjelaskan bahawa bangunan berkenaan hanya boleh diteruskan pembinaannya setelah mendapat persetujuan daripada 12 orang pemiliknya.
Dan lebih menarik lagi ialah, untuk menutup cerita sebenar penyitaan yang dilakukan oleh MDT atas arahan Kerajaan Negeri PAS Kelantan itu, Abdullah Saamah dan ahli keluarganya pula difitnah akan menjadi calon PRU13 mewakili UMNO dan Barisan Nasional. Itulah dia corak dan sikap sebuah Kerajaan Islam kononnya… menyita sebuah pusat pengajian Islam, tetapi pada masa yang sama, amat berbesar hati apabila berhala besar didirikan di Tumpat tanpa sebarang tindakan!!!
Sumber: Kedahan69ers
No comments:
Post a Comment